Tempat Menarik Di Penang | Wonderfood Museum Penang

4:46 PM

Wonderfood Museum Penang | Wonderfood Museum Penang merupakan taman tema makanan yang pertama di dunia dan merupakan salah satu muzium yang terdapat di Pulau Pinang yang harus anda lawati. Di sini terdapat replika makanan dari pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India yang dipamerkan.
 
Bila masuk ke ruang pameran di Wonderfood Museum Penang, boleh dilihat pelbagai jenis replika makanan yang ada sehingga boleh menggugat perut yang tengah lapar waktu itu. Replikanya memang nampak sedap…hahahaha…sila percaya okey… Disamping boleh mempelajari makanan berbilang kaum, anda juga boleh beraksi bersama replika makanan yang terdapat di sana.
 
Tak caya? Jom ikut saya dan Aqil terjah Wonderfood Museum Penang.
 
 


Masuk ke Wonderfood Museum korang boleh lihat ‘Malaysia’s street food’. Semua jenis makanan dari pelbagai kaum ada. Nampak sedap sangat.


 
Boleh juga tengok waktu makan dan makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk sarapan, makan tengahari, makan malam dan makan tengah malam.


 
Kat sini anda juga boleh bergambar dengan replika kegemaran dengan pelbagai aksi. Tengoklah Aqil dengan ayam goreng kegemarannya…hihihi…




 
Kalau di Penang terkenal dengan nasi kandarnya. Meh sini sapa yang nak makan nasi kandar. Nampak sedap dan lazat. Terus rasa lapar…huhuhu…
 

Naik di tingkat atas anda boleh tengok Penang’s Time Tunnel masyarakat kita berjualan era tahun50-an dan 60-an. Orang kita berniaga dengan mengandar bahan jualan. Zaman bertukar, peniaga mula menggunakan basikal dan motosikal untuk berniaga.


 
Jom-jom sapa nak makan char koey tiaw meh la saya gorengkan.


 
Di samping itu anda boleh lihat pelbagai makanan yang hampir pupus. Ini sebahagian makanan yang hampir pupus. Ikan bakar tanah liat tu baru pertama kali saya lihat.
 

Yang uniknya bahan makanan di hiasa menyerupai potret Monalisa. Masa mula-mula tengok ingatkan meja yang berselerak. Rupa-rupanya potret Monalisa. Sangat kreatif.
 

Bagi yang bercuti di Pulau Pinang, Wonderfood Museum adalah salah satu muzium yang harus anda lawati. Tak rugi sebab anda boleh mempelajari banyak tentang pemakanan masyarakat kita dan juga boleh beraksi dengan replika makanan ini. Sangat comel dan lazat…hihihi…


 
Muzium ini sangat mudah untuk dijumpai. Ia terletak di kawasan jeti terminal feri. Boleh jalan kaki sahaja dari terminal feri ke Wonderfood Museum bagi yang datang dari seberang menggunakan pengangkutan awam yang mengambil masa 10 minit.
 
WONDERFOOD MUSEUM PENANG
49, Lebuh Pantai(Beach Street),
Georgetown, 10200 Pulau Pinang.
604-2519095
 
FB : wonderfood museum penang
 
Harga :
Dewasa RM15
     Kanak-kanak/Warga emas/Pelajar RM10
 
Di buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti umum.

You Might Also Like

6 apa kata anda?

  1. Menarik la akak..semua gabak2 punya besaq.. heheh

    ReplyDelete
  2. menarik kan, besaq-besaq semua makanan tu.. kalau boleh makan, mau kenyang seminggu..

    ReplyDelete
  3. amboi aqil..pndai kemain dia posing

    ReplyDelete
  4. seronok giler kut mai wonderfood museum..replika makanan semua npk real.
    ok kak..bagi char kuey teow taugeh lebih ye..garing2 tau

    ReplyDelete
  5. tudiaa semua gabak hehe.. kalo betul ada kenyang setahun =D

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^