Trend Bawal Pucci
Akhir-akhir ni sana-sini bertebaran(ayat dramatik) gambar orang pakai tudung bawal pucci. Mula-mula tu rasa macam taknak beli tapi bila tengok orang tu pakai lawa orang ni pakai lawa kita pon nak juga.
Tapi saya ada satu masalah besar bila pakai tudung bawal. Setengah jam yang pertama pakai tu memang okla. Kemas elok terletak. Nak selfie ke apa masa ni la. Lepas pada tu...ya rabbi...tudung dah start herot petot. Tak caya? Meh tengok gambar masa jaga DL Team Building kat Taman Belia baru-baru ni. Pakai bawal cotton pon boleh herot petot...tak patut...tak patut...hahahaha...
Bila dah terbeli takkan tak pakai. Mohler selfie seketoi dua.
![]() |
gambar minggu lepas-3 jam selepas pakai pucci |
Phewww...tak sangka pucci ku mampu bertahan elok berbanding bawal cotton....hihihi... Hari ini sekali lagi berpucci mucci. Fuhhhh...gaya mau mantop.
Padahal ini keadaan sebenarnya. Mata terkena peluru pistol mainan Aqil semalam. Harap-harap esok surut la. Jangan makin membengkak sudah la.
Kita rasa nak tambah koleksi pucci lelawa lagi la.