Tebus e-Tunai Rakyat

1:10 PM

Assalamualaikum 

Mula dari 15hb Januari 2020 semua pakat dok kongsi status tentang e-Tunai Rakyat. Boleh ditebus mulai 15 Januari hingga 14 Mac 2020. 


Eh...kita layak terima kan jadi mohler tebus e-Tunai Rakyat tu. 

Syaratnya perlu :
✅18 tahun ke atas semasa memohon
✅Rakyat Malaysia
✅Gaji RM100ribu kebawah SETAHUN

e-Tunai Rakyat ni boleh di tebus menggunakan salah satu dari 3 aplikasi di telefon bimbit korang melalui :
✅Touch n Go e-wallet
✅Grabpay
✅Boost

16hb tu saya tebus melalui aplikasi Grab. Asyik unsuccessful ja. Asyik dok kena update detail. Katanya tak sama dengan ID....prufffff....

Cuba pula dengan Touch n Go e-wallet, dah masuk semua katanya nombor telefon dah ada orang lain guna. Ah...sudah...dah betul dah tu akaun Touch n Go e-wallet saya kot. Frust lagi. Pasai RM30 ni ja frust sampai 2 kali...uhuk...uhuk...

Mehla cuba aplikasi Boost pula. Kalau tak boleh juga taktau la nak kata apa. Nak MERAJUK. Download aplikasi dan register Boost. Pastu cuba tebus e-Tunai Rakyat kat sini pula. Eh...tak sampai 10 minit duit dah masuk akaun Boost. Cepat dan pantas. Lepas tu SHAKE SHAKE BOOST dapat pula RM3. Alhamdulillah jadi RM33 dalam akaun....hihihi...

Jadi kalau korang nak guna aplikasi BOOST ni boleh masukkan invite CODE - - > zai2eunr  masa korang register tu. Ok dah dapat duit...apalagi jom shopping....hahaha...

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. www.magspremiums.com MAGS PREMIUMS Kami adalah syarikat yang berlokasi di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis percetakan korporat & hadiah premium. Percetakan Tshirt, percetakan beg non woven dan banyak lagi!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ada jugak rezeki nak dapat e-tunai rakyat tu kan

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^