Assalamualaikum
Selamat hari Ahad hari untuk bersama keluarga.
Bukan nak cite pasai hari Ahad.Nak cite pasai semalam.
Nak hapdet tapi line tenet cam siput b*** tapi bukan salah siput tu pon.
Semalam kelas tuk subject baru pas abes exam minggu lepas.
Pepagi dah bertolak ke Penang.
Perrrghhhh....JEREBU sampai tak nampak apa.
Selalu 7.30 pagi dah leh nampak pulau leh nampak kapal terbang berlegar-legar kat area Bayan Lepas nak landing tapi kali ni tiang letrik atas jambatan pun cam nampak tak nampak ja.
Teruk betoi jerebu ni.
permandangan dari puncak jambatan pulau pinang jam 8 pagi |
Subject baru kali ni banyak praktikal.
Bagus bagus.
Cheq paling tak suka baca-baca.
Suka calculation dan praktikal.
Tulisan buruk gila |
Balik dari kelas terus tala pi Jusco Perda.
Saja jalan-jalan cuci mata.
Pas penat tawaf Jusco rasa nak makan kepci tapi bila lalu ja depan A&W terus langkah masuk situ.
Dapnye air dia...bape kali sedut ja.
Dap...dap... |
Notakukukakiku:~survey apa yang patut...balik wat kira-kira...adehhhhh....
Sesi dialog : petang hari
Watak : mak dan orang yang geram
Orang Geram : Kenduri ni semua adik beradik cheq pakat tak mai maksu...
Mak : Awat plak?
Orang Geram : Depa pakat nak balik kampung umah mertua...
Mak : Takpa...takmai pon takpa...maksu tak marah...janji jangan tak cukup makanan dah la masa kenduri nanti...risau gak...
Orang Geram : (terus diam)
Cheq : (gelak je la dalam ati....)
Punya la marah sebab takleh masak masa kenduri...saja nak bagi mak susah ati.
Naseb mak cheq tenang ja jawab.
Sampai hari ni dia tak mai umah dah kalau cheq ada kat umah....malu leteeeeewwww....
Mak sapa la ni...dah pandai menjawab-jawab dah....hehehehe...
Oh meng....
Kulit muka sebersih telur ku telah diserang(werrrkkk...sila muntah).
Makin menjadik-jadik plak tu.
Di dahi...dagu...pipi...
Oh..oh...oh...STRESS kah aku?????
JODOH itu rahsia Allah.
SWEET kan Allah....
Allah nak bagi KEJUTAN pada kita...
SEKUAT mana saya SETIA...
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK....
Jika Allah tidak menulis JODOH bersama....kita tetap tidak akan bersama...
Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah DIRANCANG...
Dan sebaik-baik yang merancang itu adalah ALLAH s.w.t Maha Perancang Segalanya....
![]() |
Pic kedit to Enchik Google....suka pic ni ^^, |
Sesungguhnya apa yang dirancang tidak menjadi.
Dia bukanlah pilihanku.
Dia bukanlah orang yang membawaku bersiar-siar.
Dia bukanlah orang yang selalu membawaku makan macam daku tak cukup makan.
Dia bukanlah orang yang selalu pinjamkan keta tatkala keta burukku meragam.
Dia bukanlah orang yang selalu hadiahkan ku bermacam-macam benda dari tempat percutiannya.
Dan dia bukanlah orang itu.
Dia datang tatkala menjelang Hari Lahirku...
Hadiah paling besar dan suprise yang ku terima...
Hadiah paling besar dan suprise yang ku terima...
Datang merisik...bertukar ke penetapan hantaran dan tarikh...
Hubungan dengan RESTU keluarga...
Semuanya cepat dan pantas...
Mungkinkah ini yang dinamakan JODOH...
Moga hubungan kami dipermudahkan dan diberkati...
Notakukukakiku:~masih dalam MOOD sesi kenal-mengenali antara satu sama lain...
Nikah Kahwin | Kerana katering
Kerana katering tetiba sedara sendiri dah tak mau bercakap. Marah...sakit hati...geram sebab kami tak pilih dia untuk masak.
Ceritanye camni...
Hari keluarga Enchik Z datang rumah sedara mara ada sama. Balik je keluarga Enchik Z terus dia cakap nak masak untuk kenduri saya nanti. Mak cakap tengok dulu tak janji, kena bincang-bincang dengan abang-abang saya dulu camna.
Dari hari ke hari dia asyik mai rumah tanya jadi ke tak kenduri. Mak cakap kenduri lepas raya. Boleh pulak dia suruh kami tukar tarikh. Dia kata kalau time raya orang tak mai...pakat balik kampung habis.
Ewah-ewah...sapa yang nak kendurinya, saya ka dia yang dia suka-suka suruh tukar tarikh. Kalau nak masak terima je la tarikh apa pon. Saya pilih time raya pon sebab WALI saya time tu ja pon boleh balik dengan family dia lama sikit. Kalau time lain anak-anak dia sekolah dan ada yang dok asrama. Kita nak adik-beradik sendiri meraikan majlis kita gak.
Saya try gak riki martin katering sekitar kawasan dah harga standard RM7 satu kepala(5 jenis lauk)...bubur kacang...5 khemah...makan beradap...termasuk pekerja.
Kalau dia yang masak...RM7 satu kepala(5 jenis lauk)...bubur kacang...1 khemah...makan beradap...termasuk pekerja.
Kami bincang adik-beradik cakap kenduri kalau boleh kita nak save selagi yang boleh....bukan nak keluarkan duit banyak-banyak. Biasa la mak tak suka gaduh-gaduh so suruh kami terima dia masak.
Keputusan saya, kenduri saya...dia masak tapi minta khemah atleast 3. Takkan kami nak keluar duit untuk khemah pulakan? Kalau 2 khemah dah RM400 dah kat situ. Takpa la beralah, sedara-mara kan. Tak suka la bermasam muka. Tup-tup hari Isnin tu dia mai cakap tak jadi nak masak sebab tak untung apa kalau dia keluarkan duit khemah.
Balik ja keja mak terus inform saya pasal ni. Orang dah bagi peluang tapi dia sendiri yang takmau ambik. Pasni jangan bising-bising kalau tempah katering lain.
So hari ni cuti saya jalan-jalan riki martin baju pengantin serta harganya dan membooking katering untuk kenduri nanti.
Hope Hassan Catering tak mengecewakan saya la |
Thanks to Puan sebab bawa ke Hassan Catering. Kebetulan adik puan kawen lepas raya gak dan ambik katering yang sama.
Dengan perut lapar kami pekena kat Aida Cafe Bertam. Seharian dok berjalan sana-sini cari baju.
Ni ai punya ^^, |
Ni Puan punye |
Alhamdulillah selesai cikit masalah.
Notakukukakiku:~baju cantik-cantik sampai tak tau nak pilih =.=''
Rabu lepas ai rest day.
Dok rilek-rilek kat umah sekali dapat mesej dari Miz Nina member lama masa study dolu-dolu.
Dia memang selalu ada kat Penang dok setup bisnes kat sini tapi tak berkesempatan nak jumpa.
Ada saja hal tiap kali dia mai.
Lama gila tak jumpa.Adala dekat 10 tahun.
Dia still macam dulu tapi cheq???
Hahaha...dia pon terkejut tengok.
Tengah dok sembang-sembang tetiba dia ajak pi tengok wayang.
Dia dah beli 2 tiket nak tengok dengan sorang lagi kawan so ajak cheq join sekali.
Takpala...dah lama tak jumpa terus join sekali.
Pi Sunway Carnival cari tiket nak dok sebelah-sebelah depa.
Naseb ada...Alhamdulillah.
Ni la cite yang kami layan.
Hahaha...tak tau nak komen apa.
Kalau suruh bagi bintang...ai bagi 1 setengah bintang dari 5 bintang.
Paham-paham sendiri je la kan.
Nina main beli ja tiket wayang sebab dia memang tiap minggu tengok wayang kat Penang sebab nak penuhkan masa malam dia yang terluang.
Waktu : petang hari cuti
Situasi : Mood santai tengok tibi
Tengah dok bersantai-santai hari cuti ada plak sepupu sepapat mai umah sembang-sembang.
Macam biasa malas nak melayan sangat bab-bab gosip orang tu orang ni.
Omak just melayan je sebab nak suruh balik tak sampai ati....dah tau dah mak tu camna...suka kesian kat orang.
Bila tengok cheq bolayan asik dok ngadap tibi boleh plak sound...
"Tak belajaq masak ka?Dah nak kawen kena belajaq masak....satgi pi umah mak mertua jenuh kena berletiaq sebab tak reti masak"
'Eh...nak kawen baru nak kena belajaq masak ka?
Tak kawen takyah belajaq?
Sori la...dari umoq belasan orang dah reti masak la...cuma malas nak tunjuk kata reti masak...yang raya-raya dok mai makan tu aku yang masak'....ngomel dalam ati ja la.
Malaih nak melawan kang kata tak hormat orang tua-tua plak.
Pastu dengaq la dia dok puji anak dia bagai.
Malas nak layan terus ambik towel pi mandi lagi bagus.
Akibat asik keja dan kuar pi keja nampak bulan...balik keja nampak bulan maka sampai tak perasan ada pokok-pokok bonsai kat belakang umah.
Tetiba hari cuti Jemaat lepas terajin pi belakang umah dan terkejut nampak pokok bonsai ni.
Punya la tak ambik tau keadaan semasa sampai taktau apa....haiiiih =.=''
Antara pokok-pokok bonsai yang ada.
Sila abaikan persekitaran sekeliling yang menghijau tu.
Cepat beno tumbuh bila hari hujan.
Entah fenomena apa yang terjadi sekarang ni kepah panggilan kami orang sekitar pantai ni or siput bagi bahasa sedap sikit timbul banyak sekitar pantai di Kuala Muda (pantai berpasir la yek).
Pantai-pantai kat umah ampa ada tak?
Kat umah cheq pantai dah naik selut selepas tsunami dulu so takdak la menatang kepah ni.
Dengaq cerita ramai orang dok berpesta sakan pi kutip kepah sambil berkelah kat Kola Muda nun.
Siap mai dari Kulim kutip kepah berguni-guni.Hat ni yang cheq tau dari sumber-sumber yang boleh dipercayai...taktau la kot mai dari mana-mana lagi.
Nak-nak plak cuti sekolah...pakat dok angkut anak-anak pi kutip kepah sama.
Kami pon dok kutip kepah gak la tapi kutip hat jiran-jiran yang baik ati dan rajin pi cari mai bagi sedekah sebab banyak sangat.
Hari cuti pi cari kepah???
Oh...tidak tidak tidak....satgi itam...dah la tak brapa lama lagi nak....tet...tet...tet....
Kenyataan tak dapat dikeluarkan kat situ....hahahaha....
Hasil kutip kepah dari jiran...sepinggan penuh kulit kepah selepas di ratah oleh cheq seorang ^^, |
Assalamualaikum
Hari ni cheq cuti.
Ampa keja ka cuti?
Cheq macam biasa la keja shift so banyak la cuti sampaikan member-member pon pelik kekadang keja kekadang cuti.
Yolah...kalau campur dengan OT makanya cheq keja direct la.
Klau tak pi OT cheq keja 14 hari ja pon sebulan.
Ahad lepas patutnya cheq keja tapi mandangkan replacement cuti Agong so cuti la.
Apalagi cheq pon wat 'partimah' la kat Pero2 yang diboskan oleh Puan Ty dan digengkan dengan Cik Puan Aini.
Paginya menpartimahkan diri di Pero2 Bertam.
Oh...sangat-sangat menguji kesabaran diri di sini.
Start pukul 10 pagi pukul 1.30 tengahari baru abes kira =.="
Berpeluh-peluh sebab perut dah berkeroncong lagu dondang sayang (hak...hak...hak...kira masih boleh tahan lagi)
Abes kira laju-laju kami kuaq pi cari makan tapi apakan daya hari Ahad tak banyak kedai yang buka.
Nak-nak plak pi dah time-time orang nak kemas dapur dan waktu cuti sekolah makanya lauk-pauk kat kedai makan memang la laku.
Singgah makan di Kiosk.
Hentam je la apa yang ada.Jap lagi nak tala pi Pero2 Kampung Jawa plak.
Kekonon kendid >.< |
Ayaq tinggi penghilang dahaga :p |
Sapa tah suka makan nasi dalam kuali ^^, |
Nasi kicap dalam periuk tanah pon ada yang nak makan...lapaq sungguh =.=" |
Nasik banjir kuah kicap...ahahahaha |
Bedal je la janji pree sebab semua kos pengangkutan dan makan minum di seponser oleh Puan Ty.
Makan-makan gosip-gosip terus tala pi Pero2 Kampung Jawa Penang plak.
Mau abeskan keja cepat-cepat dan boleh balik lena.
Dekat pukul 3 lebih kami wat keja kat sini dan abes sekitar 5 lebih.
Cepat gila.....
Dapat energy makan KICAP banyak kot...hik...hik...hik...
Baliknya tak singgah Pantai Jerejak macam selalu kami dok pekena laksa dan ayaq nyioq.
Semua dah letih terus balik umah.
Assalamualaikum
Pagi ni masuk kilang di mana-mana tengok kaler hijau.
Pandang kanan hijau...pandang kiri hijau...pandang diri sendiri kat cermin pon hijau.....ahak...
Hari ni kan World Environment Day so kami satu company menunjukkan rasa sokongan terhadap alam sekitar dengan memakai baju atau apa-apa yang lain yang berwarna hijau.
![]() |
Teman seperjuangan yang manunjukkan sokongan terhadap World Environment Day |
Tapi cheq?
Adala kaler-kaler hijau sikit tapi tak menyerlah macam depa.
Assalamualaikum
Waaa...weekend yang sangat sibuk.
Orang lain sibuk bercuti bersama keluarga dan tersayang cheq plak sibuk outing dengan FDR member.
Ni bidan terjun je menjadi peneman Cik Puan Aini nak tengok GIG kawan beliau yang mai dari Keyel.
Dah sedia 'maklong paklong' kalau hari cuti ja feri mesti jemmed tapi depa yang mai dari Keyel gigih nak naik feri.
So terima la padahnya nak dekat 45 minit baru leh nek feri.
Bila sampai kat Penang memasing berpisah dulu.Member Cik Puan Aini baru nak pi set up segala perkakas yang dok ada dalam keta.Kami plak melepak kat Padang Kota Lama sesambil pekena mee rebus sotong dan air kelapa.Mabelessss....
Pas makan jalan bagai kami ke Soundmakers kat area jeti Penang.
Ramai gak yang mai dan banyak gak band yang nak perform hari tu.
Tapi kami tak tengok pon GIG ni.
Tak masuk jiwa kami kot....hahahahaha...
Kami pi lepak-lepak kat Pantai Jerejak sementara gig tu abes.
Sempat lagi pekena rojak dan laksa.
Gig abes sekitar jam 8 malam dan sempat la bawa depa satu dua tempat.Klau ta jemmed rasanya leh ronda banyak tempat lagi.
Apa yang pree?
Minggu ni kita kumpoi benda pree...hehehehe...
Mula-mula kumpoi coklat.Owh...sayang nak makan.
Cantik-cantik tapi memang takleh makan pong sebab mai dari Taiwan.
Bos rasa dia kata ada rasa alkohol.Leh pandang je la.
Pastu dapat baucer Secret Recipe...tudung bawai 10 dan FM...sunsheet.
Dapat plak hadiah dibalut cantik dan kemas sampai sayang nak buka.
Dan hari Jumaat tu di kidnep oleh bos ke Juru semata-mata nak bawa makan kat kedai bawal goreng panas-panas.
Tak sangka bos bangsa cina ni mau pi makan kat situ.
Dengan jem masa pi dan balik.
Dekat 3 jam gak la kami keluaq lunch.
Sabtu minggu lepas masa kelas memang makan pree pon.
Ahad masa FDR outing pon pree gak...dibelanja oleh Puan Ty dan Cik Duratul Nadiera.
Rezeki...rezeki...rezeki...murah sungguh...Alhamdulillah...
Notakukukakiku:~Sabtu Ahad ni makan pree lagik ke?Ada orang nak banje tak?
Assalamualaikum
Selamat bercuti pada semua dan selamat menyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.
Hari ni mesti ramai yang plan kuar bersantai bersama yang tersayang no...
Cheq hari ni pon cuti gak.Takdo kelas.
Taktau lagi nak pi mana hari ni.
Baru la free nak taip-taip cerita kami FDR outing a.k.a gosipping....ngeeeee....
_____________________________________________________
Ahad...27 May 2012..petang hari
FDR single mingle outing.
#EH...single ke????
Asik dok pi area Butterworth dan Penang ja so kali ni kami jelajah ke Utara dekat tet ja dengan tempat kami.
Tala pi Espee yang di pandu oleh Cik Puan Aini, di co-pilotkan oleh Puan Ty dan di MEM BESO kan oleh cheq sendiri.
Mula-mula singgah Village Mall dulu sementara menunggu ketibaan yang teramat mulia Cik Duratul Nadiera.
Abes semua kedai kami jelajah tapi tak masuk beli apa pong.
Susah sungguh nak jumpa chekgu sorang ni.
Bz manjang.Time cuti sekolah ni la baru dapat jumpa dia.
5 bulan gak la tak jumpa.
Penat tawaf Village Mall kami decide nak tunggu Cik Duratul kat HotMas Restoran.
Pas semua berkumpul mula la sesi luahan perasaan itu ini begitu begini.
Fuh...macam-macam la yang kuar.
Sesambil tu ada yang tanya pendapat la itu la ini la.
Tak puas dekat HotMas kami decide nak pi tempat yang tak berapa ada orang dan boleh minum sebab orang makin ramai makan kat HotMas ni siap ada yang berdiri dok tunggu turn.
Pakat-pakat tala plak pi Tanjung Dawai melepak di Restoran Tomyam situ.
Sambung plak kat sini sesambil minum dan makan sotong goreng tepung.
Sesambil tu menerai la Mini DSLR orang tu.
Wahhh...dia dah ada DESLER tu...
Thanks pada kengkawan yang sudi mendengar,memberi pendapat dan memberi nasihat pada cheq.
Sayang ampa KETAT-KETAT ^^,
Assalamualaikum
Salam hari Jumaat.
Hari ni i OT ^^,
OT mesti la kena senyum.Dapat duit lebih maaa mesti la senyum kan...kan...kan...
Klau kena paksa mai OT tu mesti tak senyum.
OT paksa????
Oh...budak-budak production kata depa kena OT paksa.
Direct depa keja sebulan.
Bukan paksa sangat pon...nak mai...mai je la...tak larat nak mai takyah mai tapi depa gagah dok mai sampai tak larat nampak macam paksa la.
Tapi time tekan gaji...fuhhh...ngalahkan gaji engineer yang baru grad.
Hari tu ternampak gaji sorang operator tengok gaji kat ATM dalam kilang dekat 4K woooo....dasattttt....
Hari ni pakai serba kuning.
Semangat daulat Tuanku untuk hari esok.
Eh...silap...hari ni turn baju kuning ni kalau ikut susunan baju dalam lemari...ngeeee....
Notakukukakiku~Turn baju kuning sesambil menerai tudung orang bagi hadiah besday...lalalalalala....