BROKOLI Scalp Booster Untuk Rambut Gugur dan IMAAN Family Wipes dari IMAAN SUCI WORLD

12:50 PM


BROKOLI SCALP BOOSTER



Assalamualaikum…


Pernah korang alami masalah dibawah ni?

  • Rambut gugur dan jarang
  • Masalah kepala makin botak
  • Masalah kelemumur
  • Rambut cepat beruban
  • Masalah kudis di kepala



Saya sedang mengalami salah satu masalah diatas. Selepas bersalin, saya mengalami keguguran rambut yang teruk. Sekali sisir rambut dengan jari je melekat 10 ke 20 helai rambut. Kalau disikat mau segumpal juga la rambut yang gugur ni setiap hari. Nangis bucu katil tau bila tengok banyak rambut gugur.  Runsing bila tengok rambut dah semakin jarang di kepala. Tengok kat lantai rumah plak lagi sakit hati. Jenuh sapu takut si kecik yang dah pandai meniarap tu nanti boleh merangkak kutip rambut mak dia ni. Dah macam-macam cara di buat, urut kulit kepala dengan limau purut, tukar syampu yang lain tapi tetap rambut gugur teruk. Baru-baru ni terjumpa Brokoli Scalp Booster dari IMAAN SUCI WORLD. Jom la kita cuba kot-kot masalah keguguran rambut ni berkurangan.





Saya tunjuk contoh penggunaan Brokoli Scalp Booster ni di tangan ya. Rambut saya kan aurat.

Cara penggunaan Brokoli Scalp Booster


  • Sapukan serum dikeseluruhan kulit kepala
  • Hidupkan mesin urutan dan urut diseluruh kulit kepala
  • Gunakan minima 2 kali sehari untuk lebih berkesan





Jangkamasa bateri pada mesin urutan boleh bertahan selama hampir 2 bulan dengan anggaran penggunaan 5-10 minit sehari. Bateri gentian boleh dibeli dimana-mana kedai yang menjual bateri. 1 botol Brokoli Scalp Booster 25ml ini boleh tahan selama sebulan dan ia sangat mudah dibawa ke mana saja.






Apa Yang Best Tentang Brokoli Scalp Booster?


  • Produk 2 dalam 1 yang menggabungkan serum kulit kepala yang kaya nutrisi beserta mesin urutan dengan gegaran khas untuk membantu mengaktifkan peredaran darah di kulit kepala
  • Membantu merawat masalah rambut gugur yang lansung tidak berminyak dan tidak melekit
  • Diluluskan oleh KKM serta dijamin berkesan
  • Sangat mudah untuk digunakan sehingga korang rasa seperti mendapatkan rawatan di salun rambut. Ia juga merupakan salah satu cara untuk berehat dan menghilangkan stress
  • Kalis air dan mudah dikawal dengan tangan




Brokoli Scalp Booster adalah hasil kombinasi dari bahan seperti minyak jojoba. Ianya membantu menguatkan akar rambut, memberi khasiat dan memulihkan kulit kepala yang rosak dan menyihatkan rambut. Jojoba membantu meransang pertumbuhan rambut baru, menyubur, menghitamkan serta melembabkan rambut dengan menyihatkan dari akar hingga ke hujung.



Fungsi Brokoli Scalp Booster


  • Membuang sel kulit mati atau kelemumur dan kudis serta membersihkan dan melindungi rambut dan kulit kepala korang. Ia juga akan mengawal peratusan keguguran rambut untuk mengelak masalah kebotakan
  • Meningkatkan pertumbuhan dan menumbukan rambut baru serta mencegah kelemumur dan keradangan folikel rambut
  • Ia dapat menghilangkan stress

Pengalaman saya menggunakan Brokoli Scalp Booster


Kali pertama menggunakan Brokoli Scalp Booster bila mesin urutan dikenakan pada kulit kepala, saya mula sendawa. Ha...nampak sangat banyak angin dalam kepala yang membuatkan saya stress. Jadi dengan urutan ini ia dapat membuatkan saya lebih tenang. Serumnya juga rasa sejuk yang membuatkan kepala rasa nyaman.


Alhamdulillah setakat hari ini masalah keguguran rambut saya semakin berkurang. Bila disisir rambut dengan jari, jumlah rambut gugur semakin berkurang. Mungkin gegaran dari mesin urut dengan gandingan serumnya telah mengaktifkan peredaran darah di kulit kepala. Dan yang paling best serumnya tidak berminyak dan melekit. Harap dengan penggunaan Brokoli Scalp Booster yang berpanjangan dapat mengurangkan masalah keguguran rambut saya yang makin menipis ni.




IMAAN FAMILY WIPES






Menjadi ibu yang mempunyai anak kecil memang akan sentiasa sediakan tisu basah didalam beg. Kali ni saya terjumpa tisu basah yang boleh digunakan seisi keluarga dan mempunyai kebaikan tersendiri. Sebelum ini saya ada juga menggunaan Imaan wipes untuk mencuci solekan.



Cara penggunaan Imaan Family Wipes



Lapkan tisu lembab disekitar kulit dibahagian wajah dan tubuh.




Kegunaan Imaan Family Wipes


  • Menjaga kebersihan seisi keluarga.
  • Kegunaan semasa anak-anak makan, menyusu, menukar lampin, muntah dan lain-lain.
  • Untuk aktiviti keluarga di luar rumah.
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit(peluh/daki)
  • Menghilangkan bau badan(bertindak sebagai deodorant)
  • Membersihkan peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain
  • Kegunaan orang sakit, orang kurang upaya
  • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
Untuk mendapatkan rangkaian produk dari Imaan Suci World bolehlah ke :-

https://www.imaanworld.com/brokoli-hair-solutions/

https://www.imaanworld.com/imaan-suci-wipes/

Adress:
No 3A-08 , 
D' Pandan Avenue 3, 
Taman Pandan Mesra, 68000 Ampang


Phone:
019 286 2828
013 234 4848


Email:

inquiry@imaanworld.com

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. dulu igt produk brokoli ni diperbuat dr sayur brokoli..mmg viral produk ni..nti boleh try

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers