Projek terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan menyelamatkan 15,000 nyawa
Petaling Jaya: MBO Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan
St John Ambulans Malaysia sebagai hos kempen derma darah untuk menyumbang
kepada Pusat Darah Negara (PDN). Para penganjur menjangka untuk mencapai
sasaran 5,000 pain darah di acara ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma
Darah 3.0.
Kempen di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di
seluruh negara dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah
dan Johor serta 6-7 Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan
terlatih dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.
Dengan bulan Puasa dan cuti
musim baru-baru ini, adalah tepat masanya untuk kempen derma darah demi
memastikan bekalan darah yang mencukupi.
Penderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa,
tetapi menerima penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk
tiket wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan
hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami.

Pada tahun 2015, MBO Cinemas dan St John
Ambulans Malaysia bekerjasama dan mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan
nyawa yang hampir empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di bawah
slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua tahun ini
menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.
En Lim Eng Hee, Ketua Pegawai Eksekutif MBO
Cinemas berkata: "Dengan usaha amal yang menarik ini, MBO Cinemas
berharap dapat memperkukuhkan kehadiran kami dalam komuniti serta
bersama-sama memupuk nilai-nilai teras yang menyeronokkan dan menghiburkan
sambil menggiatkan aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.
"Acara ini akan menjadi satu
pendekatan utama untuk membawa rakyat bersama-sama matlamat yang sama
dengan semangat menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang
seterusnya menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”
Sebagai balasan untuk sokongan St John
Ambulans yang berterusan, MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai
tanda penghargaan atas bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh
negara ini.
Mengenai kempen derma darah, Dato' Yeo Kim
Thong, Setiausaha Agung Nasional St John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa
dia gembira melihat badan korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif
dalam pelbagai komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada
lebih lagi organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan
kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan tetapi
juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John Ambulans Malaysia.
Dr Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah
Negara berkata sumbangan seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap
hari dan peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk
meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan pendekatan
yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.
Ok...save the date 5 dan 6 Ogos di Kedah dan Johor. Paling dekat dengan saya mestilah MBO Cinema Sungai Petani dan Kulim. Jom penuhkan buku merah ni. Ahhh....lama gila tak menderma darah. Last hujung bulan Mac 2016 haritu ja.
Nak tahun senarai panggung wayang MBO kat mana?
Tengok kat bawah ni.
Selamat beramal dan selamat menjadi WIRA UNTUK MASYARAKAT ^.-