MAI PI MAKAN ALA-ALA KAMPUNG RAMADAN BUFFET DI LEXIS SUITES PENANG

8:31 AM


MAI PI MAKAN ALA-ALA KAMPUNG RAMADAN BUFFET DI LEXIS SUITES PENANG| Hai semua. Kali ini Zai nak ajak korang ke satu lagi buffet Ramadan yang awesome di Pulau Pinang. Jom ikut Zai ke Lexis Suites Penang, kita tengok apa yang menarik di sana.


Sempena Ramadan ini, pihak Lexis Suites Penang menyediakan iftar bermula 27 May hingga 24 Jun 2017.

Di buffet Ramadan ini Lexis Suites Penang menyediakan makanan ala-ala kampung. Memang very the kampung untuk semua masakannya. Terasa seperti air tangan ibu kita memasak di rumah.

Pihak Lexis Suites Penang telah menyediakan lebih 50 jenis pilihan makanan untuk berbuka puasa yang terdiri daripada masakan tempatan, antarabangsa dan juga Arab.

Signature dish untuk hidangan di Lexis Suites Penang merupakan Char Koay Teow, Kambing Golek, Sup Gear Box, Chicken Shawarma, Lamb Kuzi, Ekor Lembu Asam Pedas dan Ikan Panggang.

Tidak sah jika berbuka puasa tanpa kambing goleknya. Kambingnya yang juicy serta lembut di cicah bersama sosnya yang sedap. Begitu juga nasi beriani dan shawarmanya.


Jom kita lihat hidangan utamanya yang lazat seperti masakan ibu kita di kampung yang disediakan oleh pihak Lexis Suites Penang.

fried chicken with bean paste, crispy noodles with seafood gravy, braised trio mushroom with vegetable

Otak-otak, hati ayam masak lada, ketam masak sambal, telur ikan masak lemak pedas

ekor lembu asam pedas, ayam percik, sotong goring kunyit dan nasi tomato

Di samping menu utamanya, terdapat pelbagai jenis salad dan ulam-ulaman turut tersedia sebagai pembuka selera. Pilih saja mana yang berkenan. Semuanya sedap-sedap belaka. Ada kerabu sotong, kerabu pucuk paku, kerabu udang dan banyak lagi.



Selain itu ada juga satay, pasembur, ketupat dan serunding yang menggamit kita kepada hari raya. Tak dilupakan stesen roti jala dan char koey tiaw yang di masak segar kepada pelanggan.





Tidak dilupakan rojak buah, ikan masin goreng dan telur masin pembangkit selera.


Pelbagai pemanis mulut turut tersedia. Dari kuih tradisional hinggalah kuih-kuih moden. Semuanya sedap-sedap belaka.



Dan yang harus anda cuba ialah sup gearboxnya. Cuba sekali pasti nak lagi. Sedap terangkat.


Hotel ini menyediakan kemudahan surau yang untuk tetamu beragama Islam menunaikan solat sewaktu berbuka puasa di Lexis Suites Penang.

Pihak Lexis Suites Penang juga menjemput para tetamunya berkongsi pengalaman 'Mai Pi Buka Puasa Ala-Ala Kampung' di media sosial dengan menggunakan hashtag #RamadanLSP2017.

Jika korang berminat boleh dapatkan tiket dengan harga :-

RM68 nett-dewasa
RM40 nett-kanak-kanak dan warga emas

Early bird :-
RM58 nett- untuk 1000 tetamu yang pertama

Diskaun 15% juga aka dilanjutkan untuk tetamh dalam tempoh Ramadan.


Pihak Lexis Suites Penang juga dalam usaha untuk menyumbang kepada komuniti, RM2 akan didermakan kepada rumah anak yatim yang terpilih.

Yang lagi best jika berbuka puasa di Lexis Suites Penang, korang layak menyertai cabutan bertuah harian dan berpeluang untuk memenangi baucer buffer Ramadan. Ini termasuk cabutan bertuah mingguan termasuk hadiah 2 hari 1 malam di salah satu Lexis Hotel Group properties.

Sepanjang bulan Ramadan ini, korang boleh berehat dan bersantai di Lexis Suites Penang dengan kadar bilik bermula RM340 semalam.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :-

Lexis Suites Penang
28, Jalan Teluk Kumbar,
11920 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
Tel :- +604-6282888

Email :- fbc@lexissuitespenang.com
Website :- www.lexissuitespenang.com


You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. terbayang2 sup ekor dia..mantop

    ReplyDelete
  2. Wah nampak sedap..x sabar nak iftar

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/04/supplement-terbaik-untuk-lelaki-abad.html

    ReplyDelete
  3. model sup gear boat comel hihihihihi

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^