Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam?

8:17 AM

Dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam?


Assalamualaikum

Masa mula-mula kawen dulu dan sewaktu berada kat rumah suami memang berat sikit la keadaannya. Suami bawa jumpa sedara-mara kenalkan...

'yang ni pak njang...yang ni pak cik adik mak...yang ni pak ndak...'

camtu la lebih kurang. Saya hanya mampu buat anggukkan kepala je la. Nak hulur tangan bersalam? Tak terlintas sebab masih konpius sapa yang saya boleh salam dan sapa yang tak. Eh...kat tempat keja pun tak salam tau walaupun bos kenalkan mat saleh tapi diorang hormat kita bila kita bagi isyarat tundukkan sedikit kepala. Diorang pun faham okey.




Pastu kat rumah mertua mesti dengar suara-suara sinis kata...

'Maksu(panggilan untuk saya kat umah mertua) ni tak rimas ka dok rumah asik pakai baju tangan panjang dan tudung tu?'.

Memang la kalau ikut nak buat keja jadi rimas dan panas tapi kat rumah mertua ramai abang ipar...ramai pak menakan...ramai sepupu sepapat lelaki suami so baju yang saya pakai kat Mekah dulu saya pakai kembali bila kat rumah mertua.

Rumah mak saya? Tak gaduh nak jaga sangat aurat sebab saya hanya ada kakak ipar(saya anak tunggal perempuan). Pak menakan dan sepupu sepapat jauh-jauh jarang nak datang rumah kecuali raya or kenduri ja pon. Kalau datang pun diorang tak akan masuk rumah macam tu saja kalau kami belum sedia(bersiap).




Dalam dok godek-godek FB jumpa la carta ni. So betul la keputusan saya tak bersalam dengan pak menakan suami tu dari start kawen ritu. Ha kalau tak mesti suami saya dah banyak dok tanggung dosa.




Kot-kot korang muskil gak macam saya cer try tengok carta ni. Mana tau kita boleh ubah pelan-pelankan dari kebiasaan kita tu...tak gitu?


You Might Also Like

8 apa kata anda?

  1. kami salam dgn pmpuan je and dengan pak mentua hiihihi

    ReplyDelete
  2. Buat masa ini bersalaman dengan kaum hawa sahaja.. ;)

    ReplyDelete
  3. info yang bagus kekadang kita terlepas pandang nak salam dengan sape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan. jadi carta ni memang sangat membantu :)

      Delete
  4. Saya dah download gambar tu.
    Terima kasih.
    Izinkan ya

    ReplyDelete
  5. Dulu salam je sepupu lelaki, abang ipar dan bapak saudara bukan adik beradik mak atau ayah. Lama-lama jadi confius plak sapa yang boleh dan tak boleh salam. Sekarang ni da tak salam da dgn yang bukan mahram. Thanks for sharing ye.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^