KHASIAT HALIA YANG PERLU ANDA TAHU
10:08 AM
Halia sejenis tumbuhan yang selalu kita gunakan dalam masakan orang Melayu dan Cina. Selalu bila makan terjumpa halia dalam makanan kita asingkan takut tergigit dan mengurangkan selera makan tapi di zaman makin maju kini, halia di transfom ke serunding halia. Boleh makan gitu sahaja. Di bawah beberapa info tentang khasiat halia yang korang perlu tahu.
![]() |
sumber Google |
1. Buang Angin
Halia membantu membuang angin dan toksin di dalam badan.
Amalkan meminum rebusan halia setiap hari, pasti angin dalam badan dapat
dibuang dan badan pun kembali segar.
2. Redakan Tekanan dan Naik Seri Wajah
Amalan minum air halia dengan madu setiap hari dikatakan
dapat membantu meredakan tekanan dan memulihkan kesihatan dalaman badan. Ia
mampu membuatkan wajah serta tubuh tampak segar, membantu melancarkan
perjalanan darah sekaligus menyerlahkan kecantikan semulajadi. Ia sekaligus
menaikkan seri wajah.
3. Turunkan Berat Badan
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem
metabolisme serta memecahkan lemak dalam tubuh secara semulajadi. Sebab itulah
ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu
makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa
kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
4. Atasi Masalah Pencernaan
Jika mengalami masalah percernaan seperti perut kembung,
cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air
halia panas. Ia berkesan untuk mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi
masalah ini.
5. Hilangkan Bau Badan
Halia juga dipercayai membantu menghilangkan masalah bau
badan. Untuk atasi masalah ini, amalkan minuman halia bersama teh setiap hari,
atau pun kunyah halia yang ditumbuk hancur. Sesuai untuk lelaki dan perempuan.
6. Kuatkan Sistem Imun Tubuh
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa,
mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit. Sekaligus
memperkuatkan sistem imun dalam tubuh.
7. Mengawal Aliran Darah Yang Normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang membantu
dalam meningkatkan kitaran darah dan juga menghalang daripada demam dan peluh
yang berlebihan.
8. Menghilangkan Rasa Mual
Halia telah terbukti sejak dahulu lagi sebagai minuman bagi
menghilangkan rasa mual. Ini termasuklah ‘morning sickness’, mual selepas
menjalani pembedahan dan mual selepas menjalankan rawatan kimoterapi.
9. Meningkatkan Kadar Penyerapan
Halia boleh meningkatkan kadar penyerapan nutrient yang
penting daripada makanan yang kita makan. Oleh sebab itulah, halia banyak
digunakan dalam pembuka selera memandangkan ia boleh stimulasikan selera dan
membuatkan sistem pencernaan makanan anda lebih bersedia untuk menerima
makanan.
10. Mengelakkan Demam dan Selsema
Sejak lebih beribu tahun yang lalu, halia telah banyak
digunakan sebagai penyembuh bagi demam selsema di sekitar Asia. Bagi orang
dewasa, hanya 2 sudu besar air suam yang direndam halia yang sudah dicincang
sudah memadai untuk mengubati demam dan selsema. Disarankan untuk mengambilnya
2 hingga ke 3 kali sehari.
11. Melegakan Kesakitan
Memandangkan halia mengandungi enzim yang boleh mengurangkan
kesakitan, maka tidak hairanlah jika ia dikenali sebagai ubat penahan sakit
semula jadi.
12. Membantu Mengatasi Masalah Pernafasan
Halia boleh membantu untuk menghilangkan kahak dan melegakan
paru-paru anda jika anda mengalami masalah pernafasan. Masalah pernafasan
seperti batuk, sesak nafas dan sebagainya boleh diatasi dengan hanya meminum
halia.
Sumber : Google dan Mingguan Wanita
1 apa kata anda?
halia memang best! saya minum yg jenis uncang teh jenama tea ahmad. sangat puas hati. sebab kadang tak sempat nak sediakan halia mentah :D
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^