17 Mei | Terima kasih ucapan dan doa kalian
11:14 AM
Assalamualaikum. Salam siaran di pagi 3 Ramadhan. Pagi ini
agak sibuk sikit akibat bercuti (department
team building) Jumaat lepas. Masuk opis awal hari ni terus setelkan hal
berkaitan finance. Hujung bulanlah katakan.
17 Mei telah berlalu. Terima kasih atas ucapan SELAMAT HARI
LAHIR dan doa-doa kalian yang tak putus-putus di facebook dan juga whatsapp.
Semoga kalian juga diberi keberkatan dalam hidup….aamiin.
Tahun ini agak berlainan sedikit. Selalunya kalau birthday
jatuh pada hari bekerja saya akan bekerja seperti biasa dan bos akan bawa
belanja makan sempena birthday tapi kali ini awal-awal saya dah ambil cuti.
Alah…bukan cuti lama-lama pon. Cuma 2 hari sebab dah lama sangat tak bercuti
tenang-tenangkan fikiran bawa anak jalan-jalan. Sambutan hari lahir pon
biasa-biasa saja. Takde bunga takde belon-belon bagai. Cuma rehatkan diri
dengan keluarga dan jalan-jalan pusing Penang.
![]() |
Bayview Hotel Batu Feringgi Penang |
Hari Selasa 16 Mei tu kami check-in Hotel Bayview Batu
Feringgi Penang. Saja pilih Hotel Bayview ni sebab komen dari kawan-kawan kata
ia mesra kanak-kanak. Bila sampai ke sana memang mesra kanak-kanak pon
terutamanya kolam mandi dan taman permainannya. Mana nak cari hotel yang ada
macam tu selain hotel taman temakan? Senang mak pak ni nak duduk santai-santai.
Aqil pula bukan main seronok mandi kolam. Dah la hari bekerja, tak ramai
pengunjung selain orang yang berkursus, mat
saleh dan pak Arab. Malamnya kami
cari makan di sekitar Batu Feringgi dan jalan-jalan di night market.
![]() |
Bayview Hotel Batu Feringgi Penang-kids friendly |
Check-out dari hotel kami sekeluarga pusing-pusing Penang
jalan-jalan cari makan. Malamnya sambutan kecil-kecilan potong kek. Ah…suami
saya bukanlah sawettt sangat tapi Alhamdulillah masih ada sambutan untuk saya
hari tu. Tapi macam biasalah, kek birthday tu Aqil yang punya. Konon birthday
dia. Siap dia juga yang dapat hadiah masa ronda-ronda kat Batu Feringgi tu.
Saya pon tak minta banyak dari suami, cukuplah jaga saya dan Aqil dengan baik
dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk dilaksanakan.
![]() |
budak perasan besday dia |
![]() |
Thomas & friends -Toby and Spenser in da house |
26 Mei, Jumaat lepas ada department team building Automotive
Mid Power/High Power(Auto MP/HP) level 1. Patutnya kami berjumpa di Penang Bowl
jam 10 pagi tapi bos untuk Automotive Mid Power ajak jumpa jam 8.15 pagi di Cofee
Bean bersebelahan G Hotel, Gurney Penang. Rupa-rupa nak sambut birthday saya
dan Syafirah sebab bulan depan dah puasa.
![]() |
saya 17 Mei |
![]() |
Syafirah-11 Jun |
Thanks bos sudi belanja. Sebab baru awal pagi, kami cuma ambil
sorang sepotong kek. Yang lain-lain taknak kek sebab awal sangat. Tak aci tau,
bulan 3 dan 4 dapat sorang sebiji kek….ekekeke…melawak ja. Kang bos baca naya
ja. Breakfast untuk semua pagi tu big bos yang belanja. Dan ini yang saya ambil
pagi tu. Ahak…jenuh jugalah nak perabis breakfast dan kek.
![]() |
Tea, blueberry cheese cake and egg ben |
0 apa kata anda?
komen yang murni-murni yek ^.^