Tahap Pertumbuhan Gigi Anak

2:46 PM


Assalamualaikum….

Bila ada anak kecil ibu bapa jadi tak sabar nak tunggu setiap satu fasa perkembangan anak dari anak boleh meniarap hinggalah berlari. Auni dah lalui fasa-fasa tu mengikut perkembangannya. Tak terlalu cepat dan tak terlalu lambat.

Bab pertumbuhan rambut pun boleh dikatakan paling cepat. Dalam seminggu cukur rambut dah tumbuh anak-anak rambut halus kat kepala. Rambut Auni tumbuh sekata kerinting dan kembang takda istilah makan bantal. Cuma satu je perkembangan pada Auni yang lambat iaitu bab gigi.



Jenuh mama dia ni bersabar bila la gigi Auni nak tumbuh banyak. Dok sebatang tu dah 2 bulan. Auni mula tumbuh gigi masa umur 1 tahun 1 bulan. Lepas tu gigi dia yang lain dah tak nampak bayang. Makan dah macam-macam gigit semua benda tapi gigi tetap satu. Punya seronok mama ni bila Auni tumbuh gigi siap beli berus gigi bagai, alih-alih keluar sebatang je?

Jom tengok perkembangan gigi bagi bayi.




Sepatutnya umur Auni dah ada 8 batang gigi.

Setengah orang tua-tua kata gigi kalau lambat tumbuh lambat juga luruh. Betul atau tak tu terpulang la nak percaya ke tak tapi bila anak dah mula tumbuh gigi kita kena la mula jaga gigi tu walau gigi susu. Ajar anak berus gigi dari kecil agak mereka terbiasa berus gigi.



Alhamdulillah Aqil saya ajar dia berus gigi waktu giginya tumbuh masa umur 9 bulan. Sekarang dah umur 6 tahun gigi susu dia masih elok lagi. Jadi ibu-ibu bila anak dah tumbuh gigi cuba ajar mereka memberus gigi dari kecil dan kurangkan makanan manis seperti jajan supaya gigi elok terjaga serta bawahlah anak anda berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. seronokkan tgok anak2 membesar di depan mata?

    done follow your blog.
    www.zukidin.com

    ReplyDelete
  2. Yg xde anak teruja tengok hihihi

    ReplyDelete
  3. seronok tengok perkembangan bayi. sekarang dok tengok perkembangan anak sedara laa nak masuk 9 bulan dah. Gigi dah ada 6 batang. 4 batang gigi atas tu tumbuh kat serentak baru nih.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers