Assalamualaikum
Hari ni saya nak review BATOOK ori berdasarkan pengalaman saya menggunakannya.
Entri ni bukan entri berbayar.BATOOK ori ni bukan ubat batuk untuk di minum tapi sejenis minyak berangin.Batook ni pon suami yang belikan masa pi pasar malam Sungai Dua sebab kesian tengok saya yang batuk teruk + demam dari 15hb lepas.
![]() |
beli BATOOK percuma perfume :) |
Dah seminggu batuk lepas ambik ubat kat kilang batuk saya makin menjadi-jadi + demam.
Asal batuk ja mesti kencing.Tahap kronik dah.Dari tukar ubat tu ke ubat ni tak nampak perubahan.
Ais....pantang.
Kekacang...pantang.
Makanan berminyak...pantang.
Dah tu apalagi nak buat?
Tekak ni gatal toksah cakap la.Rasa nak ambik garfu garu kat dalam.
Batuk teruk sampai suara tukar macam orang pi karaoke nyanyi rock 10 lagu.
Batuk sampai sesak nafas.
Coklat berubat tu sentiasa ada dalam poket.Spare takut gatal kerongkong.
Malam tu suami beli BATOOK ori ni.Suami sapu kat belakang badan.Tak panas sangat tapi berangin ja rasa.Pastu saya sapu kat dada...leher dan hidung.Masa tengah tido tu saya batuk...batuk..batuk...last saya batuk... muntah + kencing.Muntah yang banyak dan keluar la segala gelema yang banyak orang Utara kata atau kahak bahasa bukunya.
Lepas muntah segala phewwww...macam kutey buang...saya lena sampai pagi.
Suami pon tegur kata tak dengar saya batuk dah malam tu.
Alhamdulillah....lepas tu batuk saya beransur kurang dan kurang.
Tu pengalaman saya gunakan BATOOK ori ni kat diri sendiri.
Selain untuk batuk macam-macam sakit lain boleh gunakan BATOOK ori ni macam penat, pedih ulu hati, kembung, pening dan boleh dijadikan sebagai minyak telon untuk bayi.
Kalau sekitar Seberang Perai boleh didapati di pasar malam Kepala Batas, Desa Murni Sungai Dua dan Ampang Jajar atau pon boleh contact NAIM 017-4054558.
Assalamualaikum
Semalam kita dah main teka buah so hari ni saya bagi jawapannya.
Nampaknya Ju sorang ja yang bagi jawapan yang betul....hihihi...tahniah Ju...hang memang tak jakun macam kami...hahahaha...
Masa kawan bawa mai buah tu saya dah jakun dah.Terpegun tengok biji dia yang pelik tapi cantik.
Cantikkan biji buah tu dari dekat.Indahnya ciptaan Yang Maha Esa.
Jawapan bagi teka buah semalam adalah
BUAH PALA.
Buah femes kat Penang tapi saya selaku orang Penang tak makan dan tak penah kenal pon buah pala yang betul sebelum jadi jeruk.
Jakun gila.
Teringat dedulu masa study kat Keyel.Asal nak balik Penang ja kawan-kawan mesti order jeruk buah pala.Hoi...aku tak makan hampa nak order plak...adehhhhh....Sedap sangat ka?
Pastu teringat sorang kawan Keyel saya wat kenduri kawen.Dalam banyak-banyak hidangan buffet nasi kenduri tu terselit jeruk campur camni beli kat Penang berpuluh kilo.
Masa kenduri tu saya tengok orang sana dok berebut ambik jeruk ni ja.Nasi tak makan pon.Pukul 2 petang jeruk tu abis dulu.
Banyak bagi jawapan buah tampoi.Memang rupa dari luar seakan-akan buah tampoi.Buah tampoi ni pon saya baru penah tengok dan makan masa mengandungkan Aqil dulu.Abang dokte bawa balik dari Johor masa raya tu.Kalau tak jakun jugak la saya bila orang bagi jawapan buah tampoi...hihihi....
p/s : semua pic kedit to abang google
Assalamualaikum
Cuba teka buah apa ni?
Kalau boleh teka ampa memang tak jakun macam saya.
Errr...saya jakun sebab saya tak makan.
Update: yang dalam kaler hitam selirat-selirat pink tu biji dia.
Assalamualaikum
Hari ni nak cerita pasai si budak debab ni.
Geram betoi dengan mulut dia tu.Payah nau nak bercakap.
Eh...semalam pi umah ayah angkat suami berbangsa Cina...depa pon ingat Aqil dah 2 tahun padahal baru setahun 3 bulan.
Badan tu besaq macam budak umoq 2 tahun mana la orang tak pikir camtu.
Semalam kita jadi maid ja masa kat rumah ayah angkat suami.Jagakan Aqil
-_________-
Kita tak paham sepatah haram depa dok sembang apa...cong ceng cong ceng....adehhhhhh...
Berbalik pada dak debab ni.Berat mulut nak cakap.Bila kita ajar dia akan ulang dengan uuuuu....uuuuu ja.Pastu kuar bahasa Jerman yang tak paham apa.
-__________-
Satu hari tu cakap kat suami suruh potong kuku Aqil.Dah hitam-hitam celah kuku.Mesti dok korek celah tu celah ni kat rumah sampai hitam.Ada ja benda-benda kecil yang dia nampak.
Pastu suami pon panggil dia duduk dan potong satu per satu.
Sampai jari ke tiga terus menggelupur.Bosan la tu abah potong lambat sangat.
Aqil menggelupur sebut ayah...ayah...(tak payah...tak payah) tapi abah dok tarik.Ha...lawan tarik 2 beranak.
Teruja mama ni dengar tau dak.Setakat mama, abah, nenen tu dah selalu sangat dengarnya.
Bila abah cakap 'potong kuku ni...eeeeiiii...itam...eeeeiiii...' dia bagi la sat pastu menggelupur lagi.
Last-last abah kepit Aqil sambil potong.Diam sekejap pastu dia menggelupur plak sambil sebut 'anas...anas...(panas...panas..).'
Amboi anak...pandai dah bagi alasan no.
Sesejak demam ni keja saya tido je la kat rumah.Baju dah selonggok tak lipat.Tengok baju terus takda mood.Lagi rasa pening....hahahaha...
So selama demam ni suami la banyak uruskan Aqil.Mandikan, buat susu, basuh baju, sidai baju tapi bila makan mesti cari mama dia jugak.
Aqil ada datang kat saya sambil sebut ak...ak...(berak) tapi saya wat tak tau jela.Almaklum la...hidung sumbat.Tak bau la wangi ka busuk sampai la suami cakap tu anak berak tu tapi suami jugak yang basuh...hahaha...orang sakitkan.
Terus tak sabar nak dengar perkataan yang seterusnya.Apala yang nak keluar nanti.
Mama terlebih teruja ni...hihihi....
Assalamualaikum
Hari ni keja macam biasa walaupon demam.
Ada kawan tegur nape tak MC ja.
Hurmmm....susah nak jawab bab ni.
Bila kita yang betul-betul sakit ni nak MC susah plak nak dapat.Heran.
Tak tau nak buat muka sakit macam mana dah.
-_______________-
Lagipon sesejak ada orang kantoi tipu beli MC tahun lepas kebanyakkan panel klinik susah dah nak bagi MC kalau sakit sikit-sikit.
Pastu ada jugak panel klinik dah kena buang dari senarai panel.Maybe depa takut camtu la kot.
Takpela...kalau saya MC saya asik tido tido dan tido ja kat rumah sampai sakit badan.#positif...positif...positif...
Jemput minum petang semua :)
Assalamualaikum
Ampa sehat dak?Saya dah seminggu demam tak kebah dari hari Isnin.
Bukan demam panas tahap melampau....just demam sejuk badan+ batuk tahap kronik(muntah+kencing) + sesak nafas.
Tang sesak nafas ni saya musykil.Tak penah ada lelah sesak nafas bagai sebelum ni tetiba ada.
Klinik dah pi 2 tempat tapi macam takda effect ja.
Kalau da tips cer komen sikit kot-kot serasi.
Assalamualaikum
Bekpes saya pagi ni kat kilang.
2 ketul kuih, satu set char hor fan dan secawan kopi O dengan harga RM2.20.
Oh...murahnya....
Y_____Y
Nangis orang lain tengok kalau leh bayar murah camgini.
Kenyang sampai tengahari.
Pssst....kopi O tu free ek.Kalau nak sedap sila tambah creamer free jugak...hihihi...
Assalamualaikum
Hari ni mai ja keja pepagi dah kena pindah rumah lagi.
Masuk ni 3 kali pindah.
Ni kalau bos nak soh cari benda tu benda ni urgent mau tak jumpa ni.
Assalamualaikum
Bersiaran dari rumah.Hari ni MC.Demam sejak semalam.Orang lain yang tunang kita yang demam.
Ahad lepas berlansungnya majlis pertunangan antara Ain dan Arif.
Pertunangan terkejut tergempar.
Kak ipar col saya jemput datang Ahad tu.
Eh...tetiba ja nak tunang.Haritu tanya taktau lagi.
Sabtu malam Ahad berkampung la kami yang dekat ni kat umah kak ipar.
Malam tu kalut la buat hantaran.Dah la tak kreatif.
Dari nak wat 7 ja hantaran terus jadi 10 termasuk buah.
Alhamdulillah siap juga segala hantaran dalam jam 1 pagi tu.Terima kasih juga pada tok sedara yang bagi satu dua hantaran buat Ain.
5 berbalas 10 hantaran.
Alhamdulillah...majlis berlansung secara sederhana dan ringkas.
Tahniah Ain dan Arif...tak sabar Maksu nak tengok korang naik pelamin plak.
Assalamualaikum
Ambik bekalan dari klinik kat kilang.
Nah...selambak.
Ni kalau tak sembuh jugak taktau la.
-________________-
Assalamualaikum
Semalam dok mengemas meja kerja abah terjumpa memori kad henpon.
Eh...sapa punya.Try test la kat henpon tengok gambar terus sebak Y_Y
Rindunya kat Aqil saat dia kecik konet camgini.Allah....rasa cam nak Aqil jadi baby balik :p
Masa masuk sepital nak bersalin tu henpon ada buat hal.Dan snap gambar sikit ja pastu henpon rosak.
Pastu kuar sepital dah taktau memori kad tu lempaq kat mana.
Lebatkan rambut Aqil?
Sayang betul nak cukur rambut dia masa ni.
Tempat Makan Best Di Penang | Cabai Kering Steamboat & Grill
Assalamualaikum
Baru-baru ni tetiba teringin nak makan steamboat.
Pi tengok steamboat kat area Taman Tun tu tutup plak kedainya. Fikir punya fikir baru teringat ada restoran baru buka dalam bulan September tahun lepas kat area Wakaf Seetee Aisah kat Seberang Jaya tu jadi mohler try test makan kat situ.
Masa kami sampai tu baru lepas Maghrib jadi orang tak ramai sangat. Ada 4 5 orang camtu.
Kat sini ada makanan goreng-goreng macam nasi goreng, mee goreng dan ada juga nasi ayam. Steamboat dia bukan yang jenis ambik banyak mana makan sampai kenyang tapi set by set.
Dah berdua pastu nak try test dulu so mengorder la set steamboat dua orang.
Nindia set untuk 2 orang. Ada sotong, udang, 5 jenis fish ball, 4 jenis sayur, 2 jenis cendawan dan bihun/maggi.
Didatangkan juga dengan ayam, daging lembu dan daging kambing untuk grill dengan harga RM34.90 satu set.
Ewah...jom main masak-masak dengan asben...hik..hik..hik...
Kami ambik kuah tomyam hari tu.
Close up sikit ayam grill kita....aummmmm.....
Untuk Aqil kami order nasi ayam tapi bukan Aqil yang makan banyak pon...abah yang perabih.
Eh...sesejak misi kata Aqil kena diet sikit dia memang kurang makan. Kalau nasi makan 2 3 suap pastu dah takmo dah. Risau pulak bila anak yang selalu makan banyak dah takmo makan.
Untuk yang makan tak banyak or yang pi berdeting-detingan boleh la makan steamboat kat sini.Kalau jenis kaki makan...boleh masuk untuk 3 orang makan punya rasanya tak cukup kot...hik...
Kuah tomyam tu saya suka.
Sedap...pedas menyengat...masam...i like.
Untuk makanan saya bagi 4/5 bintang.
Fasiliti kat situ saya rasa memang ok. Kalau di tengok dari jalan memang nampak parking kat Wakaf Seetee Aisah full tapi pusing ke belakang berlambak yang kosong. Boleh parking dekat 40 buah keta rasanya. Parking la ikut suka mana nak parking.
Untuk yang ada anak kecil around 3 4 tahun pihak restoran ada sediakan mini playground untuk bermain.Boleh la mak pak makan dengan santai sikitkan.
Bagi yang ada baby kecik disediakan baby bouncer tapi limited la. So mak takyah susah payah nak pangku baby.
Yang besar macam Aqil kita letak dalam baby chair la ye.
Ha tengok.Bukan main suka lagi Aqil.
Susunan meja kat situ pon tak terlampau rapat.Memudahkan kita nak bangun.
Overall untuk fasiliti saya bagi 4/5 bintang.
Untuk nak tahu lebih lanjut tentang Cabai Kering Steamboat & Grill, menu-menu terbaru ke... kot-kot ada diskaun ke harga untuk ladies night ke harga untuk ibu mengandung ke kan boleh ke facebook Cabai Kering Steamboat & Grill sebab selalu dok tengok ada offer macam-macam.
Kalau nak tempah boleh calling calling depa kat nombor 04-3831246 ni sesiap okey. Cabai Kering Steamboat & Grill ni buka dari jam 2.30 petang sampai 11.30 malam.
Assalamualaikum
Semalam Aqil Najmi dah 1 tahun 3 bulan.
Alhamdulillah setakat ni perkembangan Aqil macam baby yang lain cuma lambat bercakap.Masih tak pandai sebut perkataan akhir macam anak kawan.Takpe...tiap baby kan lelain perkembangannya.
Selasa lepas pi check up 15 bulan Aqil.
Berat-11.6kg
Tinggi-77cm
BMI-19.5
Dushhh...misi cakap dah masuk lain kuning dah BMI tu.Nak kena pantau makan.
Aqil ni baru 15 bulan tapi sekarang pakai baju dan suar 18 bulan ke 2 tahun dah.
Ketat tang perut.
See...dah macam abang abang kan?
Semalam balik umah Tok Besah.
Ada kenduri makan bek bek.
Lelepak dulu sebelum makan kenduri.
Untung la kamu anak dapat pak besaq....leh kuda kudakan pak macam tu.
Lepas Zohor moh ler makan kenduri bek bek.
Lauk bermacam jenis.Kalau tak salah ada 5 jenis.Semua saya ambik.Paling win semestinya kurma bek bek.
Pastu kawan hidang plak bek bek golek....uiiiih...mantopppppp.
Alhamdulillah semalam dapat la jumpa kawan-kawan sekolah kat kenduri aqiqah baby Amanda Delisha(7 bulan) dan 2 orang sepupu Delisha yang masing-masing berumo 22 hari dan 7 hari.Last jumpa masa saya dalam pantang Aqil hari tu.Lamakan?
Hope lepas ni kita dapat jumpa kat umah Mamaneh tengok baby baru.Tak sabarnya.
From Taiping with love to Pangkor
Assalamualaikum
Sambung lagi cerita cuti-cuti shutdown.
Hari ke-5 bersamaan hari Ahad 4 Januari 2015 memang dalam kepala ni dah plan nak pi Zoo Taiping tapi dok sibuk kemas rumah, basuh baju, sidai baju bagai. Dah berapa hari jalan sana sini keja-keja tu terbengkalai camtu ja.
Sesambil dok tengok FB sekali terpandang Pakcu Sofi post kat FB gambaq ni terus cakap kat suami cepat-cepat siap.Gila betoi...semata-mata nak kejar panda ni punya pasai terus bersiap.
Lepas siap bagai suami ajak sarapan dulu.Ok la...ok la...kita sarapan dulu. Pastu singgah isi minyak la beli topup la apa la.
Laju-laju suami drive tapi masih dalam had laju yang ditetapkan.
Nampak dak pokok-pokok tu.Takkan takleh agak ada kat mana.
So pusing la cari panda-panda ni sekali tengok....depa dah usung bok naik dalam lori dah. Sobbbssss....
Panda-panda tu depa letak selama 2 jam ja. Ohhhh...sadisnya...
Takpa la nak...mohler kita masuk Zoo Taiping.
Budak debab pestime masuk zoo.Kami dah tak pakai stroller.Aqil memang takmau duduk dalam stroller.Nak jalan sendiri.Kalau penat sangat baru dia menangis minta dukung.Kalau boh dalam stroller...boleh terbalik stroller tu dia dok meronta-ronta.
Suka tengok gelagat Aqil dalam zoo bila tengok binatang.
Muncung-muncung mulut tu.
Tapikan yang tak bestnya binatang dalam zoo tu kebanyakkan dah tua-tua.Ada setengah tu ada sangkar tapi binatang takda pon.Haila...harap pihak pengurusan ambik tindakan cepat.Tak sesuai dengan harga RM16 untuk sorang dewasa.
Dah nak balik ada gajah kat depan tu.Pakat kerumun nak tangkap gambar dengan gajah.
Keluar dari zoo cadangnya nak pi mandi kat memana.Kot-kot ada sungai ke air terjun ka boleh la mandi.Baru jalan tak sampai 5 minit hujan turun dengan lebatnya.Kansel acara mandi-mandi tu.
Emmm...agak-agaknya lepas kansel mandi manda tu kami nak ke mana ye?
Kami meneruskan perjalanan pulang ke sarang jela.
Sampai separuh jalan baru suami cakap dia dah tersilap jalan.Dah naik ke Changkat Jering dah pon.
Tengok-tengok suami terus ja jalan menghala ke Lumut.
Ingatkan suami nak ke Lumut saja.Saya ok jela takat nak jalan-jalan ke Lumut tapi tengok gaya bawak laju macam terkejar-kejar sesuatu.
Rupanya suami terkejar-kejarkan feri ke Pangkor.
Katanya feri last ke Pangkor pukul 5.45 petang tu yang terkejar-kejar tu.
Dalam keta tu dok membebel-bebel dah.Iyala...saya mana ada bawa baju extra.Suami dan anak takpa la...memang bawa baju spare untuk mandi.Aqil memang saya spare baju 3 pasang dalam beg.
Sampai di Lumut kalut la beli pampes dan susu takut-takut kat Pangkor takda.
Alhamdulillah...selamat juga naik dan sampai ke Pangkor petang tu.
Aqil ke hulu ke hilir atas feri.Suka sangat no.
Sampai di Pangkor terus kalut-kalut cari baju, seluar dan benda-benda lain.Jenuh terkejar-kejar ni.
Malam tu kami lepak kat luar tepi pantai.Tengah dok lepak terjumpa kawan suami.Lepak dan lepak lagi.Saya siap buat kawan dengan akak-akak kat kedai makan tu.
Balik bilik suami tiup pelampung Aqil siap-siap.Pelampung ni kami memang bawa sesiap dari rumah kot-kot nak mandi sungai tapi tak jadi.
Aqil bila dah ada pelampung camni la dia.Excited.Sampai takmo tido dok main pelampung.Last-last sorok pelampung dalam toilet.
Hari ke-6...Isnin...berpagi-pagian di Pangkor.
Kami menginap di Purnama Beach Resort Teluk Nipah.
Ni pon main aci redah ja.Saja ambik Purnama sebab ada pool.Nak bagi Aqil mandi kolam.
Kawasan sekitar Purnama.
Ni la chalet kami.Ambik yang memurah ja sebab nak tido ja pon pastu sat ja.Sampai Purnama pon dah jam 7 lebih nak pukul 8 malam.
Jadila kan habuan nak tido malam sekejap.Siangnya plak dok mandi kolam dan laut pastu dah nak check out plak.
Tengok la gelagat anak teruna ni.Bukan main suka bila letak dalam kolam.
Aqil dah pandai kayuh guna kaki...hihihi...so saya pantau dari tepi.Abahnya mandi kat kolam dewasa.
Dekat sejam gak mandi kolam takda sapa pon mai mandi.
Let's jom mandi laut plak.Weee...jalan kaki ke pantai.Sukanya...air jernih gila.Best...best.
Tapi Aqil plak takmo mandi laut.Geli pasir lembik bila kena air.Meraung-raung takmo mandi.Last-last abah dukung bawa mandi kat tengah sikit.
Balik dari mandi laut ramai plak orang mandi kat pool so tak jadi nak sambung mandi.Kami terus balik bilik mandi siap-siap nak check out dah.
Lepas check out terus ke jeti.Tak singgah mana-mana terus naik feri ke Lumut.
Sampai Lumut kami ke Muzium Kapal Perang KD RAHMAT.Saja masuk tengok apa ada dalam kapal perang tapi time ni henpon bateri kong.So takda la gegambarnya.Dalam henpon suami pon ada la satu dua keping.Pon sama...bateri kong.
Tiket masuk RM12 tapi dapat diskaun jadi RM8 sorang dewasa.
Lepas penat naik turun kapal perang kami ke Teluk Batik.Dalam perjalanan ni la dapat la cas sikit henpon kat keta tapi dapat pemandangan yang menyakitkan mata.
Sampah banyak sangat-sangat.
Aduhhhh....takda kesedaran sivik lansung.
Hilang MOOD nak relax kat situ.
Pastu suami col kawan dia dan kami jumpa di OUTWARD BOUND MALAYSIA LUMUT.
Suka sangat saya dok kat sini.Tenang ja.
Biar suami sembang dengan kawan dia saya selfie la dengan Aqil...hahahaha...
Dalam jam 6 lebih baru la kami beransur pulang ke Seberang Jaya.
Alhamdulillah...selamat sampai dengan jayanya.
Malam tu tengah makan malam tetiba suami ajak pi Langkawi esoknya.
Punggah...dah la esok last cuti ajak pi cuti lagi?
Malam tu kemas-kemas gak baju kami 3 beranak.
Excitednya nak pi cuti lagi...hahaha...
Hari ke-7 bersamaan hari Selasa cadangnya nak bertolak pepagi ke Langkawi tapi Aqil demam la pulok.Terbantut plan suami.Pantau demam Aqil dari rumah ja pastu tengok tak kebah jugak saya bawa ke klinik.Setel ambik ubat bawa plak Aqil pi check-up 15 bulan sekali.Patutnya check-up 12hb depan tapi time tu kan buka sekolah mesti kawan-kawan ramai yang cuti dan saya mesti kena keja.Kita anak kecik lagi jadi harap maklum la.Naseb nurse ok bila bagi reason camtu.
Aqil dah 11.6 kg dah.Patut la mama rasa cam nak patah pinggang ja dukung.
Berakhirla cuti-cuti shutdown seminggu saya.Alhamdulillah...banyak juga hari yang terisi dengan aktiviti keluarga.Selalunya susah kami suami isteri nak cuti-cuti camni.
Jumpa pon selalunya time petang 2 jam pastu malam jumpa dalam tido jela...hihihi...