Pengesahan Darjah 1 Sesi 2020

9:26 AM


Hai korang. Dah buat pengesahan darjah 1 sesi 2020 untuk anak korang ke belum? Alhamdulillah saya baru selesai buat pengesahan pada 27 September 2019 yang lepas. Dok bertangguh lama-lama sampai lupa.

Bulan Mac hari tu dah daftar online darjah 1 di https://public.moe.gov.my. Boleh baca di entri INI. Keputusan penempatan sekolah akan keluar pada 1 Ogos 2019.

Jadinya bermula 1 Ogos 2019 ibu bapa dah boleh semak samada berjaya atau tidak untuk menempatkan anak di sekolah yang di pilih dan buat pengesahan di sekolah yang di pilih dari 1 Ogos sehingga 30 September 2019. Kalau yang tidak berjaya boleh buat RAYUAN dalam tempoh tertentu.



Saya awal-awal dah semak, Alhamdulillah Aqil di terima untuk bersekolah di sekolah yang di pohon tahun depan. Jadinya minggu kedua bulan Ogos saya dah ke sekolah untuk pengesahan.
 
surat pengesahan dari laman web
Mengikut cakap-cakap orang cuma PRINT surat pengesahan dalam laman web dan bawa bersama sijil kelahiran asal untuk pengesahan. Malangnya untuk sekolah yang saya pohon, pihak sekolah awal-awal lagi dah hantar surat berserta borang yang perlu di isi dan disertakan beberapa salinan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan ibu bapa, salinan sijil nikah, slip gaji, salinan rekod imunisasi anak dan salinan sijil kelahiran anak tapi saya tak terima pun surat tu sehingga hari saya ke sekolah.

Alhamdulillah, kerani sekolah tu baik terangkan satu-satu bila saya tanya soalan sehingga dapat satu borang untuk di isi dan memerlukan cop pengesahan bagi ibu atau bapa yang tidak mempunyai slip gaji(abah Aqil meniaga) dan borang baru yang pihak sekolah pos.
 
cop sign YB 
Borang ni yang buat lambat nak setel. Dok tertangguh-tangguh nak dapatkan cop sign dan akhirnya pagi-pagi 27 September tu saya dah tercongok depan pejabat YB padahal pejabat buka jam 9 pagi. Kena juga setelkan hari tu juga, kalau tak makin dok tangguh lagi. Dah la tarikh pengesahan tutup 30 September 2019.
 
masa pengesahan daftar online pihak sekolah dah cop belakang sijil kelahiran anak, bila dah dapat penempatan di sekolah tu pihak sekolah akan tulis tarikh kita buat pengesahan macam saya 27 September 2019
Nak dapat cop sign YB tak sampai 5 minit pun. Pergi sekolah buat pengesahan pun tak sampai 10 minit tapi yang lambatnya diri sendiri yang dok tangguh. Bila dah setel lega sangat. Dapat surat tarikh orientasi dan tarikh pembelian buku sekolah.

Korang yang anak nak masuk darjah 1 dah setel ke belum buat pengesahan ni? Ke korang lupa. Kalau lupa cuba ke sekolah dan tanya di pejabat tentang ni.

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Alhamdulillah..senang bila urusan penting dah settle kan

    ReplyDelete
  2. Sat ja Aqil nk masik drjah satu. ..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dipermudahkan urusan persekolahan abang Aqil. Sekejap jer abang Aqil nak masuk sekolah dah.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^

Popular Posts

Tickers

SUDAH HALAL
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers