Lebih Penjimatan Di Traveloka Sale-abration

2:34 PM

Lebih Penjimatan Di Traveloka Sale-abration


Hai semua.

Dah hujung tahun ni korang tengah survey nak bercuti kat mana-mana ke tu? Kita hari-hari memang tengah survey tempat percutian je sekarang ni. Lepas bawa abang Aqil percutian singkat baru-baru ni, dia asyik tanya bila nak bercuti lagi. Seronok sangat la tu. Rasa macam nak bawa abang Aqil ke Universal Studio Singapore tapi si Auni pula kecil lagi. Diorang lagi suka aktiviti mandi-manda jadi ada baiknya saya cari tempat percutian yang boleh mandi-manda.

Biasalah ada anak kecil, kena pilih tempat sikit bila nak bercuti. Auni pula baru setahun, masih tak faham apa erti keseronokkan di Universal Studio tu. Jom la kita survey tempat percutian di laman web nak tengok online flight promotions dan harga hotel. Aqil dok berzikir tanya bila mama nak bawa naik kapal terbang. Tak pergi jauh-jauh kita pergi dekat-dekat pun jadilah janji naik kapal terbang. Nak tengok apa yang boleh dapat di Traveloka sebab di sini menawarkan tawaran harga terendah tau.

Kenapa Traveloka?

Sekarang di Traveloka tengah  berlansung promosi tahunan Sale-abration tau. Ada diskaun 5% untuk semua tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.

Bukan saja diskaun tiket penerbangan, korang boleh dapatkan penjimatan sehingga RM350 untuk hotel, Xperience & Airport Transfer juga tau. Jom tengok promasi yang Traveloka nak bagi kat korang.

Tarikh tempahan bermula dari 26 Ogos sehingga 27 September 2019 jadi jangan terlepas peluang okey. Tarikh travel pula pada bila-bila masa. Senang sangat bila tak ada limit masa nak travel. Sempatlah nak buat persediaan dan tak perlu nak terburu-buru. 

Ha, yang 3rd ni dah semestinya berita baik untuk kaki travel kan? Opss…hat bukan kaki travel macam saya pun boleh baca sekali tau. Mana nak tau lepas baca ni korang tetiba rasa macam nak pi bercuti dengan kawan-kawan atau keluarga, nak balik kampung dalam negeri pun boleh dapat penjimatan ni tau. Yang memang ada plan nak bercuti ke luar negara dah boleh mula survey dah.

Saya dah survey sana-sini dan saya memilih Phuket. Mana lagi tempat mandi yang paling seronok dengan pantai yang cantik selain Phuket. Dah la pantai cantik, airnya pun jernih, nak makan pun senang.
Gambar dari Phuket.Com

Hotel di Phuket pun dekat dengan laut serta cantik dan menarik di samping harganya yang berpatutan. Selain mandi-manda dan Island hoping, banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Phuket. Pada waktu malam di Phuket ini pula sentiasa meriah dan hidup terutamanya di Bangla Road Nightlife dan banyak cenderamata di jual dengan harga berpatutan. Kalau nak berjalan jauh sikit, kita boleh sewa motor dan ronda-ronda melihat pemandangan di Phuket. 
Gambar dari Phuket.com

Selain itu kita boleh mencuba pelbagai makanan di sana dengan mudah dan yang pentingnya HALAL. Tak sabar nak mencuba  Bagi pencinta haiwan dan ingin mengajar anak sayangkan haiwan bolehlah ke Elephant Santuaries yang terdapat di Phuket. Selain dapat menunggang gajah melalui trek yang disediakan, kita juga dapat mandikan gajah-gajah sendiri. Mesti ia menjadi pengalaman paling berharga untuk anak-anak. 
Gambar dari Phuket.com

Saya dah terbayang nak buat apa di sana dengan keluarga kecil saya. Banyak pula pilihan hotel yang menarik di laman website Traveloka. Bagi yang terlepas matta fair 2019 deals macam saya, jom terjah website Traveloka untuk rebut peluang promosi Traveloka Sale-abration ni tau.

You Might Also Like

2 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^