Selamat Ulang Tahun Ke-6 Aqil Najmi

9:11 AM

Assalamualaikum 

Semalam 10-10-2019 ulang tahun kelahiran Aqil Najmi yang ke-6.

Inilah cinta hati mama abah yang pertama yang mengajar erti menjadi seorang ibu dan bapa. Dialah juga yang telah membuatkan abahnya seorang anak bongsu yang tak reti buat keja rumah, tak reti basuh berak budak, tak reti mandikan bayi seusia beberapa hari menjadi seorang abah yang pandai serba serbi menjaga budak.

10.10 beli kek 1 slice bagi dia hepi

Tak sambut birthday dia pun sebab mama abah bizi sangat sekarang ni. Cadangnya nak bawa tidur hotel minggu lepas tapi perancangan Allah yang terbaik. Ada hal yang tak dapat dielakkan.
Kek orang kampung buat. Lembut dan gebu sangat. 

Semalam balik melawat tokwan Aqil yang sakit sambil tu buat potong kek jamu tokwan yang tak lalu nak makan nasi dah seminggu ni. Asyik makan roti ja. Alhamdulillah tokwan makan kek tu. Dapat potong kek pon dia dah cukup hepi dah. 

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Happy birthday abang Aqil. Moga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan. Aamiin

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. 6 tahun da dia.
    semoga sihat sentiasa dan jadi anak soleh..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^