Berbuka Puasa Di Lagenda Cafe Dengan Team Mate

12:21 PM


Assalamualaikum

Aci ka dak nak cerita kisah berbuka puasa dengan bos hari tu padahal raya puasa dah lama lepas. Ala…kasi can la nak cerita. Mood nak tulis entri tengah dok ada ni….hahahaha…

Seminggu sebelum raya bos ada tanya pasal berbuka. Tup tup dia ajak berbuka sama-sama. Sepanjang 4 tahun kerja dengan bos ni tak pernah lagi dia ajak berbuka. Muskil kita aih kot-kot saja-saja ajak. Lepas tu dia minta list hotel yang buat bufet Ramadan sekali dengan harga. Kita pun bagi la senarai hotel pastu tanya balik bos “Uolss memang makan banyak ke? Kalau makan banyak memang berbaloi la makan kat hotel dengan harga macam ni.” Tengok bos haluih-haluih sangat, satgi dok diet kang rugi bayar mahal.

“Kami yang berpuasa ni makan tak banyak. Memang rasa lapar tak makan dari pagi tapi masa berbuka dapat makan sikit pun dah kenyang.” Kita berbasi-basi dengan bos.

Akhirnya bos suruh cari mana-mana tempat ada buat berbuka puasa. Yela, harga sorang pun dah mencekik leher, nak bawa satu team jadi kita kena la fikir sama. Takut kang lepas pada tu takda dah makan-makan department dengan bos. Ekonomi kilang pun tengah tak stabil lani kan, macam-macam boleh jadi. Kita tak kisah mahal ke murah janji 3 bulan sekali bawa kita makan pun jadi la….hahahaha…

Pilih punya pilih saya bagi cadangan berbuka kat Cafe Lagenda. Kenapa nama Cafe Lagenda? Bila tengok hiasan dalamannya banyak gambar-gambar Arwahyarham Tan Sri P.Ramlee.


Bila bos tengok harga, makanan dan review bos pun setuju. Marilah mengorder makanan untuk berbuka…lalalalala…

Masa tengah order makanan tu bos cakap untuk saya dan sorang lagi engineer boleh order set BAKAQ-BAKAQ RAMADAN sebab birthday girl. Rupa-rupanya nak celebrate birthday kami yang jatuh pada bulan puasa. Apalagi menggedik la order set BAKAQ-BAKAQ RAMADAN.
 
set BAKAQ-BAKAQ RAMADAN | gambar dari FB Cafe Lagenda
Set ni untuk 2 orang makan yang didatangkan dengan 2 jenis nasi, ayam bakar, daging bakar, kambing bakar, satay ayam, telur masin, masak lemak tempe, sambal petai, kerabu mangga, kerabu tembikai, sup serai, sambal, jelatah, air asam, ulam-ulaman, buah-buahan, kurma, pengat pisang, puding roti dan manisan….fuhhhh…jenuh nak senarai satu-satu. Berbaloi sangat ambil set ni. Sengkak perut walaupun set dia nampak kecil.

Team mate yang lain order set-set kecil, itupun dah penuh meja kami malam tu. Semua senonok dengan set sambal congkak yang pihak Café Lagenda sediakan.
 
penuh meja punya order
Selain nasi ada juga disediakan menu Western di sini jadi boleh pilih mana yang berkenan di hati.



Seronok malam tu bila team mate tertunggu-tunggu waktu berbuka. Nampak macam tak sabar nak berbuka macam kita pun ada….hahaha… Berborak melawak sampai lupa anak tinggal kat mak mengasuh dia….oppppssss….



Thanks bos belanja berbuka puasa dan celebrate birthday kami berdua.

Kalau korang datang ke Penang dan tak tahu nak makan mana area Georgetown boleh cuba makan di :
Cafe Lagenda
43 Campbell Street
10100 Georgetown Penang
Tel : 04-2612293
Waktu operasi : 11 pagi hingga 11 malam



You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers