Assalamualaikum
Cuti hujung minggu lepas takda buat apa-apa pon.Just melepak ja dalam rumah.
Petang Ahad tu asben ajak pi sopim beli barang dapur so meh la longgarkan urat saraf.
Bawak dak kecik 4 bulan ni jenjalan jom.
Pas sopim bagai abah bawa tempat makan dolu-dolu zaman kami berdua.
Dah lama gila tak makan sini sesejak ada anak sampaikan budak-budak kedai tu pon tegur.
Mujur la Aqil behave ja dok dalam baby seat ni.Dia dah tau dah tu tempat dia kalau pi kedai makan...hihihi...
Chenta hati kami berdua.
Pas makan abah bawa ke RnR Bagan.Kat sini memang penuh orang berkelah, bercinta dan main layang-layang.Tepi lautkan so best la dengan angin kuat.
Sesaja bagi dak tecik ni pijak pasir.Ingatkan geli ke takut nak nangis ke apa tapi dia lagi suka.
Asben wasap pic ni kat enpon saya.Hihihi...rupanya asben snap dalam diam-diam.
Tapi pic tak sharp la sebab guna enpon murah jek.
Suka sangat dengan pic ni....hihihi....
Dekat Maghrib moh la kita pulang.Masuk je keta dan dan la Aqil merengek-rengek.Susukan dia tengok-tengok dah lena.Tak sampai 5 minit pon.Letih sangat la tu.
Assalamualaikum
Aqil yang riang gumbira bersembang dengan abah.
Sekarang dah mampu pegang botol sendiri tapi yang kecik je la.
Abah cakap Aqil dah tak bagi abah pegang dah.Gigih nak pegang sendiri.Dia cengkam botol tu dengan kuat.Alhamdulillah...perkembangan yang memberangsangkan.Moga Aqil menjadi anak yang cerdik seperti namanya.
Assalamualaikum
Hahaha...tajuk bukan main lagik.Hari ni takda koje nak buat.Bos pon takmai.Dok berdeting kot sambut Valentine.
Dari bosan sampai tertido meh la nak hapdet pasai sayang bucuk acam saya ni.
Minggu ni direct mama kena ambil Aqil kat umah mengasuh.Abah bizi tak abes-abes.
Akak ngasuh cakap Aqil tak aktif sangat.Asik tido dan badan dah rasa panas-panas sikit.
Memang masa ambik tu panggil Aqil dia just pandang ja.Takda respon macam selalu kalau panggil dia akan jawab bahasa dia la.
Sampai ja umah terus ambik termometer check suhu bawah ketiak Aqil.Dupdap dupdap jantung ni tengok angka kat termometer tu naik laju ja ke 36C sampai la benti kat 36.8C.
Woh...dah nak hampir-hampir demam dah ni.Patut la rasa dedaq ja badan dia tu.So terus basahkan tuala letak kat dahi Aqil dan lap-lap badan dia.
Lepas dah setengah jam dok lap-lap tu baru la dia mula nak sembang-sembang.Alhamdulillah....Aqil kuat.Kejap ja dah sihat.So saya biarkan Aqil berguling-guling atas toto sesambil saya lipat baju.Saja wat taktau kat dia.Biar dia main-main sendiri.Tup-tup dia dah meniarap sendiri.Eh...selalunya part last tu dia tak dapat sebab sangkut tangan dia.Mesti akan menangis-nangis minta saya tolak dia bagi meniarap.Semalam otomatik dia meniarap tanpa bunyi apa-apa.Syukur sangat-sangat.Yela...badan dah besar...berat...kebarangkalian dia nak meniarap cepat tu memang takda la.Pastu biarkan je dia.
Ha...tengok la.Pulun dia dok angkat bontot nak menyulur ke depan.Saya tau dia nak pi kat mana.Kotak set bersalin D'herb yang saya sandarkan kat dinding ada gambar Khatijah Tan tengah pegang baby.Dari terbaring kat bantal karipap biru kat belakang tu sampai la ke depan ni dia nyulur.Amboiii...sampai 2 step terus dia buat harini.Patut la demam.Demam nak boleh something....hihihi...Lega rasanya tengok perkembangan Aqil yang cepat ni dengan badan dia yang besar tu.
Assalamualaikum
Hari ni Aqil dah 4 bulan.Tadi pi check up timbang berat dah 7.2 kg.Okla...BMI still paras ok walaupon berat besaq gedebok.
Cepat ja masa berlalu dah pon 4 bulan.Tadi pi klinik berdua ja.So takdan nak snap pic apa.Dok dukung dia ja sampai lenguh tangan ni.Dah tu plak punya la ramai orang.Ingatkan pi pukul 8 pagi dan la abes cepat tup tup dekat pukul 11 gak la baru abes.Aqil takda la nak merengek teruk-teruk...dia tengok orang sana sini.Pastu bila dengar suara budak or baby menangis tercangak-cangak dok cari.Bila penat duduk dia merengek-rengek....saya pon berdiri bawa dia pusing-pusing.Sampai tertido la tadi.Menyusu takmo lansung tadi.
Semalam balik umah mak TAT.Sebelum-sebelum ni asal pi mana ja orang mesti kata 'pompuan ek?'.
So sebab takmo nampak perempuan sangat Aqil ni dengan rambut dia yang banyak tu meh la kita potong sikit rambut tu.Buang bahagian tepi dan belakang.Rambut atas tak buang.Ha...baru nampak laki sikit.Aqil behave sungguh masa ane tu gunting rambut dia.Dia cuma cangak pelik awat ane ni dok pegang-pegang kepala dia....hihihihi...
Assalamualaikum
Lama gila tak update blog.Bz sangat-sangat sekarang ni sebab start dari hujung bulan doblas sampai la awai bulan dua ni company banyak shutdown dan banyak gak public holiday.Jadinya time satu-satu projek jadi delay.So masa hari keja biasa memang bz.Hari cuti bz hal kat umah plak.Takdan nak jenguk sangat blog orang.
13 Jan haritu checkup Aqil 3 bulan.Berat dah 6.9 kg dah time tu.Kusss semangat.Patut la mama dia ni tak larat dah nak dukung lama-lama.7 kilo dah.
Set baju Starbuck dan suar askar size 1 tahun pon Aqil dah padan.
Aqil dalam proses nak kaleh badan nak niarap tapi still tak berjaya tanpa bantuan mama abah dia.Bila dah lama dok kaleh tak boleh-boleh Aqil mesti menangis bebai.Kesian kedia so tolong kalehkan Aqil.Terus suka bila dapat meniarap.
![]() |
Budak gigih nak nerap |
Satu lagi pangai Aqil dapat di kesan.Kalau dia tak tido masa dalam baby seat dia...klau berenti keta lama-lama Aqil akan bebai.Bila dah start bebai keta dah jalan balik pon dia tetap bebai.Kena benti keta kat tepi dan pujuk dulu sampai dia ok.
![]() |
Bebai benti kat traffik light lama sangat |
Baru-baru ni mama terpaksa kerja direct Sabtu Ahad.Serah kat abah suruh ngasuh.Bila col tanya abah anak wat apa abah kata tido.So mama pon lega la.Balik keja mama tengok Aqil tido.Dah malam sikit baru mama pegang Aqil sebab tido lama sangat.Nak kejut bangun.Pegang badan Masyaallah badan punya panas.Terus mama bebel-bebel kat abah kata anak demam.Check suhu dah 38.5 dah time tu.Terus mama lap-lap badan Aqil tu.Bila Aqil dah bebel-bebel sikit terus mandikan dia.Basuh rambut dia yang lebat tu.Pastu pi kinik ambik ubat.Alhamdulillah sekali makan ja demam dah kebah.Mana taknya...ubat botol cinonet rega RM40.Nak cari panel klinik 24 jam taktau kat mana so redah je la kinik apa ja yang buka hari Ahad tu.
![]() |
Dah sihat sikit....dah leh bebel-bebel |
Dah 3 bulan ni mama belikan Aqil ulat Lamaze musical.Ni la reaksi Aqil masa dapat ulat tu.
Main-main pandang mama....main-main pandang mama.Takut mama ambik ulat dia leteeeewww....
![]() |
Mainan pertama Aqil |
Semalam dok rehat-rehat kat umah sempena CNY.Dok kemas-kemas bakul baju Aqil terjumpa topi ni.Abah belikan Aqil topi ni masa dalam pantang lagi.Masa tu kepala pon kecik.Tak padan.Sesaja la boh kat Aqil sekali muat la.Comey tak???
![]() |
Topi dan baju abah beli masa dalam pantang |
Satu lagi pangai Aqil yang mama dapat tangkap bila time tido mesti bantal peluk dia ni kena tutup muka.Kalau tarik letak tepi mesti terjaga.Pastu nanti mesti dia tutup balik muka tu dengan bantal tu balik.Saja ja wat mama dia risau.
![]() |
Tidoq pesyen baru |
Errr....errr....apalagi ek?Cam takleh nak ingat ja...hehehe....Nanti-nanti kami update len na.