Penginapan Murah Dan Selesa Di The Gurney Resort Hotel & Residence
10:22 AM
Assalamualaikum…..
Minggu lepas suami ajak tidur hotel bawa anak-anak mandi
kolam selepas 3 bulan berniaga tanpa cuti kecuali cuti raya 4 hari. Kiranya ini
reward untuk kami sekeluarga yang tak kemana-mana sepanjang 3 bulan kecuali
balik rumah mak dan mertua. Lagipun kesian kat anak yang dah besar asyik kena
ikut abah niaga tiap kali hari Sabtu. Jadi kita bagi la seronok sikit.
Suami ajak bercuti hari bekerja, boleh dapat hotel yang best
murah sikit. Malangnya saya dah tak ada cuti. Cuti tahun masuk ikut ‘monthly
basis’ tapi company shutdown 3 atau 4 hari hampir tiap bulan, cutinya habis dah
digunakan. Lagipun Aqil dah bersekolah, sayang nak ponteng sekolah. Hari-hari
dalam minggu lepas dok survey hotel merata. Alah tak pergi jauh pun, dalam
Penang saja.
Nak cari hotel best tapi nak yang murah di hari minggu, yang ada sarapan sebab malas nak keluar jauh-jauh cari sarapan dan ada kolam kanak-kanak yang besar. Macam susah nak jumpa ja ciri-ciri macam tu.
Akhirnya hari Jumaat tu jumpa The Gurney Resort Hotel & Residence yang ada
ke semua yang saya nak.
Selain hotel yang best saya akan cari hotel yang ada
kolam kanak-kanak yang luas. Pernah menginap di satu hotel ni, ada kolam
kanak-kanak tapi masuk 5 orang kanak-kanak ja pun dah penuh. Aqil terus dok
tepi taknak mandi. Mak dia yang stress tengok. Cari melalui TRIVAGO dan terus
membawa ke website AGODA. Memang selalu tengok harga di AGODA agak murah sikit
berbanding website yang lain.
Jom tengok dulu bilik hotel yang saya tempah di The Gurney
Resort Hotel & Residence.
Suite Studio untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak termasuk 2 sarapan di The Gurney Resort Hotel & Residence
![]() |
king size dengan 4 bantal besar |
![]() |
bilik 517 kaki persegi dengan sofa dan meja kerja |
![]() |
mini bar dengan cerek dan petiais mini |
![]() |
meja makan |
![]() |
almari baju dalam bilik air dengan seterika dan peti deposit keselamatan |
![]() |
tab mandian |
![]() |
bilik air dengan pengering rambut |
![]() |
pancuran dan tab mandi asing |
Hotel bertaraf 4
bintang ni saya dapat dengan harga RM268.97 termasuk SST. Harga biasa suite studio ini RM500 untuk satu malam. Yang bestnya menginap di sini tanpa deposit. Pertama kali menginap di hotel tanpa deposit.
Anak-anak yang
paling seronok dapat mandi kolam dengan selesa sebab luas. Ada 2 slide dan
kanak-kanak tak perlu berebut. Saya pun turut mandi kolam kanak-kanak sebab
kedalamnya paras pinggang dewasa. Jadilah kan….sambil tengok anak sambil mandi.
![]() |
ada taman di kawasan kolam mandi |
![]() |
kolam dewasa | gambar dari website Agoda |
![]() |
kolam kanak-kanak yang luas | gambar dari website Agoda |
Lepas ni nak dapat
murah kena tempah lebih awal la kan. Mana tau boleh dapat harga kurang dari
RM400 untuk 2 malam. Tak gitu?
P/S: Ini bukan paid review
3 apa kata anda?
best nyer dok hotel. bermlm. pool.
ReplyDeleteaida ni lama dah tak holiday ni.
tgk gambar dlm entri ni, getap bibir jer.
next month baru ada jjcm ke penang, zai.
baru reserved hotel semlm pagi.
tunggu anak-anak free from exams. baru best holiday :)
Wah..seronoknya bercuti kat hotel.
ReplyDeletesama laa klu nak bercuti selalu cari hotel yang ada kolam. anak-anak suka nak berendam kat kolam. harga bilik hotel selalu cari yang murah-murah jelah dengan harga yang mampu.
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^