Selera Kampung Buffet Ramadan di The Northam All Suites Penang
12:03 PM
Assalamualaikum. Ramadan bakal menjelma tak lama lagi. Kita
dah terfikir-fikir kat mana nak berbuka puasa bersama keluarga serta sahabat
handal. Iyelah, waktu berbuka puasa ni la nak makan bersama-sama sambil mengeratkan
ukhuwah. Bagi yang tercari-cari tempat berbuka puasa Ramadan ini di kawasan
Pulau Pinang bolehlah ke The Northam All Suites Penang kerana The Northam ada
menyediakan buffet Ramadan bertemakan hidangan ‘Selera Kampung’ buat para
pengunjungnya.
Dengar temanya pon sedap. Dah boleh terbayang dah
lauk-pauknya macam manakan? Jom tengok apa yang ada di buffet Ramadan ini dengan saya.
Hidangan ‘Selera Kampung’ ini bermula setiap hari di bulan
puasa mulai 2 Mei hingga 23 Jun 2017 dan disediakan oleh eksekutif Chef Din.
Jom kita tengok serba sedikit menu-menu yang disediakan oleh pihak The Northam
All Suites Penang.
Kurma pelbagai jenis disediakan untuk pengunjung. Korang
kena makan kurma dulu tau sewaktu berbuka puasa. Sunat ni.
![]() |
siap dengan pokok kurma okey ^^, |
Kambing golek adalah menu wajib ada untuk berbuka. Memang
menggoda jiwa dan raga. Belum berbuka pon dah tak tahan tengok kambing
goleknya.
Antara menu utama untuk buffet Ramadan di The Northam
seperti nasi beriyani, sotong goreng kunyit, rendang daging, ikan masak lemak
dan banyak lagi. Di tambah pula dengan ulam-ulaman dan sambal belacan serta
kerabunya yang menggoda jiwa. Memang terangkat habis.
Selain nasi terdapat juga menu lain seperti roti canai, roti
jala, kebab, asam laksa, pasembur, rojak, satay dan nasi himpit.
![]() |
asam laksa penang style |
![]() |
pasembur dan rojak |
Mengenakan konsep ‘open
air’ di bahagian teres berbumbung tingkat 9(roof top), korang boleh berbuka
puasa di sini dengan tenang sambil menghirup udara luar dan menikmati
permandangan matahari terbenam di Pulau Pinang.
HARGA BUFFET
Tempahan kini dibuka, dengan promosi istimewa ‘Early Bird’ yang ditawarkan untuk
pembelian baucar hingga 26 Mei.
Early Bird promotion
RM75Nett / dewasa
Rm45Nett /kanak-kanak (umur 4-11 tahun)
Harga biasa
RM88 Nett /dewasa
RM58Nett /kanak-kanak (umur 4 - 11 tahun)
PROMO "Beli 9 dapatkan 1 percuma"
Untuk kemudahan tambahan, surau disediakan untuk tetamu yang
beragama Islam.
Sebarang pertanyaan
dan tempahan boleh hubungi.
Tel: 04-370-1111
2 apa kata anda?
sedapnyaa.. banyak pilihan =)
ReplyDeletemengoda betul tengok menu2 yang disediakann..tak sabar nak puasa..ada rezeki boleh berbuka dengan family kat sini..;p
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^