ID.AZ Mask Dari Korea Yang Wajib Korang Cuba

9:01 AM

ID.AZ Mask Dari Korea Yang Wajib Korang Cuba

Hai semua

Sejak akhir-akhir ini banyak pencemaran udara yang telah berlaku. Ini boleh menyebabkan liang pori-pori kulit wajah tersumbat dan menjadikan wajah kusam serta berjerawat. Disamping mencuci wajah dengan pembersih serta pemakaian toner dan pelembab pada kulit wajah, korang boleh mendapatkan rawatan sampingan yang boleh dilakukan di rumah mengikut keselesaan dan kemampuan diri korang. Sambil-sambil lipat baju pun korang boleh rawat kulit wajah korang tau.

Hari ni saya nak perkenalkan 3 mask yang wajib korang cuba dari ID.AZ Korea yang sangat popular di Korea. Produk ini telah dihasilkan dari sebuah hospital kecantikan Korea terkemuka iaitu Asia Beauty Care dan diberi nama ID. AZ pula bermaksud ia merangkumi ke semua aspek dari A hingga Z. ID Hospital ini mempunyai kepakaran dalam bidang kecantikkan kulit wajah.

Tiga mask dari ID.AZ yang wajib korang cuba ini adalah :
  • Dermastic WATER-fit mask
  • Dermastic BRIGHT-fit mask
  • Dermastic GOLDEN-fit mask



Saya dah cuba kesemua mask ini dan ia amat sesuai untuk kulit wanita Asia. Jom tengok secara dekat apa yang best tentang mask ini.


Dermastic WATER-fit mask-Hydrating

Mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit wajah korang dengan penggunaan yang konsisten. Ia amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit wajah yang sensitif tapi kulit wajah kombinasi macam saya pun boleh cuba. Dengan bahan seperti sea water, hydrolyzed collagen dan sodium hyluronide yang digunakan dapat melembutkan dan menghidrasi kulit wajah. Water Fit Skin Mask ini dapat menyerap dengan cepat untuk mengatasi masalah kulit kering.


Masknya yang nipis mengandungi deep-sea collagen mampu melembabkan kulit dan memberi rasa rilek dan tenang. Seharian melakukan aktiviti diluar rumah saya gunakan Dermatic Water-fit mask ini pada waktu malam, rasa sejuk mask ini membuatkan saya berasa tenang. Kulit berasa lembap selepas penggunaannya.

Dermastic BRIGHT-fit mask-Brightening

Mask ini dapat memutihkan kulit wajah dan sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk yang mempunyai kulit sensitif. Masknya yang halus dan nyaman ini tidak akan menimbulkan iritasi pada kulit yang memberikan kesan kulit yang cerah.


Lapisan masknya sedikit tebal berbanding mask yang lain dengan ramuan yang digunakan seperti ekstrak mutiara, ekstrak portulaca oleracea dan berry complex di dalam Dermatic Bright-fit mask, ia dapat mencerahkan kulit korang secara tidak lansung.



Lepas saya gunakan Dermatic Bright-fit mask ini, tona kulit semakin sekata dan cantik. Jika penggunaan yang konsisten dan berterusan mungkin kulit wajah saya menjadi sekata. 

Dermastic GOLDEN-fit mask-Nutrition

Dengan penggunaan 99% emas asli di dalam Dermatic Golden Fit Mask dapat memberikan kesan berkilau pada wajah. Ia sesuai digunakan pada semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. Memang mask ni kegemaran saya la. Sapa tak suka dengan emas betul tak?

Dengan bahan perawatan yang mewah seperti emas, madu, royale jelly dan propolis dapat memberikan nutrisi pada kulit wajah agar lebih cerah, sihat dan anjal disamping dapat melembapkan kulit.

Produk ini memberikan pengalaman mewah perawatan estetika di rumah dengan 99% emas asli yang memberikan nutrisi yang melimpah pada kulit. Lepas menggunakan Dermatic Golden-fit mask ini saya berasa kulit wajah pun jadi kurang berminyak dan makin lembap.

Cara Penggunaan ID.AZ Dermatic Mask

Cara nak guna pun mudah. Selepas bersihkan wajah dan gunakan toner.

Buka kemasan, pisahkan bahagian dalamnya(film) dan pakaikan pada muka dan biarkan selama 10 hingga 20 minit. Lebihan serum yang ada di dalam pek korang boleh sapukan pada wajah selepas penggunaan ID.AZ mask ini. Kulit wajah akan berasa lembut, gebu dan segar selepas penggunaannya.

Harga ID.AZ Dermatic Mask

Kalau korang nak dapatkan ID.AZ Dermatic Mask ini boleh dapatkan di Watson yang berdekatan.

             Dermastic WATER-fit mask-Hydrating : RM12.90
             Dermastic BRIGHT-fit mask-Brightening : RM12.90
             Dermastic GOLDEN-fit mask-Nutrition : RM19.90

Barang bagus setanding dengan harga tak rugi kalau korang dapatkan. Sambil-sambil tengok tv boleh juga 'me time' dekat rumah manjakan wajah. Tak gitu?

You Might Also Like

3 apa kata anda?

  1. Dah cuba..semua suka! Paling best pakai hydro gel gold tu. Terasa diri begitu berharga :)

    ReplyDelete
  2. packaging dia nampak exclusive sangat..

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^