Althea | A'bloom Series

3:14 PM


Hai korang.

Althea sekali lagi telah melancarkan 3 produk terbarunya iaitu A’bloom Series. Temanya bersesuian dengan musim bunga di Korea pada bulan Mac hingga Mei. Jom kita berkenalan dengan adik-beradik A’bloom Series ni.


A’bloom BHA Blackhead Blaster




Kalau korang tengok sekali pandang ia seperti lipstik tapi jangan tertipu. Ianya adalah BHA Blackhead Blaster dalam bentuk stick. Selalunya produk untuk hilangkan blackhead/whitehead jenis mask peel off atau cecair tapi A’bloom Series dari Althea keluarkan produk jenis stick. Jadi kebarangkalian produk nak tumpah atau berlipat ke apa memang takde. Korang cuma perlu tonyoh je BHA Blackhead Blaster ni kat kawasan blackhead(dagu/hidung/dahi) yang korang nak buang dengan gerakan bulatan lepas  tu bilas dengan air.



Mudahkan?

Nak kesan yang lebih efektif, korang tuam tuala suam di kawasan yang ada blackhead supaya pori-pori terbuka kemudian tonyoh BHA Blackhead Blaster ni. BHA Blackhead Blaster ini diperbuat daripada BHA semulajadi, arang, serbuk biji apricot dan minyak daun teh hijau yang mampu membersihkan dan mencerahkan kulit.

Harga BHA Blackhead Blaster Cuma RM16 sahaja dengan saiz 8g.

A’bloom Fruit Sheet Mask




Sempena musim bunga ni Althea juga keluarkan 4 variasi fruit mask dengan nama manja dan comel gitu. Geram tau tengok nama-nama mask ni.

Avo-Cuddle-Me(nourishing avocado)

Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada kesan alam sekitar dan mencegah kedutan serta tanda penuaan di wajah. Diperbuat daripada avocado dan bunga raya yang mampu memberi kesan yang lembut pada kulit.

Sparkle-Me-Bright(brightening lemon lime)

Mask dari juice lemon ini pula dapat membantu untk mencerahkan kulit kerana mengandungi 2 kali ganda Vitamin C dari lemon dan limau yang dapat memudarkan kesan lebam(dark spot) pada wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit dan kulit kombinas. Antara bahan-bahan terdiri daripada niacinamide, teh hijau, lime dan lemon juice.

Water-Me-Long(moisturizing watermelon)

Buah tembikai kaya dengan kelembapan. Jadi penggunaan buah tembikai dapat berfungsi untuk melembapkan kulit dan memberi extra kelembapan dan mencerahkan. Dapat mengimbangi pH kulit dan memberi efek glowing.
Diperbuat dari bahan-bahan seperti tembikai, lavender dan shea butter.

Ac-Me-Peach(anti blemish peach)

Mask dari buah peach dan tea tree oil ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitive. Ia mampu mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.

Cara pemakaian A’bloom Fruit Mask Sheet
  1. Bersihkan wajah, keringkan dan sapu penyegar.
  2. Keluarkan A’bloom Fruit Mask Sheet dan pakai pada wajah.
  3. Pakai selama 10-20 minit kemudian tanggalkan. Urut wajah dengan lembut agar terasa resapan pada kulit wajah hingga ke dalam.




Harga satu set A’bloom Fruit Mask Sheet cuma RM15 untuk 10 keping.

A’bloom Gaint Meringue Puff dan Baby Meringue Puff




Yang comel-comel gebu-gebu ni bukan kuih ye, yang ni span untuk sapuan foundation atau concealer.



Gaint Meringue Puff ini sesuai untuk sapuan foundation atau makeup base dikawasan muka yang luas. Korang boleh basahkan dahulu meringue puff ni atau guna sahaja dalam keadaan kering tetapi sapuan foundation tetap sempurna.



Baby Meringue Puff pula sesuai untuk kegunaan di kawasan kecil seperti memakai concealer di bawah mata, di atas bibir atau dibahagian kelopak mata.

Ia amat lembut ketika kering dan menjadi lebih lembut dan lembap ketika basah. Jadi korang boleh pilih nak guna macam mana. Meringue puff ini diperbuat daripada bahan latex-free dan non-toxic yang selamat digunakan termasuk untuk kulit yang sensitif.



Harga bagi Gaint Meringue Puff cuma RM8 untuk satu dengan saiz 48*46mm manakala harga bagi Baby Meringue Puff Cuma RM11 untuk tiga dengan saiz 30*28mm.

Kesemua variasi dari Althea A’bloom ini boleh didapati secara online di

https://my.althea.kr/collections/abloom


#AltheaAbloom #AltheaKorea #AltheaAngels

You Might Also Like

2 apa kata anda?

  1. Baby baru Althea kali ni comel-comel je. Rasa sayang je nak guna

    ReplyDelete
  2. Comel² je baby Althea Korea kali ni.

    ReplyDelete

komen yang murni-murni yek ^.^