Pertama Kali Cabut Gigi Susu Aqil Najmi
4:12 PM
Assalamualaikum
Saya dan suami memang jaga gigi anak-anak. Dari bayi bila
dah tumbuh gigi mula ajar gosok gigi. Hari-hari pesan gosok gigi bila mandi.
Bila ke supermarket dia berkenan berus gigi yang baru ada corak kartun yang dia
suka kami akan beli. Nak gigi anak
cantik taknak jadi macam gigi mak ayah depa ni. Satu gigi susu Aqil yang atas
tu sedikit kuning selepas jatuh tersembam. Gigi tu berdarah dan lepas pada hari
tu gigi yang satu tu berubah warna.
Hari ni abah Aqil
bawa dia cabut gigi susu buat pertama kali. Nervous bukan main tau takut
anak menangis. Kita nak cabut gigi
yang goyang tu dia tak kasi jadi biar doktor kat klinik pula pujuk.
Sebenarnya saya
baru ja dapat tahu dua gigi susu bawah dia longgar bila saya check gigi
adiknya.
Aqil : Mama gigi
Aqil dah goyang-goyang macam Upin Ipin. Aqil ada gigi 2 baris(bagitau dengan bangganya)
Mama : Dua
baris???? Mana bagi mama tengok?
Aqil :
Ni….aaaaa…(sambil nganga)
Mama :
(terkejut)…
Gigi kekal dah
naik kat belakang gigi susu tu. Patutlah dok perasan gigi bawah dia makin
renggang tapi tak sangka pula dah tumbuh gigi kekal kat dalam tu. Bila kita
tanya kenapa tak cakap kat mama, dia boleh kata sebab tak sakit. Aduhai la
anak…mama abah usaha jaga gigi anak takmau bagi buruk, kurangkan makan jajan dan
coklat supaya senang nak jaga nak cabut tapi dia boleh tak bagitau.
Nah….budak baru
lepas cabut gigi. Muka sedih….hahahaha…
Lepas cabut gigi dia call mama ucap terima kasih sebab paksa dia cabut gigi kat
klinik. Bagitau mama kata tak sakit pun….hahahaha…lawak la anak yang sorang ni.
2 apa kata anda?
good boy la aqil berani. biasa budak budak takut bab cabut gigi ni
ReplyDeleteGigi dia macam Kimie, bila longgar ja tandanya dah ada gigi baru kat bawah. Penakut macam Izzat, masa dia tadika, cikgu tadika dan pembantu cikgu yang cabutkan gigi pertama dia
ReplyDeletekomen yang murni-murni yek ^.^