Assalamualaikum. Ini bukan entri berbayar. Entri ini tanda
sokongan saya pada industri filem tempatan yang makin tenat. Dalam beberapa
hari lepas saya tertengok trailer filem-filem Melayu terbaru di tv tapi pandang
endah tak endah. Iyelah, asyik-asyik cerita fantasi anak orang kaya bercinta
kahwin dengan anak orang miskin. Ada harta juta-juta, naik kereta mewah,
shopping sana-sini. Ah…muak dah tengok dengan adegan cerita yang sebegini.
Kalau nak tengok cerita-cerita macam tu, drama kat tv pon ada tayang. Lagi best
pada filem tu pon ada….ihik…ye la kot…saya jarang layan drama Melayu.
Tapi trailer Bisik Pada Langit ni macam memanggil-manggil
saya untuk menontonnya. Terus ajak kawan tempat kerja tengok sama. Kali ni kami
bawa sorang yang berhati kering tengok filem Bisik Pada Langit ni. Nak tau apa
komen dia lepas menonton nanti.
Bisik Pada Langit arahan Khabir Bhatia tidak pernah
mengecewakan. Jalan ceritanya mudah dan simple tapi banyak bermain dengan
emosi. Cinemaphotography memang superb. Walaupon penggambarannya di kampung
tapi nampak sangat indah dan menarik. Watak mereka kuat. Tak perlu dialog yang
banyak, cuma memek muka sahaja dah menggambarkan apa yang tersirat di fikiran
mereka. Mesej yang disampaikan juga kuat. Bisik Pada Langit ini mengisahkan
tentang kasih sayang seorang ayah(Jalil hamid) kepada anak perempuannya
Hajar(Ummi Nazeera). Allah, dan-dan teringat arwah ayah tatkala menonton filem
ni.
Watak yang di pegang Jalil Hamid tiada siapa yang dapat
ganti. Memang kena dengan orangnya. Sangat-sangat terkesan. Tak lupa juga
watak-watak yang lain seperti Beto Khusyairi (abang) yang banyak mengalah dan
berkorban untuk keluarga, Naim Daniel(adik) yang selalu rasa dipinggirkan
dengan kewujudan kakaknya Hajar dan juga Fadhilah Mansor(ibu). Terlalu banyak
pengajaran yang ada dalam filem ini. Banyak cerita-cerita yang tak diduga dalam
kisah ini dengan rentetan imbas semula
sangat indah mencengkam emosi.
Part yang tak tertahan bila saat Hajar nazak dan melafazkan
syahadah terakhirnya yang di pimpim oleh ayahnya, makin laju airmata saya
mengalir. Kawan kat sebelah dah tersedu-sedan. Filem ini menyampaikan mesej
kekeluargaan yang boleh menundukkan kepala kita ke lantai.
Tak perlu saya nak cerita semua jalan ceritanya. Tak bestlah
kalau orang lain baca nanti. Cukuplah yang boleh saya katakana filem ini memang
superb dan kena dengan jiwa anak kampung macam saya. Jadi untuk korang yang
selalu cakap filem Melayu kita asyik-asyik filem cinta boleh ke panggung dan
tengok cerita ini. Jom support filem kita. Memang menusuk ke kalbu. Kalau tak
menusuk tu tak tau salah sapa…ye dok?
Opss...bab kawan yang hati kering tu, dia la yang menangis sedu-sedan semalam...hihihihi... Masing-masing keluar dengan mata sembab hahahaha....
#BanjirDiPawagam # MataMasukHabuk # WhySoSad
#BisikPadaLangit