Cerita Orientasi Aqil Najmi

1:30 PM

Salam 2020

31 Disember 2019 lepas orientasi sekolah Aqil. Untuk sekolah ni diorang buat orientasi lambat sikit dekat-dekat nak masuk sekolah supaya murid-murid tahun 1 dapat sesuaikan diri dengan cepat.

Pagi-pagi sampai terus buat pendaftaran dan Aqil dapat kelas 1 USM bertag merah. Lepas tu cikgu suruh beratur ikut warna tag nama mengikut kelas. Selesai beratur terus cikgu bawa murid-murid naik ke kelas sementara ibu bapa di suruh duduk dalam dewan untuk mendengar taklimat.


Biasa la mak pak baru pertama kali anak masuk sekolah rasa nak juga tengok keadaan anak di kelas tapi apakan daya taklimat panjang berjela.

Tak dengar pon adegan anak menangis meraung nak balik.

Elok-elok habis taklimat dah sampai waktu rehat. Dah boleh ambil anak-anak bawa ke kantin untuk makan dan bayar yuran.

Masa ni saya dah mula ajar dia beli makan sendiri. Bagi duit, suruh dia pilih sendiri apa yang dia nak makan dan bayar. Alhamdulillah bab makan dia memang pandai....hahaha... Selesai makan dan bayar yuran sekolah dah boleh balik.


Aqil seronok dapat sekolah macam kakak anak pengasuh. Cikgu pun tak marah katanya. Awal lagikan mesti la seronok. 

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. Sekejap jer kan Aqil dah sekolah. Itulah kan, taklimat panjang lebar. Kimie hari tu masa dengar taklimat diaorang masuk kelas, habis taklimat ja ibu bapa terus pergi beli buku anak-anak.

    Ehh nama kelas tu macam kelas abang Izzat laa, USM.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^