Kenangan Mengusik Jiwa | Makan-makan department~boxer merah itu

9:36 AM

Assalamualaikum

Ni kisah lama dengan team lama. Team yang havoc dengan big bos yang super sporting. Tiba-tiba teringat....auwwww.....

Macam biasa setiap hujung tahun bos akan belanja makan-makan kami satu department dan sempena Krismas juga sebab tahun tu company shutdown untuk pekerja opis dari 24 Dec 2011 sampai la 2 Jan 2012.

Memula takmau join pun tapi memandangkan bos cakap ni untuk year end department lunch, Krismas tu sampingan ja secara kebetulan. Kami yang 3 ketul Melayu ni pun join la juga.




Disebabkan kami nawaitu nak makan-makan so takdak la nak snap pic sana sini bagai macam hat lain-lain. Dok makan diam-diam ja. Time nak cabut hadiah ja baru la bising-bising cikit.

Ni hadiah dari kami bertiga.Taktau nak beli apa sebenarnya untuk program terakhir bertukar-tukar hadiah Krismas tu. Kita tak sambut Krismas kan mana nak tau nak bagi apa. Lagipun ni first time kami join la katakan. Nak beli barang nak kenakan orang rasa tak sanggup so beli la hadiah ni.


Hope depa suka hadiah lori antik dari saya tu...hehehehe...Dan bila time cabutan hadiah semua pakat seronok. Big bos beria-ria suruh kami buka hadiah masing-masing kat situ juga.

Dengan over excited nya saya pun buka hadiah dan...


OMG...OMG...OMG...

Merah padam muka saya time tu.

Adoiyaiiiiiiiii.....

Cer baca apa big bos saya komen kat FB ni.



Sebenarnya bukan underwear tapi boxer laki yang merah menyala macam cabai dari site manager si Cina Indonesia yang dah berbelas tahun tinggal di US. Dapat dua helai tau. Pakat gamat dok gelak kat saya hari tu tapi disebabkan boxer merah tu saya dapat extra gift masa 2nd cabutan bila hadiah ada extra satu sebab Miss Tina balik awal dan takmau hadiah yang dia dapat.

Pic boxer tu?

Tak payah la tunjuk....korang boleh bayangkan kot boxer merah cabai. Saya segan nak snap bila pic depan kotak tu pun dah aummmm...ngancam...ahak...

Masa ni tak kawen lagi so dah bagi kat adik tapi tak tau la dia pakai ke tak sebab MERAH SANGAT LA MAK NGAH.




You Might Also Like

1 apa kata anda?

komen yang murni-murni yek ^.^