Assalamualaikum
Kembali lagi menyahut #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 yang ke-3.
Resepi hidangan sahur paling ringkas.
Kalau diikutkan hidangan sahur saya yang paling ringkas dah semestinya Nestum Oat dan kurma ja tapi dah nak resepi takkan nak bagi cecara bancuh nestum kotkan?
Agak-agak la....hahaha...
Yang tu budak sekolah pon boleh buat.
Untuk resepi sahur paling ringkas #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015 saya ialah udang goreng kunyit.
Bahan-bahannya :-
-Udang
-Bawang besar
-Bawang putih
-Cili padi
-Tomato
-Minyak masak
-Garam
Cara memasak :-
Panaskan minyak.
Tumis bawang putih.
Masukkan udang, serbuk kunyit, tomato, cili padi, garam dan bawang besar.
Masak dalam 5 minit dan siap.
Haaa...cepat...mudah dan lazat...hahahaha....yang penting NO MSG ok :)
Assalamualaikum
Sambung lagi #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.
Kali ni tentang pengalaman sahur.
Klik banner kalau nak join #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015
Pengalaman Sahur saya.
Banyak pengalaman sahur saya ni.
Kalau dulu-dulu kat rumah mak memang meriah bila sahur.Mak akan masak sedap-sedap.
Berkumpul ramai-ramai baru makan tapi selalunya makan sambil mata tutup la...hihihi...
Bila form 1 masuk asrama syahdu gila.Bayangkan makanan sahur yang tak berapa nak sedap tu tapi gagah juga la telan.Kalau tak makan kang lapar plak.
Bila start belajar U sahur dah sikit moden...hahaha...Takda nasi-nasi dah.Roti cicah milo je la peneman setia sepanjang sebulan bersahur.Bila balik raya....fuhhhh...badan ramping gila macam kerengga....hahaha...
Start keja dok dengan mak berbalik pada nasi balik time bersahur.Kadang takmau bangun sebab tak larat.Letih badan dengan keja...hadap jem hari-hari...kekenyangan...tarawih terus malas nak bangun tapi selagi tak bangun tu mak akan kejut jugak-jugak.
Bila dah kawen...ha...merasa la bangun awal pagi nak sediakan makanan sahur padahal saya tak makan nasi pon.Sediakan untuk suami ja.Saya sejak mengandungkan Aqil dulu bila bersahur makan ja nasi terus muntah sampai la sekarang perangai mengada-ngada tu ada.
Tu je la pengalaman sahur saya untuk #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.
Assalamualaikum
Dah agak terlewat ketapi sikit baru tau ada #Cabaran20Hari Puasa/Raya 2015.
Tapi tak kira nak join jugak nak join jugak #sambilhentak2kaki
Apa erti puasa pada saya?
Dedulu masa zaman bebudak start puasa masa umur 6 tahun on off tapi bila umur 7 tahun memang full puasa.Puasa pon sebab mak ayah suruh.Kalau tak mesti tak puasa punya.
Pastu orang cakap kalau sapa tak puasa takleh raya.So tahan gak la diri ni supaya puasa penuh.Baru la boleh puasa.Budak-budak kan?Kena ugut kena sogok sikit dah kecut....hahahaha...
Bila dah besar sikit baru la faham erti puasa yang sebenar.
Selain melatih diri kita menahan lapar dan dahaga berpuasa juga melatih diri kita lebih bersabar dalam segala aspek.
Berpuasa juga membuatkan kita lebih rasa bersyukur dengan limpah nikmat yang kita dapat sepanjang berpuasa.
Cloth Diapers | Hemp 4 layer Super Serapan
Cloth Diapers | Hemp 4 layer Super Serapan
Assalamualaikum
Hari ni saya nak review pengguna HEMP yang baru saya beli.Kita nak share la jugak keberkesanan dia cemanakan tapi sebelum tu saya nak cite pasal cloth diapers.Mungkin ada dikalangan ibu-ibu dah guna cloth diapers ni.Saya ni masih baru juga la...dalam setahun camtu.
Apa itu cloth diapers?
Cloth diapers(CD) adalah lampin kain yang dimodenkan rekabentuknya.
Aqil tidak la sepenuhnya pakai cloth diapers ni.Kadang-kadang bila mood rajin seharian(hari cuti) saya pakaikan dia CD tapi bila mood M menyerang terus pakai pempes biasa ja hari-hari.
Sesejak Aqil dah kuat minum susu sekali hadap 7oz boleh habis bila pakaikan cloth diapers macam biasa mesti bocor.Tahan 3 jam camtu ja.Lebih pada tu boleh nampak dah basah-basah kat seluar dia.
Stop pakai CD kejap.Pastu tercari-cari info apa yang elok di pakai supaya tak bocor.Search sana sini baru dapat jawapan.
HEMP 4 layer super serapan la jawapan dia.
Kenapa saya pakaikan CD kat Aqil?
Tujuannya utamanya nak berjimat cermat.Bayangkan hari-hari 6 keping pempes saya pakaikan kat Aqil.Satu pempes dah 60 sen x 6 keping dah RM3.60.
Kalau sebulan RM3.60 x 30 hari dah RM108 untuk pempes sahaja.
Tu belum masuk bab susu Aqil lagi since saya dah lama stop BF sejak Aqil 8 bulan.
Kalau CD ni beli 10 keping x RM17 baru RM170 tapi boleh pakai berulang-ulang....haaa...gitu...
Pempes biasa saya guna bila bangun pagi salin CD Aqil sebab dah tau time poo poo Aqil waktu pagi.So tak susah la saya nak cuci CD yang terkena poo poo dan waktu kuar jalan-jalan saya lebih prefer guna pempes biasa.
Memula dulu rasa agak malas gak la nak pakaikan CD kat Aqil tapi bila lama-lama saya rasa ok plak.Yang penting kena RAJIN dan jangan tangguh-tangguh nak basuh CD bagi orang yang stok tak banyak macam saya...tu je...
Macam saya tiap kali salin cepat-cepat basuh CD pastu jemur.
Sebelum ni beli CD dapat 2 keping insert jenis microfiber tapi jenis ni tak tahan serapan banyak.
Kalau untuk baby memang elok la.Untuk Aqil...alamat bocor la nanti.
Bila dah jumpa seller HEMP terus order sebab HEMP ni tak ramai seller CD yang jual.
Yang saya order ni pon kena pre-order dulu dalam 3 minggu baru dapat.
Apa itu HEMP?
HEMP adalah insert CD yang diperbuat daripada kayu tanaman hemp.
Lazim digunakan sebagai bahan asas untuk fitted diaper, lapisan atas pocket diaper dan sebagai insert.
Kelebihan HEMP ni tahan lasak dan berkebolehan untuk menjadi lebih lembut selepas penggunaan berterusan, daya serapan yang lebih tinggi berbanding microfiber atau dalam erti kata lain lebih sesuai untuk penggunaan waktu malam, bahan semulajadi(lebih environmental), mempunyai sifat anti-bakteria semulajadi dan sesuai untuk pemakaian di cuaca sejuk atau panas.
Tapi HEMP juga mempunyai kekurangan.Ia memerlukan "pre-wash" yang lebih kerap untuk membuang natural oils yang ada di dalamnya, agak lambat kering, sukar didapati di Malaysia dan harga yang jauh lebih mahal.Yang ni saya memang akui.
Pre-wash HEMP perlu di rendam 2 kali dalam air panas hingga sejuk dan selepas itu perlu di basuh dan jemur seelok-eloknya 5 kali tapi saya buat 3 kali je.Tak sabar nak pakaikan kat Aqil punya pasal.
Cara-cara penggunaan HEMP?
![]() |
Hemp + microfiber + CD |
Perlu combine HEMP dan microfiber/bamboo.Letak HEMP dibahagian bawah dan masukkan ke dalam pocket CD.
Hemp sesuai dijadikan booster untuk serapan.
Dah 4 kali saya try kat Aqil pakaikan CD dengan HEMP + microfiber.
Jawapannya memang AWESOME.
Tak bocor lansung walaupon dah 6 jam Aqil pakai tapi seelok-eloknya 3 ke 4 jam patut ditukar CD supaya tak naik ruam.
Waktu tido malam pon cuba juga pakaikan Aqil dan jawapannya pon sama.Takda kesan basah kat tepi-tepi CD mahupon seluar.Tak payah nak basuh alas tilam Aqil hari-hari dah camni.
![]() |
Aqil memakai ALVA CD + microfiber + hemp |
Lepas ni saya lagi boleh berjimat la...hihihi...
Kalau ada yang nak try guna CD atau nak bertanya tentang CD ni boleh ke FB Sis Cahaya dan juga tokey CD dan HEMP Sis Hafizah .
Boleh PM tanya-tanya dulu.Kalau berminat boleh la order dengan diorang.
Jangan kata akak tak payung ye #EH
Photobook | RM18 je
Photobook | RM18 je
Salam Ramadan.
Hari Ahad ni mesti ramai yang ambik kesempatan pi sopim baju raya kan?
Alhamdulillah...persiapan raya saya 70% dah siap.
Baju raya Aqil dah siap beli.Baju raya saya dah siap tempah.Tahun ni pakai jubah ja.
Tinggal baju abah dan tudung saya ja yang belum beli lagi.
Takpa...tu pelan-pelan kita setel nanti.
Semalam balik umah tok Besah.Macam biasa tido sana dan buka puasa sama.
Lagi satu sebab pi sana nak ambik photobook Aqil ni.
Excited nak tengok padahal design sendiri kelam-kelibut....hihihi...
Lagi seminggu baucer nak expired baru terhegeh-hegeh nak design...padan muka.
Muka depan.Masuk ni dah 3 buah photobook Aqil saya buat setiap 6 bulan sekali.
Isinya kat dalam.Main hentam ja boh.
Masa saya up status pasai photobook ni kat IG dan FB ada yang PM tanya cemana nak buat.
Saya dah ajar.Tengok promotion dalam Groupon.Macam yang saya ambik ni size 6x6" 40 muka surat kulit luar yang biasa harga dia RM10 dari harga asal RM79.
Dah beli baucer Groupon ikut step by step dia macam yang di ajar kat email confirmation pasal baucer yang kita beli ni.
Design la selagi mampu.Ada yang expired dalam 3 bulan.Ada yang 6 bulan.Boh la gambaq beratus-ratus pon harga dia tetap sama.
Dah siap design hantar ke photobook team untuk print.Kos penghantaran cuma RM8++.
Dalam 3 hari mesti dapat photobook kita.
See...murahkan?RM18 ja yang penting kena rajin je la...hihihi...
Eh...ada orang tanya saya ni Duta Photobook ke?
Nak tergelak plak bila orang tanya camtu tapi kalau Photobook nak ambik saya jadi duta pon boleh....rezekikan...hihihi
Assalamualaikum
Alhamdulillah...masuk lagi CPUV bulan puasa ni.
Eh...ritu CPUV ni dah masuk satu.Ni masuk lagi dua plak.
Papepon....thanks Nuffnang....thanks korang yang tak jemu singgah blog picisan ni.
Assalamualaikum
Jom join segmen 12 jam bloglist#15.Boleh tambah kawan-kawan.
Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.
Drypers Club | Mainan baru untuk di tebus
Drypers Club | Mainan baru untuk di tebus.Assalamualaikum
Alah...baru berapa ratus ja.Ritu dah redeem abes point dari situ.Almaklum la...2 bulan sekali baru nak redeem satu unique code so jenuh la nak ngumpulnya.
Saja belek-belek kat point shop drypers.....wohhhhh...dah ada mainan baru.Hari tu kebanyakkan mainan habis stok.
Tapi saya tak redeem mainan kot kecuali Aqil nak dapat adik baru la redeem bagi kat adik Aqil...hik...hik...hik..
Kat situ saya dah cerita serba sikit kat celah mana nak dapat unique code tu.
Selamat mengumpul point ye ibu-ibu sekalian ^.^
Assalamualaikum
Yang ni la yang di tunggu-tunggu dari minggu lepas.
Akhirnya tiba.
Cloth pad...hemp...alva cloth diapers.
Nanti Aqil dah guna hemp dan alva tu kita review na...
Yang cloth pad tu tak review kot.Tu tok Besah punya...hihihi...
Assalamualaikum
Kali ni dari Nando's Sedap Sangat Ke dan Resort World Sentosa.
Boleh ke fesbuk Nando's Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut apa yang Nando's boleh hidangkan untuk Iftar nanti dan Resort Wold Sentosa untuk melihat apa yang menarik disediakan oleh pihak resort.
Thanks Nuffnang.
Thanks Nando's.
Thanks Resort World Sentosa.
Thanks korang jugak ^.^
Assalamualaikum
Jumaat malam ingat nak teman abah main futsal tup tup tak jadi plak.
Abah tengok kami dah siap semua terus bawa ronda-ronda pastu bawa pi Uptown Perda.
Mata anak cerah benderang bila bawa jalan ni.
Kat Uptown Aqil dapat selipar baru.Ewah macam budak besaq ja pakai selipar camtu.
Sabtu balik umah tok Besah ajar anak pakai selipar baru tu.
Pakai tu ok tapi jalan 2 3 tapak kasut tertinggal kat belakang....hihihi...tak biasa lagi la katakan.
Petang tu abah balik keja pi kedai nak cari benda lain.Aqil jalan 2 3 tapak benti jalan 2 3 tapak benti.
Kasut tertanggal.
Lastly abah beli kasut lain.Terus pakai kasut tu kat kedai.
Bila balik rumah suruh buka takmau buka sampai menangis-nangis.
Ciwi bukan main ha budak ni.
Pastu sat-sat buka sat-sat pakai...Naseb la pandai pakai sendiri.
Kalau asik dok suruh orang pakaikan jenuh.
Assalamualaikum
Sabtu minggu ni balik umah tok Besah.
Nak berbuka dan sahur dengan mak.
Cian mak.Adik keja petang minggu ni.
Mak berbuka sorang-sorang ja.
Weee....kuih kapit yang kawan-kawan order dah siap.Tak sangka mak nak buat.Tahun ni dok dengar-dengar takmau buat dah tu yang tak open order pon.
Ni pon customer tetap mak yang order.Kalau tak harapan la mak nak buat.
Dok ternanti-nantikan hemp dan CD Alva untuk Aqil tapi dapat bungkusan ni.
Bila zaman yang minta sample free ni baru nak dapat.Memula nak request susu Aqil tapi terlupa plak....dah penah request dah dulu so takleh nak repeat.Terus request susu mama je la.
Eh...jangan pikir bukan-bukan ya.
Zaman serba canggih ni kena cerdik sikit.Hat mana leh request free sample sila la ambik kesempatan...hahaha...kalau tak rugi wooo...
Masa Aqil kecik berapa banyak sample susu saya request semata-mata nak bagi susu yang terbaik untuk dia selepas rezeki susu badan tak meriah tapi anak reject susu mahal.Nak susu memurah ja.Takpa la nak.Janji membesar bagai johan sudah.
Sample susu kat atas tu nak dapat mana?
Errr...website dumex tak salah....cer try Google...kita hapdet ni pakai fon tu yang takleh nak buka sana sini.
Assalamualaikum
Dah masuk 2 Ramadan.Lagi berapa ja nak berbuka dah.
Cepatnya masa berlalu.
Naik turun naik turun tengok dah petang dah.
Cuba hari takda keja.Mau tersengguk-sengguk kat meja ni.
Alhamdulillah....hari ni dapat kurma YUTA free...hihihi...moga yang memberi tu dimurahkan rezeki selalu.
Saya memang dah ada stok kurma.Mak selalu beli kat tahfiz sebelah rumah balik dari mengaji bagi saya.Habuan takda benda nak kunyah boleh la kunyah kurma sebutir dua.
Hari ni taktau nak makan apa plak buka posa nanti.
Jam 6.30 petang baru sampai umah dengan anak nak merap peluk lagi apa la...sempat tak nak masaknya...huhuhu...