Saja je nak tunjuk perut yang membulat ^^,
Hari ni dalam sejarah department saya cuma ada 5 orang yang bekerja.
Yang lelain sedang bercuti mengikut kekendak dan polisi company supaya kena jugak-jugak cuti 5 hari dalam bulan Jun.Tapi kalau apply bulan Jun dan bercuti di bulan Julai pon boleh.
Saya?Huhuhu....tinggal 21 hari cuti sampai hujung tahun nanti.Yang lelain guna masa review BSP la....ambik hapday la terus tinggal banyak tu sejak-sejak mengandung ni.Cuti check-up lain plak.Yang tu PTO....tak potong cuti.
Semalam pi jugak OT.Tengah dok ada OT.Production dah takda OT.Dengar-dengar cite volume slow dan kemungkinan shutdown seminggu masa raya nanti.Tak penah shutdown lama camtu.Kalau takat 2 hari tu adala.
Semalam jugak dalam sejarah pi keja hari Ahad ambik masa sejam setengah.Agak-agak la.Bukan jauh mana pon.Seberang Jaya je kot.
Turun je jambatan sampai ke Batu Uban terus jemmed.Adehhhhh....timming tak kena lansung masa tu.Kena tahan sebab ada kayuhan basikal besar-besaran.Tak tau plak ada kayuhan hari tu.Kalau tau dah bertolak pi keja awai sikit.Dekat 40 minit gak la tersadai kat situ.Pastu drive slow-slow lalu lorong kanan sebab route depa menghala ke Batu Maung sama macam route saya nak ke tempat keja.
Takpa-takpa...aktiviti sihat camni saya sokong cuma saya tak dapat info ke saya yang tak ambik tau?hehehehe....
Balik dari OT dalam pala otak dok pikir nak makan pulut mempelam.Teringat-ingat.
Terpikir-pikir nak cari kat mana masa ni.Takkan nak balik masak plak pulut padahal perut dah lapar gila.
Terus hala pi TESCO cari kat restoran Thai tu.Alhamdulillah ada.
Saya tapau je sebab tempat kat restoran tu penuh.Lagipon dekat je dengan umah.
Lepas pekena terus lega.Dah tak ingat dah.Sedap sangat.Tu la makan malam saya semalam.Mula-mula ingat nak merengek kat suami suruh carikan tapi nafsu makan dah takleh tahan terus cari sendiri.
Esok-esok nak makan apa plak ye?
Patutnya hari ni pi OT tapi tak pi pon sebab badan masih belum kebah dari demam.Dah lama gila tak buat OT sejak masuk wad hari tu suami tak bagi keja lebih-lebih dah.
Hari ni pon nak pi OT sebab kawan seangkatan sedang bercuti sakit.Pastu plak kak Ros kena cover keja kat P1(bangunan lama) dan saya cover keja kat P2(bangunan baru).
2 hari cover keja kat P2 sensorang sampai taktau nak wat keja mana satu.Berlambak-lambak.
Makin hari makin bertambah keja.Bos plak cuti seminggu ke Taiwan.
Dak GT(graduate trainee) plak last Selasa ni.Abes la.Semua keja nak kena cover balik.
In Shaa Allah esok kalau badan ok cikit nak kena pi OT jugak.
Dah tak keja suami ajak cari makan.Cakap ja nak makan apa.
Bersiap-siap sampai taktau nak pakai baju apa dah.
Saya takda baju mengandung...hehehe...Sepanjang mengandung ni saya cuma pakai baju-baju ala muslimah yang saya pakai pi keja dari sebelum ngandung lagi.
Meh try baju peplum ni.Pakai sekali ja rasanya masa kuar dengan cik Aini dulu.
Nah....dah nampak perut dah.Hari Jumaat tu pon ramai side engineer tegur dah nampak perut dah.Siap tanya berat ada naik tak.Prihatin sungguh.
Macam biasa saya teringin nak makan ketam so let's jom pi kedai kat Kuala Juru.Ondaway nak pi makan ni pon baby tak abes-abes bergerak.Seronok la tu nak makan ketam kan?
Balik dari makan suami tanya nak makan apa lagi.Iskh...dia buat lupa plak yang isteri dia ni takleh makan banyak-banyak.Nanti gula dalam darah tinggi jenuh.Kompem-kompem la kena beranak awai.
Dalam perjalanan balik tu tetiba cakap nak mangis.Alhamdulillah dapat.Musim durian kan...mesti la manggis ada.Cuba bukan musim dia...mau jenuh nak cari gak la.
Makan malam saya cuma nak cheezy wedges ja tapi suami beli ayam kepci gak.Makan jugak seketul.
Tang cheezy wedges ni saya makan sorang la.Sedapnya....hehehe...gaya macam baru pestime makan benda ni.
Boleh nampak tak saya tak masak apa sejak ngandung ni.Hahaha...hope tak lupa la cara nak masak camna nanti.
Hari ni review BSP result kat klinik.
Tau memang tak lama.Tak sampai sejam pon.
Result memang agak teruk sikit padahal pantang makan.
5.2 | 5.4 | 5.0 | 4.0
Disebabkan saya demam semalam so hari ni doktor check jantung baby lagi sekali.
Scan punya scan takda bunyi.
Muka saya dah cuak gila.
Doktor pon tak cakap apa.Doktor dok tambah gel dan tonyoh perut ni sana-sini cari jantung baby.
Rasanya bunyi jantung saya boleh dengar kot masa tu.
Atas bawah kiri kanan dok tonyoh.Sakit perut ni.
Last-last dekat 5 minit gak la baru dengar bunyi jantung baby sayup-sayup pastu lama-lama makin kuat.
Dengar ja bunyi tu terus mengucap panjang saya.Syukur Alhamdulillah.Risau jadi yang bukan-bukan.
Anak ibu ni saja je kan nak main aci nyorok dengan ibu.Risau tau.
Balik dari klinik nah ambik kau...baby dok gerak dari tadi sampai la sekarang tak berenti-renti.
Nak wat keja pon sakit.Balik dari keja mandi semua bagai terus tido sebab takmau bagi rasa sakit tapi perut asik mengeras ja.
Takpe la baby...gerak la...gerak la...kang tak rasa gerak ibu pon naik risau macam tadi.
Hari ni check-up semalam jugak la badan ni nak demam,sakit tekak dan batuk.
Hari ni kena buat BSP so terus apply cuti check-up pre-natal hapday pastu lagi hapday ambik leave.
Save cuti.Yang pre-natal tu dapat PTO tak tolak cuti tapi hat hapday tu memang tolak cuti setengah la.
Baguskan company saya keja.Bila kena check perut ni depa bagi PTO.Syok...syok...
Rutin check-up macam biasa la.Check air kencing,berat,tekanan darah dan check perut.
Result hari ni :-
Alb - Neg
Gula - Neg
Hb - 13.5
Berat - naik 1.4 kg dari last check-up 20 May lepas
BP - 110/70
Tinggi rahim - 22cm
Jantung baby - 151bpm (misi kata laju bukan main jantung dia)
Pastu misi suruh sedia barang baby yang penting-penting takut bersalin tak cukup bulan(week 28 dan ke atas) bagi penghidap kencing manis macam saya.
Kalau camtu lagi 7 minggu la jawabnya.Takutnya....
Hari ni kena ulang-alik pi klinik dan spital nak buat BSP.
Next check-up 15 Julai nanti.
Hari ni kena jumpa pakar kat spital Seberang Jaya.
Rasanya agak awai kena jumpa pakar neh..baru bape bulan je kan.Tapi dalam dok rasa diri ni awai ada lagi orang awai-awai kena jumpa pakar.
Tanya-tanya...eh...dia due bulan 11...eh dia lagi awai...due bulan 12.
1st time pi check kat spital so taktau prosedure.Yang paling penting kena ringan mulut nak bertanya dan ucap terima kasih.Baru la orang jadi senang hati.
7.30 pagi dah sampai spital daftar kat Klinik Pakar 1 tapi bila masuk...uiiiih...dah ramai dah kat dalam tu.Depa ni mai pukul brapa ek?
Lepas register bayar RM5 kuar pi wad 2 nak check air kencing pastu mai balik tunggu sampai misi panggil.
Baru ja langkah kaki masuk balik Klinik Pakar 1 dah kena panggil dengar ceramah penyusuan ibu beramai-ramai untuk yang pestime mai check kat spital hari ni.Saya siap kena tunjuk demo camna nak menyusu.Pegang patung baby dan buat demo...hihihi...malu tau.
Pas abes ceramah tu tunggu nama di panggil untuk ambik tekanan darah,berat dan isi form dalam file yang berkeping-keping.
Alb - Neg
Gula - Neg
Berat - naik 900 gram dalam masa 8 hari lepas check-up minggu lepas
BP - 110/70
Pastu tunggu sampai nombor naik.Nape ye bila pakar bab-bab ngandung ni mesti lelaki....pastu mesti India....ummmm...
Jumpa pakar tanya itu ini pastu scan perut.Masuk ni dah 5 kali dah saya scan perut.
1st masa mula-mula check kat klinik apasal period asik kerap datang.Scan-scan tuptup tau dah ada isi.
2nd masa pi buat buku pink.
3rd masa masuk wad hari tu.
Pastu masa review BSP kena plak dah 20 minggu minggu lepas so scan terus.
Dan hari ni scan lagi untuk kali kelima.Kali ni memang jelas la leh tengok baby.Doktor tukar scanner hat canggih sikit sebab susah nak nampak.Doktor tengok kat monitor dan saya tengok kat monitor atas.Siap misi tegur kata muka saya nampak cuak masa doktor scan.
Saya cuak sebab orang cakap bila kena kencing manis baby kemungkinan besar dan kemungkinan kecil.Takutttt....
Alhamdulillah....doktor cakap masih normal.Berat baby baru 311 gram.
Tadi sempat tanya doktor pasal puasa bagi orang yang ambik insulin ni dan doktor suggest tak payah puasa.
Terus mulut ni laju je cakap ''30 hari tu doktor kalau tak puasa nak kena ganti.''
Doktor cakap boleh puasa kalau mau tapi banyak komplikasi nanti sebab saya pengambil insulin.
Takpe....takpe...saya try puasa jugak.If memang tak boleh yang menyebabkan saya pening dan hampir pengsan baru saya buka sebab pantry dekat ja dengan cubical saya.
Pastu tunggu kena panggil dengan pakar pemakanan(Cina) dan ada staff nurse(Melayu) dengan pakar pemakanan tu.So sekali lagi tanya soalan yang sama dekat akak staff nurse tu.Jawapan dia sama macam doktor.Tak galakkan saya berpuasa sebab saya pengambil insulin.Huhuhu....nanges sendu sedan dalam ati ni.30 hari tu kalau tak puasa.
In Shaa Allah saya yakin saya mampu berpuasa nanti.Harap-harap tak ada apa-apa masalah.
Sejak-sejak mengandung ni saya memang murah dengan air mata.
Sikit-sikit nak nangis...sikit-sikit nak nangis.Iskh...tak rock betoi la.
Penah satu hari suami tegur...
''Eh...awat dok nangis plak ni?Abang ada salah cakap ka tadi?''
''Ala jangan la kacau.'' Tolak suami sambil buat-buat marah padahal nak cover malu sebab nangis tengok cite Korea.
See...layan cite Korea pon boleh nangis.Hadoooooih....
Tu belom tengok part layan cite Hindustan masa zaman-zaman kegemilangan Shah Rukh Khan.
Pastu suka plak layan cite Cina atau Korea yang ada macam zaman maharaja-maharaja...kungfu-kungfu.Bila part sedih ja mesti nangis.....haiiiiihhhhh...
Cite Melayu?Errr....errr....tahla...tak tengok.Lepas abes tengok berita terus tutup tv kalau takda cite Cina or Korea yang best-best.
Tu belom bab lain.
Suami balik lambat sikit...nangis.
Suami balik lupa beli makan...nangis.
Suami balik penat buat tak layan...nangis.
Suami tak balik sebab anta kak ipar kat mana-mana...nangis.
Hoiiii....selalu sangat ah nangis ni.Hormon dah carca-marba ka?
Ke ngada-ngada nak anje-anje nak perhatian.
Pastu esok pi keja mata bengkak-bengkak sembang pon malu nak pandang muka orang takut orang pasan...hehehehe...
Pembawakkan sungguh.
p/s: Mood ketaq.Esok nak jumpa pakar kat HSJ.Moga-moga semuanya baik-baik saja.
Sampai dalam pukul 8 pagi tup tup pukul 8.40 pagi dah setel semua.
Balik pekena dulu sarapan kat Kassim Mustapha.Pastu tengok ada masa lagi balik rumah rest jap dan siap-siap nak pi keja.
Alang-alang dah sampai Penang lajak pi Gaint makan Yong Tau Foo tomyam.
Syukur dapat makan.Alhamdulillah.
Bila makan sorang diri ni dia jadi cepat sikit.Tengok time awai lagi so pusing-pusing tengok baju.
Tengah pikir-pikir raya nanti nak pakai camna yek?
Lawa-lawa tapi apakan daya perutku bakal memboyot masa raya nanti.
Tetiba mata terpandang Popular terus 'tinggggg' dapat idea.
Masuk cari apa yang patut.Beli semua yang saya mau terus pi keja.
Balik dari keja suami tengok benda-benda yang saya beli tu pastu kata 'dok beli benda merepek-repek ni buat apa?'
'Eh...mana ada merepek.Tengok la nanti.Sat nak buat.'
Lepas pasang tulis semua panggil suami tengok.
Ha...kan tak merepek benda ni.
Beli whiteboard ni pon bukan apa....sejak dua tiga bulan lepas handphone dah takleh masuk production dan lab so asik kena tinggai kat dalam laci.
Kadang-kadang dah cakap kat suami bila-bila nak pi klinik tapi esok-esok suami tanya balik atau col or mesej tapi tak berjawab la so bila ada whiteboard ni takyah dok tanya dan mesej dah.
Ha....kan senang tu...hehehehe...
P/S : Takziah di ucapkan buat keluarga kak Pah yang kehilangan suami dan juga keluarga kak Anie yang kehilangan abang ipar iaitu 'abg Ti' dalam tragedi susur keluar jambatan ke-dua yang runtuh baru-baru ni.Al-Fatihah...moga roh mangsa ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin.
Pagi ni kena wat lawatan rasmi lagi kat Klinik Kesihatan Seberang Jaya.
Belum sempat saya letak buku pink kat dalam bakul,nurse dah ambik buku pink simpanan klinik.
Wah...nurse ni sampai dah kenal dah saya ni sapa....hahaha...boleh kata tiap minggu muka ni ja yang dok mai klinik.Mana la nurse tak kenal.
Semalam kena buat BSP untuk jam 6 petang sahaja so rini kena review dengan MO.
Alhamdulillah result semalam ok ja.
Oooo...baru saya tau...saya kalau lewat ja makan memang BSP saya agak kantoi so kena makan ikut masa yang ditetapkan.
Tengah-tengah MO tulis dia cakap nak scan perut.
Eh...dah 20 minggu rupanya.Ingatkan nak scan masa 17 Jun nanti tapi MO tu cakap mandangkan dah mai so scan terus je la.
Alhamdulillah...MO tak complaint pasai baby pon.Membesar dengan elok ja kat dalam.Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.
Berat kali ni naik 1.5kg selepas 18 hari dari last check-up ritu.
Ha...ritu asik tanya sangat pasaipa dok turun ja berat.Kali ni dia naik mendadak la plak.
Mandangkan dah ada insulin so makan ja apa pon janji on time.
13 Jun ni nak kena pi spital jumpa pakar plak pastu 17 Jun pi check-up.
Ulang alik spital dan klinik je la sampai bersalin nanti.
Last ada gak cuti rehat-rehat kat umah 2 hari tapi minggu ni full gila.
Isnin sampai Jumaat keja berlambak-lambak.
Keja memang tak abes-abes.Kalau minggu ni nak pi OT 2 hari leh la setel sikit keja tu tapi ada hal lain yang lagi penting dari tu.
Balik-balik keja memang terbongkang tido dah.Letihhhhhhh....
Jumaat lepas Maghrib Cik Aini mesej ajak teman dia pi tengok wayang cita Fast & Furious 6.
Mesej suami tanya nasib dapat lampu hijau.Patutnya teman suami pukul 12 nanti nak main futsal tapi pikir-pikir bosan ah tengok orang main futsal.
Selalunya suami akan balik lambat dalam jam 4 pagi so jadi lagi malas nak teman.
Cadang-cadang nak tengok pukul 10 malam tup tup full.Ada pon seat hat depan sekali.Oh...no no no no....takmau la dok depan.
Ambik hat pukul 12 malam.Bagus sangat....
Suami main futsal...isteri tengok wayang.Alhamdulillah...baby pon tak kacau masa ibu tengok FF6.
Kalau tak malam-malam jenuh nak lena.Dalam jam 2.30 pagi baru balik....pfffff....
Sabtu pepagi dah bangun kemas umah basuh baju bagai.
Pukul 10 pagi nak ke TAT ambik Puan Dba pi kenduri sorang kawan kat Jeniang tapi saya tak drive...kita lantik pemandu F1 sejak azali yang drive...hehehehe....
Kali ni pi kenduri asing dengan suami.Saya pi kenduri bff kat Jeniang...suami pi kenduri kawan-kawan dia area Butterworth dan Kulim.
Lagipon saya nak dok lama sikit kat sana.Nak jumpa member-member yang lain.
![]() |
Yang ni je ada dalam kamera.Hat lain-lain semua dalam ipad orang *_* |
Buat K.Eda dan Farhan....selamat pengantin baru.Moga bahagia hingga syurga.
Yang tak tahan masa kenduri K.Eda ni depa hidang nasik daging Apollo.
Masa kami dok jalan sama-sama dengan kuarga pengantin laki tetiba ternampak pakcik-pakcik kat kawasan dapur dok sibuk tarik sesuatu(penutup kukus nasik Apollo) dan ikat tali kat pokok sambil benda tu tergantung kat atas.
Saya dan Dba jadi jakun kat situ.Berdiri kat tepi jalan sambil dok perati.Last-last pakcik-pakcik tu panggil suruh tangkap gambar.Siap pesan suruh boh dalam internet.
Alahai pakcik...macam perli la pulak.
![]() |
Nasik daging kukus aka nasik Apollo |
Nasik dia memang sedap walaupon lauk kenduri tu cuma 3 mata.Lembut ja.Nak-nak plak makan hidang.Lauk kalau tak cukup mintak je lagi.Mentara siap pesan suruh minta kalau tak cukup.Ada kawan-kawan siap tambah 3 kali.Ada yang makan 2nd round sebelum balik.Saya tak dapek nak makan lagi sekali.Tatuitttttt...
Saya kan ON DIET.Pukul 4 petang baru kami beransur pulang selepas melepak agak lama kat sana.
Hari ni Ahad kena wat BSP test so awai pagi pukul 8 dah ada kat spital Seberang Jaya wat lawatan rasmi.Tu sebab la saya tak makan banyak semalam.
Hari ni takleh pi jauh-jauh sangat.BSP kena buat pukul 8 pagi....12 tengahari...6 petang dan pukul 10 malam.
So pepagi tu lepas wat BSP baru kami suami isteri pi sarapan.Pastu meronda kat Rope Walk Bagan.
Balik dari Bagan pi Juru.Pastu ulang-alik la pi spital dan Juru.
Esok pagi nak kena jumpa doktor plak....naseb la esok company saya keja cuti sebab replacement besday Agong Sabtu lepas.