Sambut Merdeka dan Hari Malaysia Dengan Khazanah Sajian Nusantara Di The Light Hotel Penang
2:57 PMKhazanah Sajian Nusantara di Spice Brasserie The Light Hotel Penang
Atas permintaan
ramai, The Light Hotel Penang sekali lagi menawarkan buffet yang bertemakan
Khazanah Sajian Nusantara dengan menyajikan sajian yang pasti
membangkitkan selera para pengunjung. Dengan lebih dari 100 variasi menu termasuk 6
gerai aksi panas yang akan menyediakan menu secara lansung.
Promosi selama 2 bulan dari 1 Ogos hingga 30 September 2019 ini menyajikan menu-menu yang terbaik dari pasukan chef yang berpengalaman.
Promosi selama 2 bulan dari 1 Ogos hingga 30 September 2019 ini menyajikan menu-menu yang terbaik dari pasukan chef yang berpengalaman.
Setiap menu
diberi nama bertemakan Hari Merdeka dan Hari Malaysia-#Sayangi Malaysiaku:
#Malaysia Bersih bagi memupuk semangat bersatu dan cintakan negara.
Menu paling
popular untuk sambutan Merdeka dan Hari Malaysia kali ini adalah Nasi Briyani
Ayam Wawasan, Nasi Daging Sejati, Nasi Ayam Melaka Gemilang, Kambing Panggang
Perwira, Kari Kepala Ikan Semangat Jati, Shawarma Daging Pujangga, Itik
Panggang Tuah, Asam Pedas Ikan Pari Harmoni, Sambal Sotong Petai Makmur, Ayam
Masak Lemak Warisan, Gulai Nangka Muda dan Ikan Bilis Abadi, Murtabak ala lasagna
Muhibah, Char Koay teow Sejahtera, Ais Kacang Setinggi Angkasa, Piza Buah
Nangka Berkeju Semangat, Piza Quarto Nasi Kandar Sedunia dan banyak lagi
pilihan menu yang sedap.
![]() |
Nasi Daging Sejati |
![]() |
Nasi Briyani Ayam Wawasan |
![]() |
Kari Kepala Ikan Semangat Jati |
![]() |
Sambal Sotong Petai Makmur |
![]() |
Kambing Panggang Perwira |
![]() |
Piza Buah Nangka Berkeju Semangat, Piza Quarto Nasi Kandar Sedunia |
Selain
menu-menu lazat ini terdapat juga pelbagai pilihan kerabu, ulam-ulaman yang
dilengkapkan lagi dengan sambal pelbagai rasa. Begitu juga dengan salad sebagai
pembuka selera, pilihan sup, roti serta gerai aksi panas.
Melengkapkan
lagi buffet Merdeka dan Hari Malaysia ini dengan pelbagai pilihan kuih-muih
baru dan lama seperti Sago Gula Melaka Putra Putri, Serawa Durian Digarhayu,
aneka kuih Melayu Jalur Gemilang dan banyak lagi.
Promosi buffet Merdeka
dan Hari Malaysia Khazanah Sajian Nusantara The Light Hotel Penang bermula :-
Tarikh : 1 Ogos
hingga 30 September 2019
Hari operasi : Ahad
hingga Khamis
Masa : 6.30
petang hingga 10 malam
Harga buffet
RM116 seorang
untuk dewasa
RM60 seorang
untuk warga emas/kanak-kanak
Atau belian
awal(early birds) cuma berharga RM80 untuk dewasa.
Untuk tempahan
dan info lanjut boleh hubungi :-
Telefon : 04-3821111
1 apa kata anda?
Sedap2 menunya
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^