Derma Darah Kali Ke-13

3:34 PM

Assalamualaikum

Bila kau dah selalu derma darah tapi tak dapat nak derma rasa sedih sangat-sangat. Perasaan tu lain macam. Frust macam orang putus cinta....hahahaha...

Fuh...dekat 2 tahun lebih kot tak menderma sebab mengandung, melahirkan dan menyusukan anak. Lepas saja dah tak menyusukan anak masa plak tak kena. Orang tabung darah datang tak kena masa yang sesuai dengan kita. 'Ceh...macam la orang tabung darah tu nak ikut masa kau sorang ja.'

Pasrah je la.

Baru-baru ni pihak Tabung Darah Hospital Seberang Jaya datang untuk program derma darah kat kilang. Program ni dibuat setahun 2 atau 3 kali. Sesuai la untuk warga kerja yang ada komitmen lain selepas kerja tak dapat nak ke tabung darah menderma. Tak ada masa kononnya...hihihi...

Kalau kena dengan harinya dapat la menderma darah. Biasalah orang perempuan, kalau tak sakit demam Allah Bagi Cuti pula jadi tak dapat nak derma jugakan.

Masa isi borang tu berdebar sangat. Memang berharap dapat derma darah kali ni. Bila check ja HB....Alhamdulillah lega sangat-sangat. Macam tak caya pun ada sebab HB pada hari tu 13.9. Lepas check BP segala apalagi serah diri je la.


Duduk baru 5 minit, saya baru pegang telefon tangkap gambar nak update dalam FB sekali nurse cakap 'Ok...dah boleh cabut jarum dah.' Terus saya tercengang...hah...dah siap dah ke? Orang yang menderma darah sebelum saya pun tak habis lagi saya dah cabut jarum dah? Laju gila.

Kalau Tabung Darah Hospital Pulau Pinang akan jamu makanan seperti karipap, kek dan air milo panas selepas derma darah dan pihak kilang akan tambah sedikit lagi hidangan seperti sandwich atau buah tapi Tabung Darah Hospital Seberang Jaya bagi satu bungkusan plastik ni.


Tada....tu semua makanan dan minuman dari HSJ. Yang set straw tu pula dari kilang. Jangan tak tahu, kilang saya keja ni akan bagi barangan tiap kali menderma darah. Dah macam-macam koleksi ada. Pernah dapat payung panjang, payung pendek, pen, bekas air, bekas makanan, beg dan macam-macam lagi la.

Korang cubalah menderma darah sekali, lepas tu akan rasa nak menderma lagi dan lagi. Cubalah....

~Give blood, save life~

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. xpernah derma darah lg..
    still ade rs takottt.. haha

    ReplyDelete
  2. pernah derma darah sekali je amsa belajar dulu. lepas tu dah x meelpasi syarat sebab ada masalah tekanan darah rendah.

    ReplyDelete
  3. tak pernah menderma darah lagi. antara orang yang penakut tengok jarum suntikan. dulu berat tak cukup, sekarang dah cukup belum terbuka hati nak menderma.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^