Kisah Mistik | Bila diri merasai kehadirannya

10:35 AM

Assalamualaikum

Sekarang ni saya suka baca kisah-kisah mistik. Follow kat facebook Dr Yazeed Hair Johari. Kalau hampa suka baca kisah mistik bolleh follow Dr Yazeed ni tau. Kalau hampa ada kisah mistik dan nak share dengan orang ramai boleh bagi cerita hampa tu kat doktor ni jugak. Eh...Dr Yazeed ni pun dah ada blog tau. Boleh follow blog dia juga Dr Yazeed Hair Johari.


Saya pun nak share kisah mistik yang pernah saya alami. Sebenarnya dah banyak kali kena dari sebelum kahwin lagi tapi yang saya nak share ni masa dah ada anak kecil.



Entri hari ni bukan main lagi. Mistik sangat tapi memang mistik pon. Lepas terbaca entri abang JR kita terus rasa nak UP entri ni. Dah lama nak tulis tapi macam tak boleh. Takut orang tak caya plak. Penah baca entri Adlil Rajiah pasal mistik ni gak dan dapat la tau cara-cara nak atasi kalau anak kena kacau.

Dulu sebelum mengalami sendiri saya mesti akan kata dalam hati bila orang terlalu percaya sangat kewujudan alam ghaib.

'anak sakit sikit mesti nak kena berubat kampung....percaya sangat...'

Ha...lebih kurang camtu dialognya. Saya memang tak percaya sangat benda-benda ni.

Kisah pertama terjadi pada raya tahun 2014. Aqil waktu tu 10 bulan. Malam raya pertama lepas berjalan raya sakan 3 4 buah rumah balik malam tu Aqil menangis tanpa henti macam orang pukul dia. Kami satu rumah sampai tak tau nak buat apa.

Abang sulung doktor tu bangun pegang kepala Aqil baca sesuatu. Aqil makin meronta-ronta. Terus abang doktor ambik surah Yassin baca. Lagi sakan Aqil menangis. Last-last saya dan suami packing barang dan balik ke rumah mertua jam 3 pagi sebab kesiankan abang doktor yang takleh tido sebab esok dia nak drive balik ke kampung mertua pulak.

Masuk ja keta Aqil diam lena elok ja. Sampai rumah mertua menangis sampai pagi. Subuh Aqil lena sampai tengahari. Siangnya Aqil ok. Tengah malam menangis balik. Di tambah pulak Aqil demam nak tumbuh gigi dan chicken pox so saya tak syak benda mistik yang kacau Aqil. Mungkin sakit nak tumbuh gigi kot.

Disebabkan kena chicken pox mertua suruh ambik air tawar so suami bawa berjumpa sorang mak cik ni yang memang berubat cara kampung. Lepas dah setel naik keta nak balik mak cik tu call suami tanya...

'Tadi mai sini berapa orang? Awat tak suruh depa turun sama. Kesian depa tunggu lama dalam keta.'

'Kami mai 3 orang ja. Awat mak cik?'

'Kalau lagutu hang mai pusing balik. Mai rumah mak cik balik.'

Tanpa banyak cakap suami patah balik ke rumah makcik tu. Saya tak turun keta sebab masuk ja keta Aqil terus lena. Suami turun cakap-cakap dengan mak cik tu. Pastu mak cik tu buka pintu belakang kereta dan panggil-panggil suruh turun. Pelik tapi saya masih macam...eleh...leh caya ka ni?

Dah setel semua suami naik kereta cakap...

'Mak cik nampak ada 2 budak dalam kereta kita. Tu dia tanya tadi tu. Rupanya budak tu berkenan kat Aqil. Mama ada pi mana-mana ka sebelum ni sampai budak-budak tu ikut?'

'Eh...mama pi mana-mana apanya...Aqil demamkan? Ha...dah tau. Ingat tak raya pertama kita jalan sakan. Mama tak bagi balik lagi abah nak sangat balik time Maghrib...ha...dah kena la kot? Tu la...orang cakap takmau percaya. Tak elok keluar Maghrib. Ha...abah tu kan suka balik keja tengah-tengah malam. Benda tu ikut la tu.'

Balik dari rumah mak cik tu Aqil menangis gak tengah malam tapi tak seteruk malam sebelum-sebelum tu. Mungkin miang ciken pox.

Mungkin...

Memang la kita kena percaya kewujudan makhluk Allah di alam yang satu lagi tapi saya takda la sampai asal sikit-sikit semuanya disebabkan makhluk Allah yang satu tu sampai la satu hari.....

Suami wasap cakap nak hantar lori kat Tanjung Piandang. Masa tu saya tak balik kerja lagi jadi suami tinggalkan Aqil sesiap kat rumah mertua. Balik dari kerja nanti saya follow lori dengan kereta. Lepas hantar lori kami akan balik sama-sama tapi last minit suami ubah plan. Dah lambat nak hantar lori dalam jam 10 malam suami akan pi dengan abang ipar. Saya tunggu kat rumah sampai depa balik. Ok fine. Lagipon saya boleh la setelkan keja rumah sementara tunggu depa dan kebetulan Aqil pon takda lagi la senang buat keja.

Lepas setel keja rumah segala saya duduk kat meja makan sesambil tengok tv dan tangan ni dok wasap group keja member sekolah segala. Memang tak terpikir apa pon sampai la tiba-tiba.....

greng greng greng greng....

Saya terus terpaku. Pandang jam 12.05 malam. Meremang bulu roma.

Allah...bala apa yang mai ni. Dah la sorang-sorang.

Seminit dua lepas bunyi berhenti dengar bunyi lagi. Tu bunyi stereng kereta kontrol Aqil pusing kiri kanan dari dalam bilik tido. Saya memang letak kereta tu dalam bilik sebab kadang bila Aqil bangun ada benda dia nak main. Aqil memang suka buat camtu bila naik kereta kontrol ni sebab dia tak pandai nak pijak padel kereta lagi.

kereta control Aqil



Saya diam lagi. Tangan terus wasap suami tanya ada kat mana. Pastu bunyi lagi.

greng greng greng greng....

Dengan perasaan berani-berani takut saya berdiri depan pintu bilik tidur.

Janganlah tunjuk muka...janganlah tunjuk muka...

Ya...memang betul stereng tu dok kekiri kekanan dengan sendiri. Allah....bulu roma ni toksah dok habaq la...cheqing kata orang Utara.

'Kalau nak main pon tunggu la aku takda satgi. Ni mentang-mentang aku dok sorang pandai pulak hang nak mengusik. Pi main jauh-jauh.'

Senyap.

Yang dengar hanya suara dari TV. Saya duduk kembali kat kerusi tup tup bunyi lagi. Saya berdiri depan pintu lagi sekali.

'Aku takmau nak main dengan hang. Jangan dok main kasaq. Satgi aku main kasaq jugak baru hang tau.'

Macam di ejek-ejek stereng kereta terus ke kiri ke kanan. Saya terus tutup TV buka MP4 pasang surah-surah Al-Quran yang saya simpan dalam MP4. Masuk bilik air ambil wudhuk baca Quran. Terus takda dah acah-acah main stereng. Alhamdulillah lega.

Tenang.

Suami wasap cakap dah nak sampai dalam 1 lebih terus saya turun cepat-cepat tunggu kat tangga.

Kenapa saya tak keluar rumah time kena kacau tu?

Saya nak pi mana....kereta pon takda. Jenuh nak melangut kat luar rumah sebab taktau suami nak sampai pukul berapa.

Habis kes ni saya diam ja. Tak cakap kat suami. Kalau saya cakap mau kami pindah rumah lain lagi lepas tu.

Aqil? Memang saya perasan Aqil kerap sangat menangis waktu tengah malam sebelum ni tapi saya tak syak apa-apa pon.

Lepas kes ni tiap malam nak tido saya pasang surah dari MP4 sampai ke pagi dan Alhamdulillah Aqil cuma akan bangun nak susu sekitar jam 5.30 pagi.


Moral of the story :- Bila dah ada anak kecik kurangkan keluar waktu Maghrib ke malam sebab anak kecik ni nampak benda-benda yang kita takleh nampak dengan mata kasar. Kena perbanyakkan lagi membaca Al-Quran dalam rumah. Kadang tu bila rajin ja buat...hihihi...Hat tu peringatan pada diri sendiri. Kadang tu bukan sibuk apa pun tapi payah sangat nak pegang Quran. Bila dah terkena macam ni baru la rajin baca.




You Might Also Like

10 apa kata anda?

  1. Assalam zai,
    oohoiiii
    meremang bulu2an iols :P
    Fayaydh pernah gak kena kaco tapi tak la teruk sangat
    Opah memang slalu dok buboh minyak celak kalo nak jalan jauh2 ka, malam2 ka
    surah2 dalam enset memang kena pasang kalo tido hotel :)

    ReplyDelete
  2. meremang bulu baca kisah uols ni
    iols pun mcm uols jugak..xpercaya sgt pasal ni..tp dlm xpercaya tu..kn percaya jugak hehehe
    uols mmg berani..lau iols x taulah..moga2 apa yg uols buat mcm mn nk hadap dgn mende ni..bolehlah iols praktikan jika berlaku dlm famili iols nti..

    mmg cara uols tu penah bc dlm internet..kita kena garang skit ngan "depa" tu..jgn tunjuk takut2 allahualam

    teringat ada bc kisah mistik ni..depa suami isteri ni duk diorg dlm bilik..tiba2 diorg dgr ada org basuh baju kat bilik air..si suami ni bgn terus ckp
    "hang nak basuh baju..basuhlah..aku x marah..tp lau bil air naik..ko bayo taw" hahahahaha terus 'depa' tu syp hilang ekeke

    ReplyDelete
  3. Kalau rajin baca blog saya, banyak juga catatan makhluk yg direjam ini dlm catatan saya, malah saya pernah nampak dgn mata sendiri.. Cuma kita kena tabah dan sentiasa percaya ada kuasa Maha Besar yg akan lindungi kita dari makhluk terkutuk itu...

    ReplyDelete
  4. .....betul tu kuasa Allah lebih besar..moga kita semua dilindungiNya dari gangguan jahat makhluk2Nya

    ReplyDelete
  5. weyyyy weyyy apa niiii serammm! :((

    ReplyDelete
  6. salam....

    budak yg belum pandai cakap memang akan nampak benda halus macam tu... kalau berpergian tu selalu lah baca ayat kursi sebelum keluar rumah dan bila nak masuk rumah...

    nampak nya rumah u dah dimasukki... cuba lah cari cara nak menghalau yer... dia takkan keluar kalau dah suka kat dalam

    ReplyDelete
  7. ya Alalh akak oii.
    terkebetulan pulak saya mai singgah masuk memalam ni.haisshhh..

    betul tu.. saya skrg mmg kalau ke mana sedaya mungkin cuba balik atau sampai rumah sblm maghrib. bukan apa berjaga jaga..

    selalunya sblm keluar rumah, saya akan baca ayat kursi..sama juga sbelm masuk rumah.. trun keta mmg dh baca sesiap.

    thanks akak berkongsi..
    yg dlm rumah tu mmg chering bulu roma..
    trruih langkau..esok mai lain la..

    ReplyDelete
  8. adoiii tegak bulu roma. kak zai masuk rumah tu dlu ada pagar dengan ayat2 al quran tak? lagi satu org tua pesan kalau keluar time senja atau terpaksa balik tgh malam. baca ayat quran hembus dekat anak sebab tula pasal anak boleh nampak.

    kak zai baca blog kak azalita masam manis. dia pun sama mcm kak zai. tapi cara dia kena uji tu tak sama lah

    ReplyDelete
  9. Seram aihh kakzai.. . Xsaggup klau sorg2 cm tu

    ReplyDelete
  10. Allahuakhbar..meremang segala bulu mokcik membacanya..mokcik takde penagalaman kena mcm tu..tp alysa pernah nampak..abah dia pon pernah kena dgr bunyi2..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Banner

COPY AND PASTE

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers