Nikmati BBQ Merdeka dan Makan Tengahari Hari Malaysia Di Ixora Hotel Penang
3:36 PM
Merdeka Day BBQ Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet Lunch
Hi semua…
Pejam celik pejam
celik dah masuk bulan Ogos dah pun tahun ni. Bulan Ogos bulan sambutan Hari Kemerdekaan dan
bersambung dengan Hari Malaysia pada bulan September.
Korang ingat tak
ni?
Kalau korang
ingat ni saya nak bagitau satu berita baik.
Sempena bulan
Kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia, Ixora Hotel Penang ada menyediakan Merdeka
Day Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet Lunch. Dengan dikendalikan oleh Chef
Eksekutif Ixora Hotel Penang yang berpengalaman, Chef Cheng Ong telah
menyediakan beberapa hidangan yang berkonsepkan masakan Malaysia dari pelbagai
kaum. Korang boleh rasai pengalaman hidangan makan malam yang enak di
The Straits Cafe & Lounge.
Bermula dengan pembuka hidangan, salad, sup, hidangan nasi
dan mi, hidangan utama dan diperhebatkan lagi dengan gerai aksi yang menawarkan
lebih daripada 50 hidangan. Hidangan makan malam buffet ni juga menawarkan
hidangan panggang seperti BBQ Whole Australian Lamb, Lamb & Beef Skewers,
Garlic BBQ Osyter, Vermicelli Scallops, Ikan Pari dan Ikan Nyok Nyok, Skewers
Udang dan pelbagai menu panggang yang lain.
![]() |
skewer prawns dan garlic BBQ oysters |
![]() |
cheese sausage dan vermicelli scallops |
![]() |
beef skewers dan lamb skewers |
Menu buffet ini dilengkapkan lagi dengan menu tradisional Lemang Tradisional dengan Ayam Rendang, Penang
Char Kuey Teow, Yong Tau Foo, Otak-Otak, Roti John dan Satay Celup dan banyak
lagi.
![]() |
lemang tradisional |
![]() |
char kuey teow |
Untuk maklumat lanjut tentang promosi ini boleh lihat di
bawah.
Merdeka Day BBQ
Buffet Dinner
31st August 2019, 7.00pm until 10.30pm
Selling price at RM88+ (Adult) and RM58+ (Child)
Promotion: Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before
26th August 2019)
Malaysia Day Buffet
Lunch
16th September 2019, 12.00noon until 2.30pm
Selling price at RM68+ (Adult) and RM42+ (Child)
Promotion: Buy 4 Free 1 (Adult only, full payment before
10th September 2019)
Tempahan meja amat disyorkan.
Kek Eksklusif Untuk Hari Istimewa Dari Ixora Hotel
Selain Merdeka Day BBQ Buffet Dinner dan Malaysia Day Buffet
Lunch, Ixora Hotel Penang telah melancarkan koleksi kek eksklusif. Kek lazat
dan premium dari Ixora Hotel ini menawarkan pengalaman paling luar biasa dan
sesuai untuk sebarang majlis dan sebagai hadiah yang sempurna.
Koleksi kek
termasuk dalam bentuk sepotong kek atau sebiji kek(500gm) yang perlu di tempah 3
hari lebih awal bagi yang ingin memesan sebiji kek.
Kalau dapat kek comel cantik macam ni sapa tak suka. Ye dok?
Hubungi 04 382 8888 atau e-mel info@ixorahotel.com untuk
pertanyaan lanjut.
Pertandingan mewarna dan melukis sempena Merdeka di Ixora Hotel
Berita baik bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang pandai mewarna dan melukis, korang bolehlah memenuhkan jadual anak korang pada 31 Ogos nanti. Pertandingan mewarna dan melukis sempena Kemerdekaan akan berlansung di Ixora Hotel Penang.
Korang boleh daftar sebelum 15 Ogos ini. Bayaran cuma RM20 setiap penyertaan. Boleh hubungi Ixora Hotel Penang untuk maklumat lanjut.
1 apa kata anda?
sedap-sedap makanan kat sini terutamanya kek tu
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^