Resepi Mudah Biskut Raya | Biskut Mazola

10:09 AM

Resepi Mudah Biskut Raya | Biskut Mazola



Resepi ketiga biskut raya yang mudah berbekalkan modal RM60 saya ialah biskut Mazola. Yang ni biskut feberet saya. Kalau pi rumah orang mesti dok cari biskut ni je la. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Biskut Mazola


Bahan-bahan :-
2 cawan tepung gandum
2 cawan kacang tanah yang belum dikisar(di goreng tanpa minyak, di buang kulit dan kisar halus)
1 cawan gula halus
1 sudu kecil garam
Minyak jagung daisy atau minyak Mazola secukupnya
1 biji kuning telur-untuk hiasan
Kacang tanah yang belum di kisar-untuk hiasan

Cara-caranya :-
Gaul tepung, serbuk kacang tanah, gula halus dan garam hingga sebati.
Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit hingga dapat adunan yang lembut dan boleh di bentuk.
Canai adunan setebal 1 cm dan terapkan dengan acuan. Saya just uli bulat-bulat guna tangan dan leperkan.
Susun dalam dulang yang digriskan dengan mentega atau di lapik dengan baking paper.
Hiasakan dengan belahan kacang tanah(tak letak pon boleh) dan sapukan dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 170 C selama 20 minit atau hingga kekuningan mengikut oven masing-masing.

Dan siap biskut raya ketiga saya berbekalkan modal RM60 dengan anggaran 300++ biji. Save banyak sangat untuk bajet biskut raya saya kali ni. Harap mood nak buat biskut raya saya menjelma lagi cuti hujung minggu ni...hahahaha...

Selamat mencuba ^.-





You Might Also Like

11 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers