Dapoq Pak Beh Buffet Ramadan di Iconic Hotel Penang
8:40 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 4 Ramadan. Cepat
ja dah masuk 4 Ramadan kan? Dalam dok berpuasa ni mungkin ada orang sekitar Seberang
Perai tercari-cari buffet Ramadan untuk berbuka puasa bersama rakan-rakan,
kawan sekerja mahupun keluarga. Kali ini Zai nak kongsikan satu lagi buffet
Ramadan di kawasan Seberang Perai untuk korang kunjungi.
Iconic Hotel Penang yang masih baru di buka, terletak di
Bukit Tengah Bukit Mertajam berhampiran dengan highway Utara Selatan dan juga
Juru Autocity telah memperkenalkan hidangan buffet Ramadan bertemakan Dapoq Pak
Beh. Pihak Iconic Hotel telah menyediakan lebih 160 hidangan dengan dihiasi
dekorasi ala-ala kampung yang membolehkan pengunjung berbuka puasa seperti
berada di kampung.
HIDANGAN DAPOQ PAK BEH
Pelbagai jenis hidangan telah disajikan yang dimulakan
dengan hidangan nasi yang pelbagai jenis. Antaranya nasi putih, nasi tomato dan
nasi beriani. Begitu juga dengan lauk-pauk antaranya ayam masak merah, ketam
masak lemak cili padi, sotong goreng kunyit, ayam percik, daging masak hitam
berbijan, ulam-ulaman, pelbagai jenis kerabu, sup daging, sup kambing, bubur
lambuk, rojak buah dan banyak lagi.
STALL DAPOQ PAK BEH
Selain beraneka hidangan lauk-pauk dari Dapoq Pak Beh
terdapat juga stall yang menyajikan pelbagai menu panas-panas seperti char koey
tiaw, murtabak, nasi ayam Hainan, bihun sup, laksa, satay, kambing golek, ais
kacang, cucur udang, roti jala dan gulai kawah. Banyak pilihan sampai tak tahu
nak pilih yang mana satu.
PENCUCI MULUT
Di Dapoq Pak Beh, Iconic Hotel menyajikan pilihan pencuci
mulut lain dari yang lain. Pertama kali jumpa serawa pulut durian dan mutabak
durian. Try juga serawanya. Tak terlalu manis. Sedang-sedang saja rasanya.
Begitu juga kuih-muih tradisional. Ada kuih Melaka, kuih lopeh, pudding roti
dan bermacam lagi. Begitu juga dengan air yang pelbagai perisa. Dari air manis
panas hingga air sejuk semuanya ada.
Bagi yang mencari-cari buffet Ramadan di Seberang Perai
bolehlah berkunjung ke iconic Hotel untuk berbuka bermula pada 27 May-24 Jun,
2017.
Selain itu juga, pengunjung juga ditemani dendangan muzik
tradisional secara live ketika berbuka puasa. Memang mengasyikkan.
HARGA BUFFET RAMADAN ICONIC HOTEL
Harga Biasa
RM58 (Dewasa)
RM29 (Kanak-kanak)
Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma
Promosi Baucar Pembelian Awal (Early bird)
RM48 (Dewasa) -baucer terhad
Kemudahan surau juga disediakan untuk para pengunjung
beragama Islam.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi
+6 04 505 9988
![]() |
team #PBU |
Terima kasih pihak
hotel kerana sudi menjemput kami team #projekbloggerutara
Kredit picture to : El Darwena
3 apa kata anda?
Woww. Suka konsep buffet Ramadhan style gini. Banyak pilihan. :)
ReplyDeletemmg meriah makanan kat iconic
ReplyDeletemcm2 ada
suka dengan suasana dia.. lagi satu terlalu banyak menu
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^