Selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad
S.A.W dan para sahabatnya.
Pameran Pendidikan
Tamadun Islam Mendahului Zaman | Ahad lepas saya berkesempatan ke Pameran
Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah. Beberapa
hari sebelum tu dah diberitahu pada tok Besah nak bawa bersama. Hari-hari call
tanya jadi ke tak nak pergi pameran. Ha…nampak tak betapa excitednya tok Besah
bila saya cakap nak bawa ke Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A.
![]() |
dihadapan pintu masuk Muzium Negeri Kedah ^^, |
Pameran ini berlansung selama sebulan dari :-
Tarikh : 20 Mac – 19 April 2017
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Lokasi : Muzium Negeri Kedah
Sebenarnya tok Besah pernah meluahkan rasa terkilan selepas
kami pulang dari mengerjakan haji tahun 2011 sebab kami tak pergi melawat ke
muzium atau tempat-tempat bersejarah yang lain sendiri selain dari Jabal
Rahmah. Bila ada sahabat-sahabat tok Besah yang pulang dari mengerjakan umrah
cerita itu ini jadi di situ timbul rasa terkilannya. Bila diberitahu nak
melihat barangan Rasulullah terus seronok. Yela…nak tengok dengan mata kepala
sendiri. Bukan senang tau.
Ada 25 artifak yang berada di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W
dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah ini yang di ambil dari penyimpan
koleksi peribadi. Ini bukan arca yang di reka ya, ini artifak yang asli didatangkan
khas dari seluruh pelusuk dunia.
Berada seawal jam 10.30 pagi Ahad, keadaan Muzium Negeri
Kedah mulai sesak. Ramai yang datang berpusu-pusu tak kira tua dan muda nak
melihat, mempelajari dan mengenali sendiri dengan lebih mendalam Rasulullah S.A.W
dan Para Sabahat R.A.
Masuk sahaja di bahagian dalam muzium perasaan mulai sebak. Perasaan sama seperti mula-mula menjejakkan kaki ke Mekah dulu. Dengan alunan nasyid dan zikir yang di pasang di segenap muzium membuatkan kita berasa dekat dengan nabi junjungan kita. Saya perasan tok Besah seperti hampir menangis bila berdiri berhampiran PENUTUP MAKAM RASULULLAH S.A.W. Kat Madinah tak dapat nak lihat makam nabi. Di sini dapat tengok kain penutup makam pon dah rasa terharu sangat. Rasa seolah-olah kami menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W.
Masuk sahaja di bahagian dalam muzium perasaan mulai sebak. Perasaan sama seperti mula-mula menjejakkan kaki ke Mekah dulu. Dengan alunan nasyid dan zikir yang di pasang di segenap muzium membuatkan kita berasa dekat dengan nabi junjungan kita. Saya perasan tok Besah seperti hampir menangis bila berdiri berhampiran PENUTUP MAKAM RASULULLAH S.A.W. Kat Madinah tak dapat nak lihat makam nabi. Di sini dapat tengok kain penutup makam pon dah rasa terharu sangat. Rasa seolah-olah kami menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W.
![]() |
Penutup makam Rasulullah S.A.W- kain ini diperbuat dari sutera murni berwarna hijau lembut dan kain katen yang kuat, disulami dengan tenunan ayat seperti penutup(Kiswah) Kaabah. 1/4 bahagian kain tertera tenunan ayat Al-Quran bermula dari Surah Al-Fatihah, dengan tenunan benang perak. |
Di bawah ni sebahagian dari 25 artifak yang terdapat di Pameran
Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A. Kalau nak tengok yang lain-lainnya
kenalah pergi ke sana ok.
![]() |
Tapak kaki Rasulullah S.A.W |
![]() |
Panah(busar) Rasulullah S.A.W |
![]() |
Rambut Rasulullah S.A.W- dari helaian rambut Rasulullah S.A.W yang jelas dan nyata terdapat 27 koleksi di muzium dan orang dari keturunan sahabat yang diturunkan pada setiap generasi dan dari keturunan Baginda sendiri. Terdapat di India, Mesir, Turki, Syria, Mekah, Madinah dan Uzbekistan |
![]() |
Darah Bekam Rasulullah S.A.W |
Rugi kalau peluang depan mata kita tak ambil kisah. Bukan
senang kita nak dapat tengok artifak yang asli sambil mempelajari sejarah di
sebalik artifak tersebut.
Berita baik untuk korang yang belum lagi ke Pameran Artifak
Rasulullah S.A.W dan Para Sabahat R.A di Muzium Negeri Kedah ni. Korang boleh dapatkan
TIKET PERCUMA dengan panahan tepat di booth OTTOMAN ARCHERY di perkarangan
Muzium Negeri Kedah. Tiga panah Cuma RM2 sahaja. Murah sangat dah ni. Jadi
korang boleh cuba nasib di sini mana tau rezeki korang ada di situ.
Di samping itu ada juga booth-booth lain yang menjual
barangan diperkarangan Muzium Negeri Kedah.
Nak lagi best?
Ada hadiah untuk pengunjung bertuah tau. Jadilah seperti
mereka di bawah.
- Setiap 1000 pengunjung- sehelai t-shirt
- Setiap 10000 pengunjung- sehelai t-shirt dan Al Quran digital
- Setiap ke 100000 pengunjung- sehelai t-shirt, Al Quran digital dan paket umrah untuk seorang
Ha…tak best lagi macam tu? Doa-doa la sebelum keluar rumah
ye kot-kot ada rezeki korang hari tu.
Nak bagitau juga yang setiap hari Jumaat pameran di tutup
dari jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang untuk memberi laluan sembahyang
Jumaat dan waktu rehat. Jangan dok pi time ni plak ye.
Tiket boleh di beli secara online di www.tamadunislam.com bagi mengelakkan
korang beratur panjang sewaktu nak membeli tiket secara walk-in. Harga tiket :-
- Dewasa-RM20 seorang
- Pelajar/Warga Emas/OKU-RM10 seorang
- Kanak-kanak 6 tahun ke atas-RM10 seorang
- Kanak-kanak bawah 6 tahun-Percuma
Info lanjut boleh layari :-
Website : http://www.tamadunislam.com
Fanpage : Pameran Artifak
Instagram : Pameran Artifak
Twitter : Pameran Artifak
Datang jangan tak datang tau. Pelancong Jerman pon singgah
ke Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat R.A tau.
Jom tengok apa yang menarik di Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.