Assalamualaikum…
Alhamdulillah bulan lepas dihubungi oleh pihak Shopee
Malaysia di Instagram yang saya menang lucky draw Raya Dengan Shopee.
Sebenarnya saya ni tak berapa nak bertuah kalau join kontes online jadi tak
berapa nak berharap sangat. Bila tiba-tiba cakap menang terus ‘Bila masa join
kontes ek? Join kontes sapa ni?’
Saya jumpa satu jawapan yang saya berikan
dalam kontes Raya Dengan Shopee.
Bila orang nak memberi kita terima dengan selebar-lebar
senyuman…hihihi… Walaupun nilainya kecil tapi tetap boleh digunakan. Baru-baru
ni baucer RM30 Shopee masuk dalam akaun Shopee saya, jadi tunggu apalagi mohler
shopping. Masa bagi jawapan saya nak beli kasut raya tapi raya puasa pun dah
lepas, kasut raya pun dah beli jadi kita beli benda lain la ye. Jangan marah ye
Shopee…..
Kebetulan pula masa dapat baucer Shopee tu band smart watch
Mi 2 putus gara-gara mek kecik tu main tarik-tarik, kita beli band yang baru.
Satu baru harga RM1.25 jadi saya ambil #10 dan #16.
Dah la murah, service cepat
walaupun penghantaran dari luar negara. Beli dari kedai eafengrow.my.
Tada…comey tak band warna pink….ihik….
Belek punya belek Apps Shopee kita beli tak tahu nak ambil apa. Beli barangan mandian je la dari kedai taibakfashion. Saya ambil 3
refill pek Shokubutsu Shower Body Wash- Sakura Whithening dengan harga RM5.50
setiap satu habuan stok sebulan dua. Servis pun cepat. Ambil masa 3 hari dari
waktu saya order barang.
Ada baki duit lagi dalam baucer Shopee, jadi saya belikan
mek kecik tu beg habuan nak letak baju dan lampin pakai buang dia. Tada…Kids
Eggshell Backpack-Sofea. Harga baru RM10.89 sahaja. Beli dari kedai
zhipinghuang. Penghantaran cepat. Ambil masa 3 hari dari waktu saya order
barang.
Sebagai seorang yang jarang keluar shopping di luar, Shopee memang pilihan saya.
Terima kasih Shopee kerana memilih saya sebagai pemenang bertuah untuk Raya Dengan Shopee kontes.