Assalamualaikum…
Kampungku 2019 Bufet Makan Malam
Hai korang. Rasa tak sabarkan nak sambut puasa tahun ni.
Agak-agaknya korang dah ada plan ke belum nak berbuka puasa kat mana-mana tak nanti.
Iyelah, sekali sekala bawalah anak isteri/suami berbuka di luar. Penang dan Melaka memang banyak tempat menarik, makannya pun sedap sedap. Baru rasa kelainan
sikit. Bagi yang bujang tak kisah sangat nak berbuka di mana-mana. Bagi yang berkeluarga
dan ada anak kecil ni agak payah sikitkan. Budak-budak bukan reti duduk diam
sementara nak tunggu waktu berbuka. Ha….tak perlu risau. Kali ni saya nak
kongsi satu tempat makan untuk berbuka yang sesuai bagi yang mempunyai anak kecil.
Ixora Hotel Penang ada memperkenalkan Kampungku 2019 Bufet Makan Malam sepanjang Ramadan ini. Tema di
pilih berdasarkan menu yang disediakan bercirikan masakan kampung yang dapat
menggamit memori kita kepada masakan ibu dan nenek kita di kampung. Jom tengok
antara menu-menu yang disediakan.
Pembuka Selera
Sebagai permulaan, terdapat pelbagai jenis kerabu serta
banyak pilihan ulam-ulaman dapat membangkitkan selera sewaktu berbuka antaranya
ulam raja, daun selom, pucuk ubi kayu rebus, daun ulam pegaga, petai dan banyak
lagi di tambah pula dengan seleksi sambal seperti sambal belacan kampung, budu
Kelantan, sambal tempoyak dan sambal manga muda.
Disediakan juga sup kambing berempah dengan kentang, sup
tomyam laut dan sup ekor ala kampung yang akan disediakan secara bergilir
mengikut hari tertentu.
![]() |
sup kambing berempah dengan kentang yang mantop |
Saya cuba sup kambing berempah dengan kentang. Supnya sedap
dipenuhi rasa rempah yang tak terlalu kuat, dagingnya lembut, hancur di mulut dan memang kena
dengan selera. Makan sup kambing berempah ni dengan nasi putih sahaja pun boleh
habis nasi sepinggan ni.
Menu Utama
Di kaunter bufet utama adalah hidangan yang penuh dengan
rasa yang kuat seperti Nasi Minyak Pelangi, Siput Lala Goreng Bercili, Gulai
Ikan Keli Timun Muda Tumis Darat, Udang Goreng Nestum Daun Kari, Daging Dendeng
Madu, Kupang Masam Manis, Ayam Kuzi Berempah Dengan Kismis, Sambal Tumis Kerang
Dengan Ubi Kentang, Ketam Goreng Bercili, Masak Lemak Petola dan Sayur Campur
Cendawan Sos Tiram dan banyak lagi pilihan makanan.
Lain-lain menu mengikut giliran hari tertentu antaranya
Daging Shamah, Patin Masak Cuka Cili Padi, Gulai Udang Rebung, Siput Lala
Cincaluk, Ayam Panggang Percik Sos Pandan dan banyak lagi.
Dapur Panas
Tidak lengkap hidangan jika tiada menu dari dapur panas yang
disediakan secara lansung kepada pelanggan. Terdapat menu-menu lain di stesen
dapur panas seperti ikan bakar, kambing golek, kebab, pasir, rojak dan asam
laksa turut tersedia.
![]() |
seleksi ikan bakar |
![]() |
kambing golek |
Pencuci Mulut
Turut tersedia kuih-muih tradisional seperti onde-onde, kole
kacang, ketayap, cucur badak, popia goring, kuih cara dan kuih keria. Tak
ketinggalan kuih baharu seperti pudding jagung, kek dan koktail buah-buahan.
Yang menariknya berbuka puasa di Ixora Hotel Penang ini bila
pihak pengurusan ada menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak. Jadi ibu
bapa dapat menjamu selera dengan selesa dan takde la rasa kalut nak melayan
karenah anak yang tak berapa suka makan dan cepat bosan di satu-satu tempat
sebab ada taman permainan untuk mereka melakukan aktiviti dengan adik-beradik
serta kawan-kawan baru di sana. Bestkan camni? Anak-anak selesa, ibu bapa pun
gembira menjamu selera.
Kalau korang berminat membeli Kampungku 2019 Bufet Makan
Malam di Ixora Hotel Penang ini boleh dapatkan pembelian awal yang telah dibuka
bermula sekarang sehingga 6 Mei 2019 melalui laman web www.ixorahotel.com.
Baba & Nyonya RM60/dewasa
RM46/kanak-kanak(4-12
tahun)
The Straits Cafe RM88/dewasa
RM58/kanak-kanak(4-12
tahun)
Dengan pembeli 10 untuk dewasa akan dapat PERCUMA 1.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 04-3828888 atau email info@ixorahotel.com