'Tolonglah sesekali periksa beg anak, bekas pensil serta alat tulis' - Cikgu mohon cakna mak ayah

8:41 AM

'Tolonglah sesekali periksa beg anak, bekas pensil serta alat tulis' - Cikgu mohon cakna mak ayah


SUDAH menjadi ibu bapa ni bukan senang. Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu. Keperluan asas seperti makan dan pakai, itu memang wajib dipenuhi. Seperkara lagi, anda perlu prihatin dunia persekolahan mereka.

Bila anak pulang dari sekolah, berapa kerat ibu bapa yang bertanyakan soalan kepada mereka?

Jangan jadikan sibuk sebagai alasan, hingga menyukarkan anda untuk berkomunikasi dengan anak. Ibu bapa bukanlah bekerja 24 jam sehari.

Gunakan waktu malam untuk bersembang dan bertanya macam-macam soalan kepada mereka.

Anak pastinya gembira dan jangan terkejut, pelbagai kisah lucu akan dikongsi bersama ibu bapa.

Mari kita hadam perkongsian guru Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak 1, Mohd Fadli Mohamed Salleh ini.

BILA ANAK PULANG DARI SEKOLAH, APA YANG PERLU IBU BAPA TANYA?

1. Makan apa di sekolah?

-  Sangat penting untuk memantau pemakanan anak-anak agar mereka membeli makanan yang sihat. Lebih-lebih lagi, kita kena tahu mungkin anak kita tidak makan hari tu atas beberapa sebab ; bekal makanan tumpah, duit hilang atau duit kena pau.

-  Atau mungkin juga anak kita meminjam duit kawan kerana duit hilang. Kena tahu dengan siapa dia pinjam, bayar semula esok hari.

-  Sangat aku galakkan ibu-ibu yang gemar memasak dan membekalkan bekalan makanan untuk anak-anak mereka untuk memasak lebih. Ajar anak berkongsi dengan kawan mereka.

2. Beli apa disekolah?

-  Ibu bapa perlu tahu ke mana anak mereka membelanjakan wang saku. Ada murid, sampai sahaja di sekolah, terus habiskan wang saku!

-  Paling ramai murid tewas dengan koperasi/kedai buku sekolah. Suka betul mereka membeli kat sana. Pembaris dah ada 3 dia beli lagi dua.

-  Beli macam-macam benda tidak berfaedah. Sampai waktu rehat, dia dah kelaparan dan mula meminjam/meminta duit kawan.

-  Malah, ada murid berbulan tidak berbelanja di sekolah. Bukan kerana duit mereka dibelanjakan awal, sebaliknya 'diminta' oleh kawan mereka. Murid jenis pendiam, ibubapa pula tidak bertanya. Maka kes sebegini lambat sampai ke pengetahuan cikgu untuk tindakan lanjut. Apa kau ingat cikgu ada kuasa sakti nak tahu semua benda?

3. Belajar apa hari ini?

-  Penting soalan ini agar murid 'recall' balik apa yang mereka belajar di sekolah. Apa yang guru ajar, kemudian 'dipanaskan' oleh ibubapa dirumah menjadikan pembelajaran mereka hari itu kekal diingatan. Kalau tidak, hanya menjadi memori sementara. Tanya ya.

4. Ada kerja rumah atau tidak?

-  Soalan ini biasanya hampir semua ibu bapa bertanya pada anak. MALANGNYA, mereka sekadar bertanya sahaja. Tidak membantu bimbing anak untuk membuat kerja rumah.

-  Maaf katakan, ramai murid menipu mak ayah bahawa tiada kerja rumah diberikan dan mak ayah terus percaya tanpa periksa. PERIKSA beg anak dan setiap buku untuk pastikan semua kerja rumah mereka disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

5. Tolong periksa beg anak. Tolong?

-  Tolonglah. Sesekali periksa la beg anak-anak. Bekas pensil mereka, alat tulis mereka. Ada murid dari golongan berada berbulan-bulan datang sekolah tanpa alat tulis. Meminjam je kerja dia setiap hari.

-  Ada yang tak bawa buku mengikut jadual. Dia main letak ikut suka dia je. Tolong la bantu dia susun jadual.

-  Ada murid bawa mainan ke sekolah tanpa pengetahuan mak ayah. Malah, pernah berlaku murid bawa kucing dalam beg nak tunjuk kat kawan-kawan! Ini bukan gurauan, ini kejadian benar.

6. Barang ini milik siapa?

-  Ada murid suka ambil barang kawan dan bawa pulang. Yang minta barang kawan pun ramai juga, kawan tu terpaksa bagi kerana diugut, 'kalau awak tak bagi pensil tu, saya tak nak kawan'.

-  Ugutan ini walau nampak REMEH, tapi sangat berkesan kat budak-budak. Aku tahulah, aku kan cikgu.

7. Apa benda yang seronok/tak seronok berlaku hari ini di sekolah?

-  Sangat penting mendengar jawapan anak. Membuat mereka dihargai. Membuat mereka rasa diri mereka penting.

-  Kurangnya komunikasi begini dengan anak membuatkan mereka menjarak. Dan mencari rakan sebaya untuk meluahkan segalanya. Dan akhirnya mereka mula ikut-ikut kawan, perangai mula nakal dan kita susah nak didik mereka.

-  Dari respon mereka kita cuba teruskan keseronokan mereka ke sekolah dan selesaikan apa yang tak seronok itu.

#MFS
Mohd Fadli Mohamed Salleh
Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Gombak 1

- KOMUNIKASI itu KUNCI pada SEMUA CERITA yang TERPENDAM dan TERSOROK RAPI -

-------------------------------------------------------------------

Sekarang bila balik sekolah dah tambah satu rutin untuk mak, tanya dan check beg sekolah anak. Kadang budak-budak ni tak perasan pun masukkan buku kawan dalam beg. Semua kalut nak balik bila loceng akhir berbunyi. Tambah-tambah budak darjah satu. Masih baru buat mereka.

Dulu masa tadika buku dan alat tulis semua simpan kat tadika. Cuma ada set pensil yang mak ayah sediakan dari rumah saja. Bila ada kerja sekolah baru bawa balik buku...gitu...sekarang dah lain. Siap Aqil tanya kenapa kena bawa buku berat. Kenapa dapat buku buruk....hew...hew...hew...

Memang hari-hari jenuh pesan. Sebelum turun kereta ja mesti berbakul-bakul pesanan bagi kat dia tapi mungkin yang dia ingat cuma satu dua ja. Bertabahlah mak.

Bila dalam group wasap sekolah bangkitkan isu anak-anak yang mula tunjuk taring kat sekolah mak terus berdebar takut nama Aqil naik. Alhamdulillah dia ingat pesan mak. Berkali-kali pesan, jangan bergaduh dengan kawan. Jangan ambil barang orang. Kalau nak cakap kat nanti kita beli...gitu.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Kan bukan saja budak dajah 1, anak di pelbagai darjah dan tingkatan pun kena pantau. Tapi tu laa, makin anak membesar ni rasa makin jauh pula. Yelah banyak diaorang boleh berdikari sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami risau wak start dr msuk sekolah mak pak dok bgaduh dlm group wasap sekolah pasai perangai anak sbb dl kt tadika depa ambik juga brg org tp mak pak tnya elok2. Hat ni....seram gila

      Delete
    2. Uishh ya ka Zai? Seram aihh. Hari tu member pun kena, tapi bab duit. Adoi laa sian laa kat member tiba2 ada parent suruh contact dia balik ada something nak bagitau.

      Delete

komen yang murni-murni yek ^.^