Menangi Motosikal SYM di Sinaran Ramadhan Buffet Ixora Hotel

9:13 AM


Sinaran Ramadhan Buffet | Amboi tajuk bukan mainkan…hihihi… Saya menang motor….eh…eh… Ha…ni Zai nak bagitau kat korang yang berada di sekitar Seberang Perai dan masih mencari tempat untuk berbuka puasa yang sedap atau sesiapa yang nak datang menginap di hotel sekitar Seberang Perai sewaktu bulan puasa nanti. Tak payah pergi jauh-jauh, Ixora Hotel menyediakan menu berbuka puasa yang sedap dan korang tak rugi jika mencubanya.
sumber dari Ixora Hotel


Korang berpeluang untuk memenangi motosikal SYM E Bonus 110 jika berbuka puasa  Ixora Hotel. Takmau ke menang motor? Bukan itu saja, korang juga berpeluang memenangi Sharp 40” TV dan Sharp Air Purifier. Untuk cabutan bertuah setiap hari pula korang bakal memenangi baucer berbuka puasa di buffet Ramadhan Ixora Hotel. Best kot boleh menang-menang macam ni.

hadiah utama



 

Tahun ini bertemakan Sinaran Ramadhan Buffet, Ixora Hotel menghias indah The Straits Café dengan kerlipan lampu yang menghiasi suasana malam di sana. Dengan 4 jenis menu yang di tukar setiap hari, korang akan merasa kelainan jika datang menikmati hidangan keesokkan harinya.

dipenuhi sinaran lampu


 

Terdapat beberapa signature dish yang disediakan oleh chef hebat di Ixora Hotel yang mempunyai kepakaran yang tersendiri dalam bidang masakan masing-masing. Antaranya ialah :-

  • Kerabu ayam bercili
  • Sup ekor berjintan dengan roti(wajib cuba)
  • Nasi hujan panas
  • Ayam masak merah madu
  • Ikan patin masak tempoyak daun kesum
  • Beriani udang
  • Shawarma ayam(wajib cuba)
  • Kambing panggang golek(wajib cuba)

 

Jom tengok apa lagi menu yang sedap di Sinaran Ramadan Buffet di Ixora Hotel.

 
nasi hujan panas
 
siput lala goreng bercili
 
kupang goreng kunyit dengan ubi
 
tauhu goring kacang panjang, dalca telur, daging masak hitam, ayam masak merah madu
 
kacang botol goring belacan dengan nenas, ikan patin masak tempoyak dengan kesom, udang beriyani, masak lemak petola suhun telur


 

Menu utamanya sedap-sedap belaka.

 

Ada juga ulam-ulaman dan kerabu yang segar dihidang untuk para pengunjung.
ulam-ulaman, salad dan beberapa jenis sambal yang menyengat

penambah selera-ikan masin dan telur masin


 

Tak dilupakan pencuci mulutnya yang AWESOME. Dari kuih tradisional hingga ke kuih moden semuanya sedap-sedap belaka.

kuih moden


kuih tradisional

buah-buahan tempatan

kurma dengan pelbagai perisa


biskut raya

aiskrim

keropok dan jeruk
koktail buah-buahan

boleh juga minum the tarik/nescafe tarik

pelbagai jenis air berperisa


 

Korang yang datang wajib cuba kambing panggang goleknya yang sedap. Perapannya terasa hingga ke isinya yang juicy disertakan dengan sos pelbagai perisa.

kambing golek yang sedap

shawarma yang wajib cuba-sumber dari Ixora Hotel


 

Sup ekor berjintan dengan roti juga menu wajib cuba. Sedap dan isinya sangat lembut.

sup ekor berjintan yang sedap

bubur lambuk


 

Selain itu juga ada beberapa stall dengan menu lazat turut tersedia. Ada mee goreng mamak yang di goreng panas, laksa, ais kacang dan juga pasembur.

mee goreng mamak

laksa penang

ais kacang

pasembur


 

Sewaktu berbuka puasa, korang akan diiringi oleh persembahan Himz Entertament yang mendendangkan lagu-lagu terkini dan hits.

persembahan oleh Himz Entertaiment


 

Sinaran Ramadan Buffet ini bermula dari :-

 

Tarikh : 1 Jun hingga 21 Jun 2017

Tempat : The Straits Café

Masa :  7.00 malam hingga 10.00 malam

Harga :  RM82 nett-Dewasa

                RM52 net- Kanak-kanak(4 hingga 12 tahun)

Baucer : RM82 nett untuk seorang

                 (9+1 promotion) per booklet dengan harga RM738 nett(RM73.80 seorang)

 

 

Sebarang info boleh ke :-

 

IXORA HOTEL

3096, Jalan Baru,

Bandar Perai Jaya,

13600 Perai, Penang, Malaysia

Tel :- 604-3828888

 


Facebook : Ixora Hotel



You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers