Menangi Motosikal SYM di Sinaran Ramadhan Buffet Ixora Hotel
9:13 AM
Sinaran Ramadhan
Buffet | Amboi tajuk bukan mainkan…hihihi… Saya menang motor….eh…eh… Ha…ni
Zai nak bagitau kat korang yang berada di sekitar Seberang Perai dan masih
mencari tempat untuk berbuka puasa yang sedap atau sesiapa yang nak datang menginap
di hotel sekitar Seberang Perai sewaktu bulan puasa nanti. Tak payah pergi
jauh-jauh, Ixora Hotel menyediakan menu berbuka puasa yang sedap dan korang tak
rugi jika mencubanya.
Korang berpeluang untuk memenangi motosikal SYM E Bonus
110 jika berbuka puasa Ixora Hotel.
Takmau ke menang motor? Bukan itu saja, korang juga berpeluang memenangi Sharp
40” TV dan Sharp Air Purifier. Untuk cabutan bertuah setiap hari pula korang
bakal memenangi baucer berbuka puasa di buffet Ramadhan Ixora Hotel. Best kot
boleh menang-menang macam ni.
![]() |
hadiah utama |
Tahun ini bertemakan Sinaran Ramadhan Buffet, Ixora Hotel
menghias indah The Straits Café dengan kerlipan lampu yang menghiasi suasana
malam di sana. Dengan 4 jenis menu yang di tukar setiap hari, korang akan
merasa kelainan jika datang menikmati hidangan keesokkan harinya.
![]() |
dipenuhi sinaran lampu |
Terdapat beberapa signature dish yang disediakan oleh chef
hebat di Ixora Hotel yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam bidang
masakan masing-masing. Antaranya ialah :-
- Kerabu ayam bercili
- Sup ekor berjintan dengan roti(wajib cuba)
- Nasi hujan panas
- Ayam masak merah madu
- Ikan patin masak tempoyak daun kesum
- Beriani udang
- Shawarma ayam(wajib cuba)
- Kambing panggang golek(wajib cuba)
Jom tengok apa lagi menu yang sedap di Sinaran Ramadan
Buffet di Ixora Hotel.
![]() |
nasi hujan panas |
![]() |
siput lala goreng bercili |
![]() |
kupang goreng kunyit dengan ubi |
![]() |
tauhu goring kacang panjang, dalca telur, daging masak hitam, ayam masak merah madu |
![]() |
kacang botol goring belacan dengan nenas, ikan patin masak tempoyak dengan kesom, udang beriyani, masak lemak petola suhun telur |
Menu utamanya sedap-sedap belaka.
Ada juga ulam-ulaman dan kerabu yang segar dihidang untuk
para pengunjung.
![]() |
ulam-ulaman, salad dan beberapa jenis sambal yang menyengat |
![]() |
penambah selera-ikan masin dan telur masin |
Tak dilupakan pencuci mulutnya yang AWESOME. Dari kuih
tradisional hingga ke kuih moden semuanya sedap-sedap belaka.
![]() |
kuih moden |
![]() |
kuih tradisional |
![]() |
buah-buahan tempatan |
![]() |
kurma dengan pelbagai perisa |
![]() |
biskut raya |
![]() |
aiskrim |
![]() |
keropok dan jeruk |
![]() |
koktail buah-buahan |
![]() |
boleh juga minum the tarik/nescafe tarik |
![]() |
pelbagai jenis air berperisa |
Korang yang datang wajib cuba kambing panggang goleknya yang
sedap. Perapannya terasa hingga ke isinya yang juicy disertakan dengan sos
pelbagai perisa.
![]() |
kambing golek yang sedap |
![]() |
shawarma yang wajib cuba-sumber dari Ixora Hotel |
Sup ekor berjintan dengan roti juga menu wajib cuba. Sedap
dan isinya sangat lembut.
![]() |
sup ekor berjintan yang sedap |
![]() |
bubur lambuk |
Selain itu juga ada beberapa stall dengan menu lazat turut
tersedia. Ada mee goreng mamak yang di goreng panas, laksa, ais kacang dan juga
pasembur.
![]() |
mee goreng mamak |
![]() |
laksa penang |
![]() |
ais kacang |
![]() |
pasembur |
Sewaktu berbuka puasa, korang akan diiringi oleh persembahan
Himz Entertament yang mendendangkan lagu-lagu terkini dan hits.
![]() |
persembahan oleh Himz Entertaiment |
Sinaran Ramadan Buffet ini bermula dari :-
Tarikh : 1 Jun hingga 21 Jun 2017
Tempat : The Straits Café
Masa : 7.00 malam
hingga 10.00 malam
Harga : RM82
nett-Dewasa
RM52
net- Kanak-kanak(4 hingga 12 tahun)
Baucer : RM82 nett untuk seorang
(9+1 promotion) per booklet dengan harga RM738
nett(RM73.80 seorang)
Sebarang info boleh ke :-
IXORA HOTEL
3096, Jalan Baru,
Bandar Perai Jaya,
13600 Perai, Penang, Malaysia
Tel :- 604-3828888
Website : www.ixorahotel.com
1 apa kata anda?
teringinnya nak berbuka kat ixora huhu
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^