Tarikan Terbaharu di Pulau Pinang | Kampung Agong Bakar Kapor Penaga

3:38 PM


Assalamualaikum…

Hai semua. Cuti Raya Cina baru ni pegi jalan mana? Kita tak jalan jauh sangat pun. Lebih kurang 5 km dari rumah tok Besah dah sampai ke ‘Bali Malaysia’….hik…hik…hik… Ini pun sebab ada kawan-kawan dari Penang yang suka bergambar ajak. Kalau tak memang tak jejak lagi la Kampung Agong ni walau dekat sebab kita takde cameraman hebat.

Meh nak bagitau kawan-kawan yang teringin bergambar ala-ala di Bali Indonesia macam orang lain tapi tak perlu pergi jauh, di Penang pun dah ada tempat macam kat Bali.

Tak caya?

Jom ikut saya jalan-jalan di Kampung Agong Bakar Kapor Penaga. Kampung Agong ni terletak di daerah Seberang Perai jadi tak perlu nak naik feri jambatan bagai.



Tiket masuk : RM5 seorang
                       Kanak-kanak 3 tahun ke bawah PERCUMA
Parking         : PERCUMA
Masa             : 9 pagi hingga 6 petang

Kat dalam Kampung Agong ni banyak spot gambar best-best. Yang lagi best bila nak ambil gambar kat satu-satu spot tu tak perlu bayar lagi macam kat Bali. Kau ambil la gambar seberapa banyak yang kau suka tapi beringat sama kat orang belakang yang tengah beratur tu ya.



Macam hari tu sampai pun dekat pukul 5 petang dan tak ramai sangat orang. Mungkin hari Khamis, hari pertama cuti sekolah tapi orang lain masih belum cuti dari kerja. Memang puashati la. Tak payah penat-penat beratur tunggu giliran nak bergambar.


Apa perlu korang buat bila datang ke Kampung Agong Bakar Kapor Penaga?


  • Kalau boleh datang pada hari bekerja sebab waktu ni tak ramai sangat pengunjung jadi tak perlu nak beratur panjang untuk ambil gambar di satu-satu spot menarik dalam Kampung Agong ni.
  • Bawa kawan yang pandai tangkap gambar, suka bergambar dan posing. Yang suka selfie acah-acah cantik menawan sorang-sorang tu takyah ajak la….hahahaha….buang karan. Kita nak gambar penuh bukan gambar sekerat. Cuba cari angle menarik mesti gambar korang cantik vavavom.
  • Dah datang tempat cantik kena la bawa kamera/handphone yang ada kamera yang canggih. Baru la gambar cantik kebabom walaupun kau jenis biasa-biasa macam saya….hahahaha…
  • Bawa bekalan air mineral. Musim panas ada baiknya kau bawa air mineral. Kalau tak bawa pun boleh saja beli makanan atau minuman di gerai yang disediakan. Kawasan Kampung Agong tu luas naw naw. Jenuh nak berjalan. Kang kau dah jalan jauh ke belakang, dahaga jenuh nak patah balik ke depan.
  • Bila dah sampai Kampung Agong dan tengok kawasan di hadapan gerai-gerai tu ramai orang beratur, rajin-rajinkanlah diri tu berjalan ke belakang pulau satu lagi. Kat situ banyak spot bergambar yang cantik-cantik tapi saya tak pi pun sebab letih berjalan dengan bawa anak kecil umur setahun lebih ni. Rugi tau kalau tak menjelajah sampai ke belakang.


banyak lagi spot menarik kat belakang sana kalau korang perasan



Korang boleh waze atau Google Map ‘Kampung Agong Bakar Kapor’ kalau nak datang sini tau.



Selamat berposing 😊

You Might Also Like

7 apa kata anda?

  1. Waalaikumussalam. Menarik sangat tengok gambar 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ckit ja tu sbb dok kepung dak kecik ni. Lgpon x pi jln smpai blkg2

      Delete
  2. Ewah2 diam2 pergi bali ber2 ngn Auni ya..huhuhu kami nak pi tp kami takde kameraman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...x mampu pergi jauh... Yg dkt udah la...

      Kamera fon ampa cntik. Klau tgkp gmbq buat panorama msti cntik

      Delete
  3. Masa berniaga tepi jalan time cuti raya cina baru-baru ni ada customer cina complaint,

    "Mana peniaga lain? Cuti raya cina jugak ka?"

    ReplyDelete
  4. MAGS PREMIUMS are a corporate gifts & premium gifts supplier and manufacturer in Malaysia, that provides logo printing for custom made corporate gifts.

    ReplyDelete
  5. Kan, kena p hari cuti baru laa dapat bergambar sakan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^