101 Resepi Tok Wan Buffet Ramadan di Vistana Hotel
11:44 AM
Assalamualaikum. Bersua lagi kita di Ramadan ke 6. Kejap
saja dah nak dekat seminggu kita berpuasa. Oh…kelmarin balik dari kerja nak
berbuka puasa, jenuh hadap kesesakan lalu lintas dari Batu Maung ke Seberang
Perai. Pukul 7 petang baru sampai rumah. Sempatlah singgah kat bazar Ramadan beli nasi ayam. Itu pon jenuh memusing tak tau nak beli apa. Sabar je la.
Korang yang kerja sekitar Bayan Lepas atau Penang nak ke
Seberang Perai mengalami situasi yang sama ke? Saya masa ni dan-dan la teringat
buffet Ramadan kat Vistana Hotel. Teringat sebab menu-menunya memang menepati citarasa
dan tekak orang kampung macam saya. Tak caya ke? Jom tengok apa yang ada di
Buffet Ramadan Vistana Hotel tahun 2017 ni.
Bertemakan masakan Melayu ‘101 Resepi Tok Wan’, buffet
Ramadan di Vistana Hotel meriah dengan masakan kampung. ‘Tok Wan’ adalah
gelaran kepada nenek di negeri Pahang, jadi Tok Wan dijadikan insiprasi kerana
masakan Tok Wan paling kita ingati sepanjang masa di mana jua.
Pembuka Selera 101 Resepi Tok Wan
101 Resepi Tok Wan menyediakan kepelbagaian jenis pembuka
selera seperti kerabu dan ulam-ulaman serta sambal yang pelbagai perisa seperti
sambal belacan, cencaluk, sambal nenas dan budu yang pastinya rasa saling tak
tumpah seperti yang disediakan oleh nenek kita di kampung.
Ditambah pula dengan ikan masin dan telur masin, ia amat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang ingin menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis kerabu resepi Tok Wan seperti kerabu mangga yang masam-masam manis dan juga kerabu ayam.
![]() |
ulam-ulaman serta sambal belacan pelbagai jenis |
Ditambah pula dengan ikan masin dan telur masin, ia amat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang ingin menjamu selera. Terdapat pelbagai jenis kerabu resepi Tok Wan seperti kerabu mangga yang masam-masam manis dan juga kerabu ayam.
![]() |
kerabu sotong, kerabu taugeh kerang, kerabu pucuk paku, kerabu kaki ayam |
101 Resepi Tok Wan juga menyediakan 5 jenis bubur untuk korang
rasai. Ha…dah nampakkan yang menu-menunya ala-ala Tok Wan kita kat kampung.
Yang paling membuka selera dah tentu-tentunya ketupat palas dan lemang. Kena pula dengan rending tok dan serunding...ohoiiii...mak mertua lalu pon dah tak nampak.
![]() |
pelbagai jenis bubur resepi tok wan |
Yang paling membuka selera dah tentu-tentunya ketupat palas dan lemang. Kena pula dengan rending tok dan serunding...ohoiiii...mak mertua lalu pon dah tak nampak.
![]() |
lemang, serunding ayam, rending tok dan ketupat palas |
Menu Utama 101 Resepi Tok Wan
Bila melihat menu utama 101 Resepi Tok Wan memang tak
sabar-sabar nak makan. Siapa tak suka bila nampak siput belitung masak lemak
cili padi, pucuk paku masak lemak, ikan cencaru belah belakang dan
bermacam-macam lagi. Tak keruan perut ini jadinya. Semua menu-menunya
sedap-sedap belaka seperti air tangan Tok Wan yang masak.
![]() |
rendang tok, ayam goreng DJ, rendang itik dan siput sedut masak lemak cili api |
![]() |
kangkung belacan, ayam masak ros, sambal tauhu danikan keli goring berempah |
![]() |
sambal tumis udang petai, ikan cencaru belah belakang, pucuk paku masak lemak kuning |
![]() |
pajeri nenas, bayam masak lemak putih dan ubi keledek, kurma kambing dan lala goreng pedas |
Dibahagian luar hotel pula tersedia kambing golek yang meruntun perasaan bagi penggemar kambing. Selain itu terdapat satay dan juga ikan keli bakar yang di bakar panas-panas untuk pengunjung 101 Resepi Tok Wan Buffet Ramadan.
![]() |
kambing golek |
Selain masakan kampung dan kambing golek terdapat juga stall makanan lain
seperti asam laksa, kerang rebus, nasi ayam Hainan,rojak buah dan murtabak.
![]() |
nasi ayam hainan |
![]() |
kerang rebus |
![]() |
asam laksa |
![]() |
murtabak |
![]() |
rojak buah |
Pencuci Mulut
Pelbagai jenis pencuci mulut dari kuih-muih tradisional
hinggalah ke moden. Semuanya sedap-sedap belaka. Ada kuih cara manis,
onde-onde, seri muka, ketayap dan banyak lagi.
![]() |
seleksi kuih tradisional |
![]() |
kuih moden |
Lagi membangkitkan selera bila ada aiskrim
Malaysia selain ais kacang.
![]() |
aiskrim malaysia |
Tak dilupakan buah-buahan tempatan.
Semua jenis lauk saya cuba. Dapat sedut siput belitung dah tak ingat nak sopan dah dekat orang sebelah...hihihi...
![]() |
tak sabar nak makan semua |
Tak rugi kalau korang nak berbuka di sini. Semuanya sedap-sedap belaka seperti masakan Tok Wan kita di kampung. Buffet Ramadan bermula dari 29 Mei hingga 24 Jun 2017 ini.
Harga 101 Resepi Tok Wan :-
RM70 nett-Dewasa
RM30 nett-kanak-kanak(4-12 tahun)
Kalau korang berminat bolehlah ke :-
Vistana Hotel Penang Bukit Jambul
213 Jalan Bukit Gambir,
Bukit Jambul,
11950 Penang
Untuk pertanyaan dan tempahan :-
Tel : 604-6468000
4 apa kata anda?
jom lah pi lagi weiii
ReplyDeleteteringat rendang tok el depa haha
Sedapnya..teringat siput sedut diaaa...
ReplyDeleteteringat2 menu dia
ReplyDeleteMenu yg menyelerakan ni
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^