Minggu Orientasi | Ajar Anak Membeli Makanan Dan Naik Bas Sekolah

4:23 PM


2 Januari 2020

Hari pertama persekolahan Aqil Najmi darjah satu untuk minggu orientasi. Hari ni target nak ajar dia naik bas sekolah dan membeli makanan di kantin sekolah.

Kalau di ikutkan saya masih lagi bercuti minggu ni. Boleh saja hantar anak lambat sikit tapi nak biasakan Aqil untuk ikut masa saya pergi kerja jadi mak dengan anak kena bangun awal macam biasa. Kali ni Aqil kena bangun awal siap mandi dan pakai baju sekolah siap-siap. Bila sampai rumah pengasuh dia cuma pakai kasut sekolah dan tunggu bas sahaja. Dulu masa tadika boleh la pergi rumah pengasuh dengan tak mandi sebab belajar mula jam 8 pagi.

6.45 pagi dan sampai rumah pengasuh. Bas sekolah sampai jam 7 pagi. Masa dok tunggu bas tu sempat la pesan macam-macam. Jangan itu jangan ini jangan jangan dan jangan....hahahaha....mak mak kan?


7 pagi bas pun sampai. Saya tengok je dia naik. Sebelum tu dia tanya kenapa mama tak hantar dia pi sekolah. Saya cakap 'hari ni mama kerja jadi Aqil kena pandai-pandai beli makan nanti. Sampai sekolah terus pi dewan beratur. Balik terus tunggu kat security guard tunggu bas sampai. Jangan silap naik bas tau.'

Elok bas jauh sikit saya terus pandu ke sekolah. Nak tengok kelaku dia macam mana. Saya berdiri jauh taknak bagi dia perasan. Alhamdulillah semuanya ok. Dia ikut ja arahan. Lepas ja beratur baca doa semua, murid-murid pun masuk ke kelas.

Agak lepas 10 minit dia dah naik, saya lalu kat kelas dia tingkat 1 nak tengok kelaku anak. Elok dok bersembang dengan kawan sebelah sampai tak perasan mama lalu. Snap sekeping gambar terus turun tunggu kat kantin. Saya taknak tunggu kat luar kelas lama-lama. Anak biasa la, ada kita mula la nak manja.


Nak dekat waktu rehat saya terus berdiri jauh balik tiang kat belakang tengok kelaku anak. Nampak dia turun terus beratur beli makan dan air milo. Amboi sangat. Air dalam bekas yang dia bawa turun taknak minum. Alhamdulillah dah pandai beli makan sendiri. Makan dengan kawan kelas dia. Masa dia tengah makan tu entah macam mana dia boleh ternampak saya dari jauh terus renyih lambai-lambai ajak datang duduk kat sebelah. Saya terus bagi isyarat makan. Selesai makan terus datang peluk dan bagitau dia beli apa.


Masa balik saya masih kat sekolah tunggu dia naik bas tapi hari pertama ni dia ralit sikit tak ke security guard. Turun kelas dia pi kat tempat perhimpunan tengok budak sesi petang beratur. Jenuh cari dia masa ni. Ramai budak-budakkan. Esok nak kena pi pantau lagi peringat suruh naik bas.


3 Januari 2020

Hari ke-2 minggu orientasi Aqil Najmi. Macam semalam hantar naik bas tapi kali ni mak pi singgah sarapan dulu....hahahaha....lapar wey tunggu anak lama-lama dengan tak makan semalam. Dekat-dekat waktu rehat saya masuk tunggu jauh dari kantin dan hari ni dia masih ingat saya kerja.

Waktu rehat saya perhati ja dia dari jauh. Turun kantin terus beratur beli nasi goreng + telur mata + air sarsi. Dia main aci redah ja duduk kat meja makan guru.


Lama dia makan pastu dia dok tengok kenapa ramai mak bapa dok ada tengok kawan-kawan dia makan tapi dia takda. Masa ni la dia dok jengok tercari-cari tup tup nampak kelibat saya ni berdiri jauh kat tepi padang terus muka ada tersenyum.

Habis makan dia cepat-cepat mai peluk kata 'Mama kata mama keja'. Terus balas kata 'Mama keja. Ni mai tengok Aqil reti tak beli. Dah pandai kan satgi balik jangan lupa tunggu bas' .

Masa balik pon tunggu dari jauh nak tengok betul tak boleh harap. Alhamdulillah dia tunggu dengan kawan-kawan yang naik bas sekali dengan dia. Senang hati mak ni nak. Isnin ni boleh pi keja dengan aman. Anak dah makin besar dan pandai berdikari dah.


Sepanjang 2 hari saya tunggu anak kat sekolah, apa yang saya tengok mak pak macam tak harap anak boleh berdikari sendiri. Bukanlah saya nak cakap pandai riak kata anak saya boleh berdikari dengan cepat tapi kita ni yang sebenarnya masih tak percaya anak kita sebenarnya boleh buat semua tu tanpa bantuan kita. Macam saya juga. Minggu ni walaupun saya tak ke sekolah tapi saya pesan kat suami kalau ada masa jenguk sat tengok anak makan ke tak....ha gitu...risau anak tak makan.

Ada ja anak-anak bawa bekal ke sekolah tapi mak pak siap carikan tempat duduk, bukakan bekal dan masih ada yang suapkan anak.

Budak-budak makan tumpah itu biasa tapi biar mereka berdikari. Biar mereka cari sendiri tempat duduk, duduk dengan kawan-kawan sekelas, buka bekal sendiri, makan sendiri. Kita cuma berdiri di tepi tengok anak tu buat apa barulah anak dapat belajar dengan cepat. Kita bukan boleh tunggu anak-anak sampai hujung tahun. Pihak sekolah bagi 7 hari kelonggaran menunggu tu dah kira bernasib baik. Ada sekolah lain pihak sekolah benarkan menunggu 2 hari ja.

Apa-apa pun terpulang pada mak bapa tu sendiri. Tapi kalau ada anak yang jenis manja dari kecil susah la jugakan?

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. alhamdulillah Aqil Najmi anak yg bijak, pandai dia. saya setuju, kita bagi anak berdikari. saya pun hari pertama ja intip anak setengah hari. lagipun anak kembar, jadi depa ada geng la kan :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Pandai dia jaga diri kat sekolah

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^