Hari Tanpa Telefon Bimbit

3:36 PM

Assalamualaikum.

Sudah 8 jam tanpa telefon bimbit di tangan sehingga entri ini di karang.



Perasaan?

Rasa kurang sesuatu dan mengantuk tak boleh bawa bincang.

Selalunya bila habis keja yang nak di buat boleh la dok belek-belek FB, IG, layan video ke kan. Hari ni merasa la jadi tunggul kayu depan PC. Itulah padahnya bila telefon bimbit lebih menjadi keutamaan dalam hidup sekarang ni.

mati kutu

hidup rasa tak lengkap

rasa kosong

Kalau ini yang kita rasa bila sehari tak pegang Al-Quran kan ke bagus.

Auch...baru rasa tersentak saat macam ni....huhuhuhu....

Sebenarnya dah perasan tertinggal telefon masa dalam perjalanan nak hantar Aqil pagi tadi tapi malas nak patah balik. Busuk-busuk ambik masa 15 minit. Tau-tau je la jambatan Pulau Pinang waktu pagi. Lepas jam 7 pagi kalau masih belum sampai di tol tu alamatnya kau akan lambat terus. Dari lambat baik teruskan perjalanan je. Maka ber huhuhuhu la kau kat depan PC ni.

P/S : Satgi ada pula tanya kenapa tak buka je segala media sosial kat PC. Tempat baru disebelah bos dan tak stategik ni, takkan la nak buka macam-macam ye dok? Kang tak memasal dapat surat...hihihi...

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Sejujurnya ain boleh hidup tanpa phone, tapi laptop noooo hehehe

    ReplyDelete
  2. aduhh mmg tak boleh duduk kalau handfon tertinggal..biasanya mmg patah balik juga. pernah sekali tu dah sampai office baru perasan. akhirnya berhuhuhu juga sampai ke petang mati kutu hahaha! tak boleh duduk xde gadget

    ReplyDelete
  3. tertinggal handphone rasa lain macam je kan.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^