Assalamualaikum…
Lama tak bersiaran. Tengok tajuk pun dah tau nak cerita pasal apa. Akhirnya setelah 2 tahun
kita hidup dengan norma baru cara COVID-19 akhirnya kami kecundang jua di tahun yang ke-3.
Start dari mula
masuk keja sewaktu PKP 1.0 Mei 2020 hinggalah Januari 2022, jalani rutin norma
baru. Dari start company wajibkan swab test 2 minggu sekali hingga swab test seminggu
sekali. Kalau nak di kira test kits Covids tu dah berpuluh-puluh kali kami
buat. Company pun wajibkan memakai facemask KF94 ataupun KN95 serta face shield
sewaktu kerja. Makan berjarak 1 meter dan macam-macam lagi la.
21 Februari 2022
| Pagi
Macam biasa
minggu baru, buat swab test di rumah sebelum pergi keja. Alhamdulillah
negatif. Dalam dok sibuk check email bagai bos kecil datang. Dia cakap dok rasa tak sedap badan dan sakit
tekak. Nak buat swab test. Sepatutnya tak boleh buat swab test dalam bangunan
tapi kebetulan dia ada meeting pukul 8 pagi tu terus buat swab di meja. Tup tup
bos panggil tunjuk test kit. Riak muka dia memang dah boleh agak. Dari jauh pun dah nampak 2 line. Terus dia
pack barang dan balik.
22 Februari 2022 | Pagi
Adik wasap bagitau test kit dia nampak 2 line tapi
samar-samar. Terus cakap suruh buat RTK kat klinik. Bos kecil plak wasap suruh
kita declare self quarantine (SQ) dari company. Adik plak wasap result RTK dia
positif. Dok bolak-balik nak declare ke tak sebab macam tak kontek rapat dengan
bos sangat. Dok di opis masih pakai facemask dan face shield. Isi SQ form
online dan terus balik. Letak kontek rapat under adik sebab Jumaat malam Sabtu sampai Ahad malam
memang balik rumah tok Besah siap share makan dengan adik bagai. Team HR Covid
call so dapat SQ bermula 22 sampai 25 Februari 2022. Marilah kuarantinkan diri di rumah.
25 Februari 2022
Pegi buat RTK di klinik yang team HR Covid arrange.
Alhamdulillah keputusan negatif tapi nak balik rumah tok Besah pun tak boleh
sebab adik tengah kuarantin. Adik dok rumah atas, tok Besah duduk rumah bawah.
Adik keluar pintu depan rumah atas(pintu beranda rumah kampung) untuk mandi segala bagai di jamban luar(naseb la tak
runtuh jamban tu walaupun dah beberapa tahun tak digunakan) so tak kacau
bilik air kat dapur. Makan adik semua melalui Food Panda(adik taknak tok
Besah pegang pinggan cawan bekas adik guna). Makan tok Besah sepupu sebelah
rumah dan kakak-kakak ipar yang hantarkan setiap hari(tok Besah dah tak
larat nak masak). Dua hari sekali kakak ipar buat swab test kat tok Besah.
26 Februari 2022
Pagi-pagi pengasuh Anas Auni wasap bagitau dia positif.
Allah…risaunya kita ni tapi still buat rilek lagi. Depa main macam biasa siang
tu tup tup malam tu angkat Auni yang lena kat kusyen rupanya dia dah demam.
Bermula la episod berjaga malam sambil jerlum dan pantau Auni. Dia biasa jadi
tarik waktu tidur so MAK IS FOBIA. Masa ni kami dah tidur asing dah.
Aqil dan abah, mama tidur dengan Auni sambil dak kenit Anas ikut sekali(si kecik ni tak boleh berenggang).
Deman Auni ON OFF tapi panas dia paling tinggi cecah 38.9C.
Anas pun dah start selsema. Hari ke tiga demam buat swab test kat depa, negatif
so siap-siap bawa ke klinik sebab stok ubat makin menyusut. Doktor check demam
dalam range 37.7C camtu. Doktor bagi ubat demam, sakit tekak, batuk dan selsema
untuk 2 orang standby kat rumah. Siang
main macam biasa tapi malam tu pun Auni still demam lagi. Sambung cuti 28 Mac tu sebab pengasuh positif + Auni Anas demam.
1 Mac 2022
Semalaman dok fikir pasal depa 2. Ingat semalam kalau demam dia kebah hari ni nak masuk keja. Nak tinggalkan depa kat kak ipar sebelah rumah tapi fikir punya fikir risau pula kot-kot kena covid jangkit plak kat baby Hana. Bangun pagi siap-siap depa terus bawa ke klinik buat RTK. Kalau negatif baru tenang nak tinggal anak kat orang jaga.
Eh...saya dah buat swab test kat depa dua sendiri tapi macam biasa la. Jenuh berperang baru nak dapat. Itu pon belum tentu betul-betul dapat yang elok. Jenis air liur? Dah beli dan buat tapi biasa la banyak yang invalid.
Kebetulan pagi tu ramai orang buat swab test. Anas Auni orang ke 7
8. Masa tunggu result tu rasa lama sangat. Memang dok agak dah mesti positif
sebab tunggu tak panggil-panggil. Bila misi bagitau kata depa 2 positif terus
blur kejap. Nak buat apa dulu ek?
![]() |
dapat result terus cargas |
Masuk dalam keta bertenang sat baru call abah depa bagitau Anas Auni positif. Bermula la episod kuarantin di rumah. Sampai rumah isi form SQ lagi sekali dan tunggu team HR Covid call. Disebabkan Anas Auni budak bawah 5 tahun dan tak vaksin lagi, dapat SQ 10 hari dari company. Maksudnya cuti tapi gaji jalan. Mysejahtera under nama depa pun dapat status HOME ISOLATION OR SURVEILANCE ORDER dari 1 Mac hingga 10 Mac 2022 dan marilah menjawab soalan 2 kali sehari.
Mula-mula tu saya
pakai facemask dalam rumah sambil jaga depa dua tapi Anas asyik tarik dan Auni
pula dok tanya kenapa pakai mask. Lama-lama saya tawakal kepada Allah, buka facemask dan jaga depa macam
biasa. Kalau nak kena tu kena juga. Apa boleh buat. Memang takda SOP bagai dah.
Iyelah, dah tidur pun sekali. Makan saya suap, mandi pun saya yang mandikan.
Takkan nak kurung depa dua dalam bilik ja. Depa masih kecil lagi tak faham apa.
Biar ja depa main macam biasa dalam rumah tu. Cuma Aqil dan abah saja yang jaga
tak bersentuhan dengan depa. Lagipun 1 Mac 2022 dah start kontek rapat tak
perlu kuarantin so kita jalani hidup macam biasa.
Depa 2 plak bila
dapat ja result RTk terus demam tu macam kebah. Sihat macam tak demam.
Main toksah kata, cergas habis segala benda dalam rumah depa punggah….huhuhu…
![]() |
bila kurung dalam bilik habis satu bilik di bedakkan |
4 Mac 2022
Buat swab test
untuk diri sendiri sebab hari ketiga depa positif saya dah start sakit tekak,
batuk, pening kepala dan rasa badan seram sejuk tapi keputusan negatif. Minum
air cengkih + lemon + madu ikut petua orang bagi tapi lagi bertambah sakit
tekak. Lagi perit tekak tu rasa macam di siat-siat. Mulut pon rasa payau tapi
tak demam. Petang tu CAC call suruh bawa Anas Auni checkup esok.
5 Mac 2022
Bangun pagi-pagi terus buat swab test sebab jap lagi nak pi CAC. Kita kan nak ke tempat semua orang positif Covid, kalau negatif kena la ambil langkah berjaga-jaga…kononnya la sekali result dapat 2 line kau. Terdiam kejap lepas tu ‘Eh…kau kan dah redha kalau kena Covid pun’ terus buat macam biasa. Anak-anak la paling seronok sebab boleh jalan jauh sikit. Lama kan berkurung…kesian depa.
![]() |
bawa test kits pi CAC nak confirm dengan misi sebab samar2 sekali misi kata ni memang positif |
Alhamdulillah depa 2 ok saja masa doktor check. Demam pun dah takda. Anas ja
kadang tu keluar gak ‘cendol’ dia. Saya pun checkup sekali kat CAC tu sebab
belum isi dalam Mysejahtera tadi dan bermula la SQ dari 5 hingga 11 Mac 2022.
Rutin saya macam biasa. Buat keja rumah macam biasa. Tunggu dah takda jiran kat
luar baru keluar rumah sidai baju dan menyapu luar rumah. Taknak duduk saja
nanti badan jadi lemau.
Esok tu bermula
plak rutin check tahap kesihatan depa 3 kali sehari. Pagi sebelum pukul 9 kena
submit online dekat KKBM dan 2 kali dalam Mysejahtera. Sakit tekak saya dah takde dah.
Batuk cuma kadang-kadang. Masa tempoh kuarantin tu, hari-hari kak ipar
hantarkan makanan. Kadang tu pesan juga beli ikan ayam untuk masak. Bahan
kering saya order online ja sebab taknak susahkan kak ipar angkut barang
berat-berat. Abah dan Aqil swab test beberapa hari sekali pun still negatif sampai
kami habis kuarantin. Abah dan Aqil saya minta depa keluar berniaga macam biasa
so depa memang jarang ada kat rumah. Pagi-pagi sebelum Anas Auni bangun depa dah keluar tengah malam baru balik.
Memang jarang terserempak la kiranya.
Selama ni dok
tengok orang lain kena Covid dan akhirnya merasa gak Covid ni. Rasa la duduk di
rumah tak keluar mana-mana. Saya bermula dari SQ kontek rapat sampai la habis
kuarantin total 20 hari sebelum masuk keja balik. Boleh mereng duduk berkurung
lama-lama….hahahaha…ini saya la sebab terbiasa hari-hari keluar berkerja. Naseb
la hari Sabtu tu ada 2 panggilan kenduri kahwin dalam kampung so boleh la
berjalan-jalan kejap. Alhamdulillah, Allah uji kami Covid yang mild saja. Cuma
kewangan ja yang tak berapa nak rancak sebab suami berniaga. Start saya positif
terus minta depa keja macam biasa. Kalau duduk di rumah kebarangkalian dijangkiti
Covid tu tinggi. Itu pon berbolak balik nak suruh niaga ke tak. Tak berniaga
takda la duit…agitu… Kena pula Covid, duit laju je mengalir masa kuarantin tu.
Kejap-kejap lapar kejap-kejap lapar pastu sedia-sedia dok beli kits Covid guna dok test dalam
kuarantin tu.
Ampa yang dah
kena Covid macam kami jugak ke?