Hi ibu ibu sekalian. Pernah dengar produk bayi jenama Kira
Kira?
Baru-baru ini saya telah mencuba satu rangkaian produk bayi dari Jepun
untuk baby Auni. KIRA KIRA Baby rangkaian produk penjagaan bayi dari Jepun
sudah berada di Malaysia dan boleh didapati di Shopee. Kira Kira, jenama lampin
dan penjagaan bayi premium yang lengkap dengan inovasi teknologi Jepun kini di
Malaysia untuk membantu bayi anda membesar dengan bergaya dan selesa.
Rangkaian produk KIRA KIRA terdiri daripada Kira Kira Airy
Soft Premium Diapers, Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants, Kira Kira
Top to Toe Wash (400ml), Kira Kira Baby Lotion (380ml) dan Kira Kira Nappy
Cream.
Kira Kira Airy Soft Premium Diapers & Kira Kira Ultra Soft & Dry Premium Pants
Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape
Diapers yang terdapat dengan saiz ‘New Born’ dan ‘S’ diperbuat daripada
bahan-bahan premium yang boleh menyerap udara serta lembut. Dengan bantuan
penunjuk kelembapan pada lampin, ibu bapa kini boleh mengetahui dengan mudah
masanya untuk lampin perlu diganti bagi
mengelakkan ruam atau kerengsaan kulit bayi anda. Mereka juga kini boleh
bergerak dengan lebih selesa dan nyaman dengan bantuan pita boleh lekat semula
yang ultra lembut bagi mengekalkan pemakaian lampin pada bayi anda.
Untuk kesenangan dan lebih mudah dipakai, ibu bapa boleh
memilih Ultra Soft & Dry Premium Pants, yang terdapat dalam pelbagai saiz
dari saiz M hingga ke saiz XXL. Bahan boleh serap udara yang premium dan
penyerapan dua lapisan melanjutkan rasa kering dan segar dengan lebih lama.
Bukan itu sahaja, ukuran perut dan kaki yang selesa juga membolehkan si manja
bergerak dengan mudah.
Ramai ibu bapa berasa kagum setelah mencuba produk terkenal
dari jenama ini iaitu Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Kira Kira Ultra
Soft & Dry Premium Pants. Pengguna Kira Kira telah berkongsi pengalaman di
laman web syarikat Kira Kira bahawa bayi mereka lebih banyak bermain dan
gembira. Selain daripada itu, bayi mereka lebih ceria dan kurang meragam.
Lampin KIRA KIRA direka selari dengan slogan KIRA KIRA
iaitu, ‘Produk Berkualiti Melalui
Kesederhanaan’. Dengan inovatif teknologi daripada Jepun telah menghasilkan
lampin jenis pita lekat dan juga jenis seluar premium yang ultra lembut dan
berangin untuk memastikan bayi anda kekal dalam keadaan selesa dan ceria
sepanjang hari. Dengan inovasi Magic Dry Bubble Sheet oleh Kira Kira menawarkan
penyerapan yang pantas dan berkesan bagi mengekalkan kulit bayi anda agar
sentiasa kering dan segar. Ia juga di reka dengan corak lampin yang kawaii (comel)
untuk si kecil tampil bergaya dan selesa.
Kira Kira Top to Toe Wash (400ml)
Kira Kira juga adalah pakar dalam produk penjagaan bayi
organik. Produk Kira Kira Top to Toe Wash berkesan untuk membersih dan
mengekalkan kelembapan kulit bayi anda. Ekstrak camelia japonica menjadikan
kulit bayi anda lembut dan gebu apabila disentuh. Ibu bapa juga tidak perlu
risau tentang sisa yang tinggal kerana sabun mandian bayi Kira Kira yang boleh
didapati dalam botol 400ml ini boleh dibilas dengan mudah. Produk penjagaan
bayi Kira Kira mengandungi hanya bahan-bahan organik yang semulajadi dan
diperbuat berdasarkan rumusan Jepun yang
bebas daripada bahan-bahan kimia yang berbahaya.
Kira Kira Baby Lotion (380ml)
Kira Kira Baby Lotion (380ml) pula mengandungi baobab
organik memberikan khasiat kepada kulit bayi apabila di sapu selepas mandi.
Rumusan berasaskan air yang sangat ringan dan tidak melekat dapat melembap dan
menyerap dengan cepat ke dalam kulit.
Kira Kira Nappy Cream
Kira Kira Nappy Cream boleh didapati dalam bentuk tiub
sebanyak 50 ml dan ianya amat mudah untuk di sapu pada kulit bayi anda. Krim
lampin ini juga dipenuhi dengan kebaikan ekstrak chamomile dan shea butter yang
membantu memulihkan, melegakan dan melembapkan kulit serta melindungi kulit
bayi anda daripada ruam lampin. Krim lampin adalah produk penjagaan kulit yang
penting bagi bayi anda.
Selain kualiti, ibu bapa pasti teruja untuk memilih produk
Kira Kira. Mengapa? Harga bagi lampin Kira Kira jenis pita lekat dan seluar
amat berpatutan walaupun ianya menggunakan bahan- bahan yang premium dan
mempunyai teknologi penyerapan yang hebat. Begitu juga dengan tawaran harga
bagi produk penjagaan bayi organik Kira Kira seperti sabun bayi, losen bayi dan
juga krim lampin ternyata lebih menjimatkan berbanding beberapa jenama lain
dalam segmen penjagaan bayi premium yang sama.
Untuk penjimatan yang lebih besar, sekarang pengguna boleh
membeli produk Kira Kira menerusi laman web Shopee. Anda hanya perlu melayari http://bit.ly/KiraKiraShopee ,
dengan setiap pembelian melebihi RM100, masukkan kod promo “KK25LAUNCH” sewaktu
pembayaran untuk menikmati diskaun.
*Promosi adalah sah sehingga 30 September
2018.
Berikan si manja anda keselesaan dan penjagaan yang
berkualiti ketika mereka membesar dan menerokai dunia ini. Untuk maklumat
lanjut tentang Kira Kira, sila layari dan suka
www.facebook.com/kirakiramalaysia.