Dua Berita Gembira Di Tahun 2020

1:23 PM

Assalamualaikum...

Lama sangat blog zaizamree dot com ni terbiar bersawang sejak masuk tahun 2020. Mood menaip kelaut dalam. Di tambah pula dengan kesihatan tuan tanah yang tak mengizinkan.

Alhamdulillah...sekarang tuan tanah dah beransur sihat. Dah tak sakit lemau lemah semua. Nafsu makan pun dah beransur pulih. Meh nak kongsikan 2 berita gembira tuan tanah di tahun 2020 ni.

Alhamdulillah....saya mengandung!!!!!


Alhamdulillah...saya sekarang sudah masuk di bulan yang ketiga. Ye...saya tengah mengandung baby ketiga sekarang ni. Trimester pertama ni yang membuatkan saya lemau sepanjang hari berbanding abang dan kakaknya. Allah...tak dapat digambarkan bila kita tak dapat bangun nak buat kerja rumah, memasak, jaga anak segala. Alhamdulillah....dikurniakan suami yang ringan tulang membantu. Suami faham dengan keadaan saya. Suami cakap lebih kurang macam mengandungkan si abang dulu tapi yang ni lagi teruk. Berat turun mendadak sebab tak lalu nak makan. Cuma mampu makan buah sahaja. Nasi masuk 2 3 mulut terus saya tolak. Tak mampu nak telan. Pergi kerja pun sebab taknak ada rekod buruk sahaja. Kalau ikut rasa malas tu memang nak duduk rumah tidur ja. Naseb masa awal-awal tu dah bagitau bos siap-siap. Bila yang lain tanya saya cuma cakap tak sihat.

Tak rancang pun nak ada baby nombor 3 ni tapi dah Allah bagi rezeki, kita terima dengan berlapang dada. Sebenarnya masa period lewat tu kita dah mula syak mengandung tapi husnuzon lagi cakap maybe hormon tak stabil sebab penat lain macam bila tahun ni tahun pertama bangun awal tidur lambat sesejak Aqil masuk sekolah. Dulu tadika tak sekalut macam tahun ni sebab masa hantar dia kat pengasuh, dia tak mandi dan bersiap lagi. Tahun ni kelam kabut mana kita nak bersiap....dengan dia nak mandi siap lagi. Kang lambat terlepas bas sekolah bagai. Taknak la anak ada rekod tak pi sekolah bagai kecuali sakit kan? Mak pun taknak la ada rekod mai lambat tiap-tiap hari....ha gitu.

Tak sangka pula lewat 2 minggu terus demam teruk sampai tak boleh nak bangun. Pegi klinik check siap scan perut bagai sebab masa ni perut asyik cramp, pinggang asyik sakit, kencing pun jadi tak lawas...rupa-rupanya ada sesuatu kat dalam rahim. Sempat la nak ada baby 2020 kiranya....hihihihi.....

Performance Kerja Yang Ummmmmp....


Tahun 2019 saya rasa macam tak banyak kerja sangat berbanding partner yang lain sesejak pindah building lama ni. Risau memang risau tapi saya kerja based on evaluation. Banyak project baru banyak la kerja. Alhamdulillah....semua evaluation yang saya involved on track. Takde delay satu pun. Jadi performance kerja tahunan saya based on evaluation yang saya tolong big bos buat. Masa bos bagi surat PPM suruh sain tu saya memang tak tengok lansung bahagian rank tu sebab takut. Saya cuma tengok komen bos tentang job scope yang saya buat. Bos paksa suruh tengok dulu sebelum sign.

Bila tengok....bersinar bijik mata ni. Terus renyih sampai ke telinga. Cuma bos cakap tahun ni tak dapat nak naikkan gred level keja sebab ekonomi kilang tak berapa stabil lagi. Kilang asyik shutdown nak cost saving. Lagipun 1 department saya keja takde promotion untuk tahun ni.

Kita ok ja. Dapat naik gaji banyak pun dah cukup bersyukur. Rezeki baby.




Harap kawan-kawan dapat doakan saya kekal sihat dan bertenaga untuk mengharungi trimester yang seterusnya. Kita dah macam mak lampir dah hari-hari pegi keja selebet tak tau nak habaq. Nak tulis blog pun tak lalu nak buat apatah lagi nak pegi review bagai.

You Might Also Like

1 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah, tahniah Zai. Moga baik2 saja ya. Apapun jaga diri baik2 tau.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^