Fernleaf 100% Susu dari New Zealand

3:23 PM

Hai korang. Korang suka minum susu tak? Saya suka minum susu. Memang sejak dulu akan minum susu segelas sebelum tidur. Biasalah bila umur dah meningkat remaja purba ni, nak kena jaga tulang dan gigi jadi minum susu untuk bekalkan kalsium yang secukupnya. Kang umur baru nak masuk 40 tahun gigi dah banyak yang luruh. Saya pun dah bekalkan Aqil dengan susu UHT Fernleaf. Walaupun Aqil dah tak minum susu formula tapi saya tetap memberi susu untuk Aqil bagi pembentukkan tulang dan gigi dia. Sejak mencuba susu UHT Fernleaf rasa mula dah beralih arah. Dah tak suka minum susu yang lain lagi sebab rasanya yang tak terlalu manis seperti jenama susu lain dipasaran.
 


Kenapa susu UHT Fernleaf?

 
Sebab susu UHT Fernleaf memang 100% Mmmmm… (sebut sambil pejam mata tau…hihihihi). Korang nak tahu tak, susu UHT Fernleaf memperolehi sumber susunya daripada lembu tenusu dari New Zealand yang terkenal dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak, menjadikannya salah satu tempat terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. Lembu-lembu tenusu ini juga menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.
 


Tidak seperti lembu tenusu lain yang dikurung dan diberi rumput di kandang, lembu tenusu di New Zealand dibiarkan lepas bebas meragut rumput di dalam kawasan ladang padang rumput yang subur secara semulajadi dan rumputnya berkualiti tinggi. Dari situ terhasillah susu yang mempunyai sumber makanan semulajadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Selain itu susunya juga mengandungi banyak nutrient penting lain seperti protein yang berkualiti, vitamin A dan juga vitamin D.
 
Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, memang tidak dapat disangkal lagi New Zealand merupakan pakar tenusu dalam pengeluran susu yang berkualiti tinggi. Ini menjadikan susu UHT Fernleaf yang dikeluarkan 100% Mmmmm.
 

 

Susu UHT Fernleaf

 
Didatangkan dengan 3 variasi, korang boleh dapatkan susu UHT Fernleaf low fat, full cream dan juga coklat yang diperbuat daripada 100% susu dari New Zealand. Susu UHT Fernleaf ini boleh didapati dalam pek 1 liter dan juga 200 ml. Saya suka susu UHT Fernleaf full cream manakala Aqil sukakan perisa coklat. Korang boleh dapatkan susu UHT Fernleaf ini dipasaraya terdekat.



You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. tak cuba lagi straw tu hahah comel je akak

    ReplyDelete
  2. Susu ni cukup sinonim dengan New Zealand. Tanahnya subur dan lembu yang banyak hehe

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers