Penginapan Murah Dan Selesa Di The Gurney Resort Hotel & Residence

10:22 AM


Assalamualaikum…..

Minggu lepas suami ajak tidur hotel bawa anak-anak mandi kolam selepas 3 bulan berniaga tanpa cuti kecuali cuti raya 4 hari. Kiranya ini reward untuk kami sekeluarga yang tak kemana-mana sepanjang 3 bulan kecuali balik rumah mak dan mertua. Lagipun kesian kat anak yang dah besar asyik kena ikut abah niaga tiap kali hari Sabtu. Jadi kita bagi la seronok sikit.

Suami ajak bercuti hari bekerja, boleh dapat hotel yang best murah sikit. Malangnya saya dah tak ada cuti. Cuti tahun masuk ikut ‘monthly basis’ tapi company shutdown 3 atau 4 hari hampir tiap bulan, cutinya habis dah digunakan. Lagipun Aqil dah bersekolah, sayang nak ponteng sekolah. Hari-hari dalam minggu lepas dok survey hotel merata. Alah tak pergi jauh pun, dalam Penang saja.

Nak cari hotel best tapi nak yang murah di hari minggu, yang ada sarapan sebab malas nak keluar jauh-jauh cari sarapan dan ada kolam kanak-kanak yang besar. Macam susah nak jumpa ja ciri-ciri macam tu. Akhirnya hari Jumaat tu jumpa The Gurney Resort Hotel & Residence yang ada ke semua yang saya nak.

Selain hotel yang best saya akan cari hotel yang ada kolam kanak-kanak yang luas. Pernah menginap di satu hotel ni, ada kolam kanak-kanak tapi masuk 5 orang kanak-kanak ja pun dah penuh. Aqil terus dok tepi taknak mandi. Mak dia yang stress tengok. Cari melalui TRIVAGO dan terus membawa ke website AGODA. Memang selalu tengok harga di AGODA agak murah sikit berbanding website yang lain.

Jom tengok dulu bilik hotel yang saya tempah di The Gurney Resort Hotel & Residence.
 
Dapat bilik di tingkat 31. Phewww...ni permandangan Gurney Drive Penang pada waktu malam

Suite Studio untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak termasuk 2 sarapan di The Gurney Resort Hotel & Residence


king size dengan 4 bantal besar

bilik 517 kaki persegi dengan sofa dan meja kerja

mini bar dengan cerek dan petiais mini

meja makan

almari baju dalam bilik air dengan seterika dan peti deposit keselamatan

tab mandian

bilik air dengan pengering rambut

pancuran dan tab mandi asing

 
Hotel bertaraf 4 bintang ni saya dapat dengan harga RM268.97 termasuk SST.  Harga biasa suite studio ini RM500 untuk satu malam. Yang bestnya menginap  di sini tanpa deposit. Pertama kali menginap di hotel tanpa deposit.

Anak-anak yang paling seronok dapat mandi kolam dengan selesa sebab luas. Ada 2 slide dan kanak-kanak tak perlu berebut. Saya pun turut mandi kolam kanak-kanak sebab kedalamnya paras pinggang dewasa. Jadilah kan….sambil tengok anak sambil mandi.


ada taman di kawasan kolam mandi

kolam dewasa | gambar dari website Agoda

kolam kanak-kanak yang luas | gambar dari website Agoda

Lepas ni nak dapat murah kena tempah lebih awal la kan. Mana tau boleh dapat harga kurang dari RM400 untuk 2 malam. Tak gitu?



P/S: Ini bukan paid review

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. best nyer dok hotel. bermlm. pool.
    aida ni lama dah tak holiday ni.
    tgk gambar dlm entri ni, getap bibir jer.
    next month baru ada jjcm ke penang, zai.
    baru reserved hotel semlm pagi.
    tunggu anak-anak free from exams. baru best holiday :)

    ReplyDelete
  2. Wah..seronoknya bercuti kat hotel.

    ReplyDelete
  3. sama laa klu nak bercuti selalu cari hotel yang ada kolam. anak-anak suka nak berendam kat kolam. harga bilik hotel selalu cari yang murah-murah jelah dengan harga yang mampu.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^