Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...
1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir
boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu
dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke
KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung
ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib
dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif
Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak
pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama.
Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan
santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya
kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang
belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan
manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-
ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-
kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz
Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid
muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri
dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak
cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)
Notakukukakiku:~#EH...tetiba je pos benda camni...suka ayat last
UAI...weeeee ^^,
Kolumpo...aku datang lagi entah kali yang ke berapa tah.
Kali ni tak janji dengan sapa-sapa pon kecuali member-member yang 'mensuprise' besday yang dah lepas bape ari lepas.
Sebab kena ngekoq orang so tak berani janji dengan orang len takut-takut bila janji tetiba takleh jumpa kang marah plak.
Rabu...1st day kat sana ikut member-member pi area SOGO...Pertama...Bangunan Mara.
Abes sana sini jelajah pi sopim plak kat Jln TAR.
Sekali terjebak sama da.
Pompuan kan...kalau tengok tudung...kain...baju cantik mesti nak terbeli dan membeli.
Petang sikit meronda area Istana Budaya dan Tasik Titiwangsa.
Keh...keh...keh...wat macam baru pestime sampai Kolumpo padahal penah menetap kat sana 4 tahun.
Balik dari sana depa ajak beradu suara.
Hayoooo....dah lama tak pi lo tapi join gak.
Hambek kau...3 jam depa berentap sampai takdak sora.
2nd day...Kamis tu depa ajak tengok wayang kat Times Square tapi pas pusing-pusing belek baju setiap tingkat...penat terus kansel nak tengok wayang dan sempat rembat gak baju.
Pas Times pi Low Yatt pastu Sg Wang.
Lenguh kaki weyyy marathon naik tangga turun tangga.
Last day kat sini.
Pepagi depa bawak pi makan roti canai kat gerai tepi jalan kat Sri Rampai.
2 bijik roti canai kosong banjir macam 3 bijik ja tengok.
Kenyang gila....
Balik tu terus kemas-kemas baju nak balik.
Bas pukul 12 tengahari.
Pi Kolumpo bawak satu beg balik bawak 2 beg....paham-paham je la.
Sampai Butterworth jam 5.30 petang dan di pick up oleh Puan dan adiknya.
Sempat singgah makan Char Koey Tiaw Sg Dua dan bergosip-gosipan bincang pasai pakej katering.
OMG...baru ingat tak pi cari katering lagi...iskh....ingat nak jalan ja....apa da...
Notakukukakiku:~mula kelam-kabut @_@
Notakukukakiku:~mula kelam-kabut @_@
Assalamualaikum
Dah masuk time lunch baru nak post entry bekpes?
Hahaha...kelaskan...
Pagi ni bangun tengok-tengok omak dah balik dari Klate.
Pukul brapa sampai pon cheq tak sedaq.Anak sapa la ni....iskkkkh...
Terus selongkar peti sejuk...tau mesti ada kopok leko punya.
Memang tak silap tekaan cheq.
Omak tau kegemaran anak dia neh....suka kopok leko.
Terus goreng kopok dengan excited nak makan.
Tadaaaaaaaaaaa....kopok lekor black pepper with sos pencicah & Las Indah Kopi ^^, |
Memang syedap ahhh...rasa pedas-pedas black pepper dia.
Semalam kan pas balik dari kelas Robotic rasa malas nak masak.
Takdak sapa pon...just cheq sorang ja nak makan.
Main order nasik goreng kampung ja dekat adik soh beli.
Nahaaaaaa....nasik goreng kampung sepinggan penuh membukit.
Mana nak dapat dah nasik goreng banyak camni kecuali kedai tomyam kat Taman Robina ni ja...
Assalamualaikum
Apa yang terharunya?
Petang Selasa tu pas minta nak balik awai dari bos cheq terus pi Stesen Bas Sungai Nibong.
Destinasi seperti di bawah...hehehehe...
Sampai-sampai terus ambik tiket nek bas.
Tak dan nak watpa dah.
Perjalanan pi Keyel kali ni rasa lambat la plak.
Pukul 5.30 petang bertolak pukul 11.15 malam baru sampai Keyel.
Kat sana kawan dah menanti.
Sampai kat umah dia area Setapak dia suruh rehat-rehat dulu dalam bilik.
Tetiba dia panggil ajak kuar dan.....
OMG....
Ada kek atas meja dengan 3 orang lagi kawan.
Ceh...mana depa nyorok pon cheq tak tau..tetiba ja muncul.
Terharunya...
Tapi besday cheq dah lepas brapa hari yang lepas.
Apapon thanks kawan-kawan coz wat suprise camni.
Kantoi umoq cheq kat semua...adessss...
Selasa....pagi-pagi semua dari team Mid Power dok sibuk kemas meja bagai.
Bersemangat nak pindah opis bawah.
Ingatkan dah abes dah barang nak scrap tapi ada lagi 2 kotak tu.
Tengaharinya Datin ajak makan-makan kat luar.
Datin ajak makan kat pizza.
Kenyang gegila la.
Set untuk 4 orang tapi makan bertiga.
Sengkak...malas nak jalan semua ada.
Masuk keja balik tapi tak dapat nak wat apa.
Line internet tak pasang lagi kat cubical tu so dok bersenang-lenang.
Pukul 5 tepat minta kat bos nak balik awai.
Tempat yang di tuju???
Jeng jeng jeng....
Notakukukakiku:~makaseh datin....nanti-nanti belanja lagi ek...
Assalamualaikum
Isnin...paginya wat keja apa yang patut kat P1.
Kemas-kemas barang sebab esoknya nak pindah opis bawah.
Klau nak kemas sikit-sikit rasanya seminggu pon tak abes.
Ni naseb nak pindah opis bawah ja so leh la kemaskan dalam 3 hari baru abes.
Penat gila-gila.
Tengaharinya pas lunch bos anta ke Elsoft wat keja kat sana.
Pukul 6 baru abes keja pastu bos pick up balik P1.
Walaupon keja senang tapi agak penat sebab bosan dok sorang-sorang...leh tara tu?
Nikah Kahwin | Selesai sudah perbincangan dari 2 pihak
Assalamualaikum
Kamis malam jumaat tu kan kena keja malam.
Balik tu letih tak leh habaq dah.
Dah lama wooo tak keja malam.
![]() |
Memasing dah lentok...time ni pukul 3 pagi. |
Balik tu tak tidoq lagi...ada keja yang harus di buat.
Pukul 10.30 pagi baru dapat tidoq tapi pukul 1.00 tengahari dah bangun dah.
Bersiap ala kadar dan tunggu kedatangan tetamu.
Jam 3 petang tetamu datang untuk berbincang.
Yang kat dapur sibuk berhidang.
Alhamdulillah dengan persetujuan kedua pihak maka kata sepakat di ambil.
Sekarang ni masa untuk buat persiapan kerana tarikh yang dipilih selepas raya puasa.
Owhhh...cepatnya...
Assalamualaikum
Waktu entri ni di taip cheq sedang berkerja malam di building baru P2.
Tak sangkanya cheq nak mai OT keja malam 12 jam plak tu.
Patutnya hari ni rest day cheq tapi dapat mesej dari bos suruh cover keja malam sebab Shida demam.
OMG!!!!!!
Kegilaan apakah ini?????
Mana tak gilanya...hari ni hari bersejarah cheq.
Besday cheq tu 17 Mei tetiap tahun.
Takdak tunda lewat sehari or awai sehari.
Tapi atas komitmen terhadap keja yang melampau-lampau cheq gagahkan jugak la pi keja.
Esok pepagi bos kat US nun nak tengok result.
Hari ini dalam sejarah sambut besday dengan keja yang banyak pada waktu malam...ohhh syahdunya....
Nasebla budak-budak dalam reliability lab ni semua otak semenet...klau tak beku pala otak ni nak wat keja sampai pagi esok.
Assalamualaikum
Minggu ni agak senang sikit.
Bukan sebab bz tahap melampau-lampau tapi takdak keja nak buat.
Dah tak larat nak berlakon wat keje dah.
Camne nak wat keje semua equipment dah transfer pi P2...so kami kat sini dok rilek-rilek la dulu sementara nak UP balik equipment tu.
Alih-alih kami pi P2 jela meronda kat sana.
Cer tengok suasana belakang cheq yang suram dan kelam tu.
Sekarang ni tinggal department cheq je la kat opis atas ni.
Orang len dah pakat pindah pi P2 dah.
Kami????
Nun paling awai bulan 9 baru leh pindah.
Dalam takdak nak watpa tu pakat-pakat dok kemas barang la nak pindah umah baru kat opis bawah.
Dua tiga kali keja plak nak buat....pindah opis bawah pastu nanti baru pindah opis kat P2.
Semak gila semalam sampai dah tak tau nak buat apa dah.
Biasala department R&D so barang-barang evaluation tu memang banyak la.
Sekali 4 kotak besar barang nak scrap da...bigbos sampai cekak pinggang tengok barang scrap tu.
Papepon next week hari Selasa baru pindah umah baru ^^
Assalamualaikum
Lani bz tahap apatah.Dok ulang alik dari P1(bgnn lama) ke P2(bgnn baru) tiap-tiap hari.
Opis kat P1...mesin kat P2 so ulang alik la hari-hari sampai bulan 9.
Penat siot walaupon tak jauh mana pong.
Department cheq bulan 9 baru nak up kat sana.
HR..Finance...IT...dah ada kat P2 dah.
Kalau nak mintak sign pon kena pi P2...naseb...naseb...
Sebelum ni hari cuti dok pi buat keja kat Perodua.
Lani kena pi keja kat tempat baru plak.
Dalam dok ulang alik P1~P2 bos bagi arahan suruh pi Elsolf tiap Isnin.
Bekerja di sana setiap Isnin sampai mesin baru kat Elsoft siap sedia di transfer ke P2.
Macam terer-terer ja suruh pi sana sorang-sorang...hahahaha...
Masuk Elsoft pon takyah pakai pass sebagai Visitor.
Dalam dok sibuk-sibuk tu sempat gak la pi makan-makan kat Siriwan Thai Food dengan Group Asean Sales...sempat gak la tengok cite Nongkrong semalam...hehehehe...
Hari ni Sabtu macam biasa ada kelas...esok pagi ada bowling...
Apa-apa pon hope badan ni sihat sejahtera la hendaknya....amin.....
Assalamualaikum
Seminggu blog ditinggal-tinggalkan.
Tahla...nak kata kekangan keja rasanya tak la sampai bawak ke rumah.
Nak kata pasai wat 'esaimen' pon tak gak sebab robotic blom wat praktikal lagi so apala agaknya alasan nak di beri.
Malas nak update cite sendiri?
Maybe...
Nak cite pasai orang?Iskh...takmo la....Esok-esok kena kat batang idung cheq balik.
Padan muka.
Meh nak crita diari ringkas cheq.
__________________________________
27 April 12~Cuti sehari.Malas nak buat OT.
Dok umah je pong.Malamnya kena jadi dreba bawa mak dan sepupu pi tengok mak jang kat Hospital Pantai Bayan Baru akibat tekanan darah tinggi.
Tulis low salt diet tapi tengok sepupu sepapat bawak macam-macam makanan bagi mak depa makan....haiiiishhhh.... |
28 April 12~OT...abes setel keja gedik-gedik nak pi building baru.So naik shuttle kilang sedia pi cari meja opis kat mana.
Sekali opis untuk department cheq belum siap da....so tumpang la opis production nak posing.
29 April 12~Kelas robotic yang ke-2.Sekali Sir bagi disket da....owwwhhh....lama gila tak pakai disket.
Walaupon sedikit blur-blur dan tak paham apa Sir merepek meraban kat depan sebab kami kat belakang dok sibuk bermuka buku tapi dapat gak setelkan kuiz-kuiz yang Sir bagi...Alhamdulillah...
30 April 12~Shift cheq dah start tapi keja hapday je la.
Lunch time Puan mai ambik pi wat keja kat Perodua Servis Kampung Jawa plak.
Month end kan so mari bekerja tutup akaun.
Pas setel bagai pi lepaking kat area Pantai Jerejak pekena laksa Penang dengan ayaq nyioq.
1 Mei 12~Selamat Hari Pekerja....so harusla bercuti.
Pas Zohor Aini mai ambik nak pi melawat ibu-ibu bersalin.
Malu nak snap-snap pic coz pi dengan kawan-kawan sekolah yang lain.
Kalau kawan sekolah yang rapat dah tau dah cheq suka snap-snap pic.
Alhamdulillah kenyang pi melawat ibu-ibu dan gegurl depa sebab di jamu pulut deriyan dan kuih ketayap.
Baliknya keta Aini hampir-hampir di saman polis traffik dan JPJ.
2 kali tempuh road block....fuhhh...Alhamdulillah selamat sebab kami wat muka comey kat abang polis tu yang lepas...hak..hak..hak...(bajet comey la kunun).
Tapi cuak jugak la...seriyauuuuu.....
2 Mei 12~Keja menimbun-nimbun.Bos plak baru balik dari Taiwan bercuti-cuti Taiwan.
Kami la jadi mangsa sebab banyak yang pending.
Anta mesej/email/fb bos tak jawab...tunggu bos jawab Yes or No ja...
Klau tak dah lama kami proceed.
'Tak sia-sia bos antaq kak Ros study...dah pandai solve problem sendiri...tapi kan kak...silibus ni rasanya bln 8 baru kita belajaq...' |
Dalam dok sibuk kak Ros dok setel board yang leh guna takleh guna tu cheq 2 kali meronda kat building baru.
Oppps...bukan meronda saja-saja...mula-mula pi test board...testing tengok boleh nyala ke tak...lagi pon mesin baru ja up kat sana.Petangnya pi sekali lagi ambik barang plak.Bukan main aci redah ja bawa balik camtu.Kena buat dokumen kat opis bawa pi building baru kata nak ambik barang bawa balik opis.Kalau tak buat camtu kang tak pasal-pasal kena ambik last payslip kat HR...hihihihi...
3 Mei 12~Pagi-pagi Puan datang ambik cheq anta pi opis.Pagi tu tak pagi la sangat tapi pukul 10 gak la.
Pukul satu cmtu kena pi Elsoft ada training kat sana dengan 9 engineer.Depa la engineer...kita ni...
Abes je training terus balik umah....hehehe...sekali lagi Puan mai ambik.
Makaseh Puan sebab anta ambik cheq no...
Notakukukakiku:~Asik orang anta ambik ja...keta masuk wad 3 minggu...uhuk...jadi OKU sat...