KAMPUNGKU CITARASAKU BUFFET RAMADAN DI THE LIGHT HOTEL SEBERANG JAYA
12:18 PM
KAMPUNGKU CITARASAKU BUFFET RAMADAN DI THE LIGHT HOTEL
SEBERANG JAYA | Ramadan bakal menjelma tak berapa lama lagi. Pasti ramai yang
teruja dengan kedatangan bulan yang mulia ini. Tak kurang juga yang sudah
berkira-kira hendak membawa keluarga berbuka puasa di luar. Sekali-sekala
berbuka di luar bersama keluarga apa salahnya.
Satu lagi buffet Ramadan yang terbaik ingin Zai kongsikan
dengan korang adalah di The Light Hotel Seberang Jaya, Penang. Dengan tema
KAMPUNGKU CITARASAKU, buffet Ramadan ini memperkenalkan menu-menu kampung yang pastinya
menggamit kenangan korang. Menu dari pelbagai budaya, rasa dan aroma masakan
kampung yang ditampilkan oleh pihak The Light Hotel adalah yang terbaik untuk korang
nanti.
Di buffet Ramadan KAMPUNGKU CITARASAKU, The Light Hotel
Seberang Jaya, korang boleh merasai keenakkan masakan dari dapur bonda dengan
mengimbau kenagan manis dan indah di zaman kanak-kanak. Dengan 10 pasukan chef
istimewa, pihak The Light Hotel bersedia menarik ramai pengunjung dengan lebih
120 pilihan kegemaran tempatan dan antarabangsa seperti gulai kawah, ais
kacang, buah-buahan tempatan dan salad, kerabu, sup, hidangan utama dan pembuka
selera yang akan dihidangkan setiap malam.
![]() |
sup gearbox mabeles di The Light Hotel Seberang Jaya |
Hidangan ini diketuai oleh Chef
Murugan Balakrishnan- Executive Senior Sous Chef dan Chef Ismail Ibrahim-
Executive Sous Chef. Menu-menu ini akan digilirkan sepanjang bulan Ramadan.
![]() |
tak sabar nak makan kambing golek kat belakang tu |
Jom tengok apa menu-menu menarik buffet Ramadan di The Light
Hotel Seberang Jaya Penang.
Nasi berianinya sedap. Daging kambingnya sangat lembut. Puashati dapat makan beriani kambing kat sini.
![]() |
nasi beriani kambing |
Tak sah buffet Ramadan tanpa kambing goleknya. Rasanya sangat sedap dan juicy. Zai bagi 5 bintang untuk kambing golek ni.
![]() |
kambing golek |
Antara menu utama yang sedap-sedap belaka. Semuanya berasaskan masakan bonda dan ala kampung. Memang menggamit kenangan. Ada masak lemak dan asam pedas juga.
![]() |
![]() |
Ayam goreng berempah, ayam percik minang, kangkung goreng belacan dan sambal telur ikan |
Selain masakan kampung ada juga stesen untuk goreng panas
seperti char koey tiaw(sangat sedap), shawarma, murtabak dan roti jala ; makanan Cina
seperti siaw mai ayam dan pau ayam bbq, masakan barat seperti lobster cheese.
Pilih saja mana yang korang suka.
Bagi penggemar ulam-ulaman dan salad, terdapat pelbagai
jenis ulam, sambal belacan, ikan masin goreng dan juga salad untuk korang cuba.
Memang memenuhi permintaan tekak Melayu macam saya. Tak dilupakan juga ketupat,
lemang dan pulut kuning juga turut disediakan dalam buffet Ramadan di The Light
Hotel Seberang Jaya.
Selain kurma dari pelbagai jenis yang disediakan di buffet
Ramadan The Light Hotel Seberang Jaya, ada juga buah-buahan tempatan, kuih-kuih
tradisional yang jarang kita makan dan pelbagai pemanis mulut yang lain
melengkapkan menu berbuka puasa kali ini.
Tahun ini The Light memperkenalkan hidangan
Berbeku untuk tetamu di kawasan terbuka di Garden Terrace, Level 3. Pelbagai hidangan lazat daging dan makanan laut yang dipanggang segar dengan
sempurna. Dari steak daging, kambing, udang segar, sotong, ikan dibungkus dalam
daun pisang, sosej, satay dan banyak lagi yang lazat untuk semua datang ke sana.
Harga bufet ramadan
di The Light Hotel
Kampung Style Buffet Dinner
RM108nett (A)
RM88nett (C & SC)
BBQ Buffet Dinner
RM88nett (A)
RM68nett (C & SC)
Corporate Package
RM68nett (A)
RM48nett (C & SC) (terms apply/subject to menu
selection)
PROMOSI!!!
Dapatkan baucer bufet
ramadan pada harga istimewa RM80nett seorang. Promosi terhad sehingga
26/5/17.
THE LIGHT HOTEL (M)
SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2,
Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.
Telefon : +604-3821111
Website : www.thelighthotelpg.com
Facebook : www.facebook.com/thelighthotelpg
Terima kasih pihak hotel yang sudi menjemput kami team #projekbloggerutara.
2 apa kata anda?
Best-best menunya..
ReplyDeleteMenggoda jiwa betul menu2 di The Light ni
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^